Mengumumkan bakal berkahwin selepas Aidilfitri, pelakon Saharul Ridzwan
sah akan berkahwin dengan pasagannya Deena Emir pada 16 September ini.

Perkara itu disahkan oleh portal Astro Gempak dimana mereka telah menerima kad undangan perkahwinan Saharul.
Difahamkan majlis perkahwinan mereka akan diadakan di Dewan Seri Siantan, Presint 3, Putrajaya.
Untuk pengetahuan anda, Deena Emir merupakan pemilik butik Wrap Boutique
House dan juga “insta famous” yang mempunyai lebih 60 ribu pengikut di
Instagram.

Saharul dan Deena sudah lama berkenalan sejak Saharul belum aktif di
dunia hiburan lagi.Walaubagaimanapun, hubungan mereka pernah putus
seketika dan mula kembali bergelar pasangan kekasih baru-baru ini.
Tahniah kami ucapkan kepada Saharul dan Deena, tentu sekali ia adalah
majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan oleh peminat Saharul.

Semoga segala perancangan perkahwinan mereka berjalan dan lancar. Kami doakan mereka berdua akan bahagia sehingga akhir hayat.