Pelakon Sharnaaz Ahmad memang lantang dalam bersuara sehingga ada yang
melabelkan beliau sebagai seorang lelaki yang panas baran.

Sudah biasa dikecam dan menerima komen negatif, Sharnaaz sudah tidak
mahu ambil peduli dengan pandangan serta percakapan orang ramai.
Jelas Sharnaaz, sikap panas barannya itu bersebab dan hanya mereka yang
betul-betul mengenalinya akan tahu bagaimana hati budi beliau.

Bagi saya, biarlah apa sahaja orang mahu bercakap tentang diri saya. Hanya mereka yang betul-betul mengenali saya, akan tahu bagaimana hati budi saya.Sikap (panas baran) saya jadi begitu hanya kerana mahu melindungi orang yang tersayang di sekeliling saya.
Tambah Sharnaaz, beliau mewarisi sikap panas barannya itu daripada
datuk, ayah serta abangnya. Namun, Sharnaaz sebenarnya sentiasa mendidik
diri dan berusaha untuk menjadi lelaki yang lebih sabar dan tidak mudah
melenting.

Panas baran ini ada tahap-tahap tertentu, ada yang mudah marah setiap
waktu dan ada yang akan marah apabila menerima pelbagai provokasi.
Walaubagaimanapun, lebih baik untuk terus bersabar dan tidak mudah marah
kerana kemarahan itu ibarat api yang boleh memusnahkan segalanya.