Friday 5 August 2016

Filled Under:

Aikk, Tetiba Jer Ni Emma Maembong Harap Tiada Pihak Terasa Tentang Isu Cintanya Dengan Kamal Adli..Hmm,,Ada Orang Terasa Ke ?? Baik Korang Baca NI


Menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan orang ketiga mengenai isu cintanya bersama Kamal Adli, Emma Maembong dalam masa yang sama berharap agar tiada pihak terasa dengan apa yang sedang terjadi ketika ini.

“Selaklah mana-mana akhbar, majalah atau portal. Selama ini saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai adanya pihak ketiga. Saya sendiri tidak tahu bagaimana boleh tercetusnya kontroversi sebegini”

“Lebih mengejutkan apabila kredibiliti dan profesionalisme sebagai pelakon juga dibangkitkan. Rasanya lebih wajar sekiranya persoalan ini diajukan sendiri kepada tuan punya badan iaitu Fathia dan Kamal,” katanya kepada BH Online.
Tambah Emma lagi, sebarang keputusan mengenai hala tujunya hubungannya hanya akan dibincangkan bersama Kamal. Sementara itu Kamal sebelum ini menyuarakan keinginannya itu memperisterikan Emma Maembong dan dalam masa yang sama menafikan bahawa Fathia Latiff menjadi punca keretakan hubungannya itu