Friday 5 August 2016

Filled Under:

"Astro Sangat Biadap Terhadap Saya, Benda Bodoh Tu Boleh Buat Karier Saya Berakhir!", Yuna Sound Tepek Astro Sebab Jatuhkan Aibnya

Penyanyi yang kini mencipta nama di peringkat antarabangsa Yunalis Zarai atau Yuna berang selepas pihak Astro menerusi rancangan “Meletop” menyiarkan parodi klip video lagu “Crush” berduet bersama penyanyi Amerika Syarikat (AS), Usher.





Katanya, tindakan pihak yang menyiarkan video sangat biadab dan ia boleh mengakibatkan kariernya berakhir kerana seolah-oleh menghina orang berkulit hitam.

“Kawan-kawan semua, saya harap kamu semua tahu bahawa parodi yang dilakukan mereka (Astro) boleh menyebabkan karier saya di negara ini berakhir.

“(Tindakan) itu biadab dan tidak menghormati rakan saya (Usher),” tulis Yuna di akaun Facebooknya.

Sebelum ini rancangan Meletop telah memuat naik video parodi nyanyian Yuna dengan menampilkan Jihan Muse dan pelakon komedi Syuk Joras (SJM) yang digelapkan wajahnya seolah-olah Usher.



Terdahulu dalam persembahan berasingan, video Crush itu menjadi kontroversi apabila Yuna memeluk Usher di atas pentas selepas tamat membuat persembahan.

Bagaimanapun pelukan Yuna itu dibuat selepas Usher membuka tangan seolah-olah mahu berpeluk tetapi Yuna tunduk hormat seperti menolak permintaan itu.

Namun akhirnya Yuna menerima pelukan itu mengakibatkan beliau dikutuk teruk oleh di media sosial.

Dalam persembahan parodi Astro pula, Jihan Muse turut melakonkan adegan yang sama.

Yuna berkata, sekiranya Usher melihat video yang telah disiarkan, penyanyi kelahiran AS itu pasti tidak mahu dikaitkan langsung dengan Malaysia.


Tindakan%2BAstro%2Bmenerusi%2Brancangan%

“Tolonglah didik diri sendiri, Astro telah pun memadam video tersebut dari Internet hanya selepas dikecam oleh ramai kerana ia boleh menjadi isu yang serius di negara ini.

“Tapi kerosakan telah berlaku, kamu terlalu obses dengan parodi bodoh sampai terlupa mengenai maruah,” kesalnya.

Yuna turut menggesa agar semua pihak berhenti berkongsi video tersebut di Facebook kerana ia tidak kelakar sebaliknya hanya menyakiti hatinya.

Meletop membuat permohonan maaf itu secara terbuka di Twitter mereka hari ini.

“Sekali lagi, kami di pihak krew dan warga kerja #MeleTOP ingin memohon maaf di atas penyiaran video tersebut,” tulisnya.