Saturday 30 July 2016

Anak kedua kepada aktres Nadiya Nisaa, yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Putra Medical Centre di sini hari ini.. Rupa-rupanya ini yang berlaku




KUALA LUMPUR 31 Julai - Anak kedua kepada aktres Nadiya Nisaa, yangdikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Putra Medical Centre di sini hari ini.



Suami Nadia, Saiful Razman Kasim berkata, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak sebelum solat zohor hari ini.

Tambah beliau juga, isterinya yang juga seorang pelakonJejak Warriors berada dalam keadaan sihat namun masih lemah dan bersedih atas kehilangan.

Sementara itu, orang ramai memberikan ucapan takziah dan kata-kata semangat di laman Instagram Nadiya.

Pengguna Instagram berkata : "Takziah buat sis @nadnisaa & keluarga.. Semoga tabah & redha dgn ketentuanNya...".

Kata rainamohdizham pula "Hye @nadnisaa 1st of all i nak ucap takziah..however nad bagi i u bersyukur sgt2...sgt2..sgt2..sebab Allah berikan u peluang & rezeki melakui saat manis begelar seorg ibu..u dapat rasa from stage 1 to another stage but i until skrg menantikan saat saat tu dear..i sampai rasa mungkin i xkan diberi peluang..  it ok nad Allah ambil ni Allah akan gantikan yg lebih baik nanti .ok. be strong


KISAH BENAR!! Housemate Aku Lesbian Dan Perangai Diorang Macam Datang Dari Neraka! Tiap Kali aku keluar Rumah Mesti mereka akan melakukan . . . .



First of all thanks sebab sudi luangkan masa baca email ni.. saya ialah salah seorang silent reader blog awak yang setiap hari akan tgk dan baca post2 terbaru. jgn risau.. email ni bukan nak complain apa2 cuma dah nama blog pun'cursingmalay' so saya pun nak cerita perihal orang melayu..

bulan januari kawan saya masuk ke rumah sewa yang baru. masa datang dia tgk girl yang 
duduk kat rumah tu pun ok. muka nampak innocent je. jln dengan cakap pun kepit je.. 
hari pertama dia dtg nak pindah barang.. dia agak terkejut tengok ada pakaian lelaki dengan seluar dalam bersidai dlm rumah. kasut lelaki pun ada.. mungkin girl tu tahu apa yang kawan saya fikirkan, dia pun ckp yang semalam tunang dia tidur sini. temankan dia sebab dia tinggal seorang. nanti adik dia akan duduk dengan dia. kawan saya pun cakap oklah. cuba untuk berfikir baik.. mungkin girl tu memang takut duduk sorang2..


esoknya kawan saya dtg lagi nak pindah barang dan kemas bilik. dia tengok seluruh family girl tu ada kat rumah tu. mak dia abang dia kakak dia abang ipar kakak ipar anak sedara dari yang besar sampailah yang kecil. kawan saya pun fikir takpela kut sekejap aje.. kawan saya pindah barang dengan tunang dia..

minta tunang dia tolong angkat barang2 yang berat..

3 hari selepas tu baru kawan saya pindah betul dan kunci bilik hanya diberikan selepas kawan saya masuk.. maknanya sebelum ni walaupun kawan saya dah pindah barang dan bayar deposit kunci still diorang pegang. masa kawan saya masuk semuanya ok dia pun baik.."kalau nak makan apa-apa.. ambil je.. kita kongsi-kongsi" kawan saya pun senyum
ajelah.


kawan saya ni bukan jenis yang memasak. tengah hari makan kat opis.. lepas keje pergi makan dulu baru balik kadang-kadang dia bungkus makanan. mungkin ada dlm 2 ke 3 kali je dia makan kat rumah tu sementara tunggu gaji masuk.


seminggu lepas kawan saya duduk, adik girl tu pula masuk. lepas tu dia tgk toileteries dia belum sebulan dah habis.. dia pakai krim mandi 1 liter takkanla 2 minggu dah habis.. ubat gigi pun sama.. memang tempat dia letak barang2 tu berubah-ubah. dia pun fikirla mungkin dia terpicit banyak.. esoknya dia tgk ubat gigi ada menitik merata-rata dlm bilik air.. dia tak nak tuduh sesiapa tapi saya tahu kawan saya ni memang jenis tahu mcm mana dia letak barang.. dia memang sgt2 particular so lepas semua tu habis.. dia beli baru n letak dlm bilik bila nak mandi baru bawa pergi bilik air.


kemudian, make up dia pula hilang.. dia pun pelik.. mcm mana make up yg ada kat dlm bilik boleh hilang.. oh mungkin dia tersalah letak.. jenuhla dia spot check bilik, korek sana-sini kut2 tersalah letak.. cari dlm kereta dan rumah family tunangnya juga sebab dia selalu ke rumah. tapi hampa takde.. so dia fikir mungkin dia terbuang.. dia diam je.. buat mcm biasa pergi keje balik keje makan dulu pastu baru balik rumah.


dia pun awal2 dah pesan dengan diorg yang dia ni malam-malam pun buat keje. so kalau dia memerap dlm bilik tu maknanya dia buat keje. bukan saja2 tak nak bersembang dengan diorang n tgk tv. dia pun bukan jenis yang suka tgk tv sgt. dia tgk cerita gemilang je kat tv3.. itupun 3 episod yg pertama dia tumpang tgk tv diorang.. yg lain semua dia tgk kat tonton. so dia igtkan semuanya dah ok..


last week dia balik rumah parent dia.. bila balik rumah sewa dia tgk tgk lagi sekali make up dia hilang.. barang2 dia ada yang berubah tempat.. lagilah pelik.. takkanla ada hantu suka curi2 make up orang kut.. dia diam lagi.. bila perkara mcm ni dah jadi.. mulalah dia suspek seseorang.. selalunya adik dia akan duduk di rumah bila semua org dah pergi keje.. untuk menghilangkan persoalan di hati.. dia pun masuk bilik diorang dan dia jumpa barang make up dia dlm bilik diorang! patutlah krim mandia dia walaupun dah letak dlm bilik tapi still cepat habis!


bila adik girl tu balik.. dia tanya pasal barang tu.. terus adik girl tu maki kawan saya.. ckp kawan saya sial.. sundal.. suka buat maksiat.. bawak balik jantan.. menumpang rumah orang.. menghabiskan api air.. curi makanan diorang.. mcm2 lagi. siap tunjuk fuck dan ludah2.. pastu adik girl tu call kakak dia.. kawan saya pun agak geram.. dan of course marah. kawansaya pun ckpla.. kenapa kurang ajar? fitnah dia bukan2.. suara dia pun mula meninggi. adik dia terus keluar rumah tunggu kakak n tunang kakak dia balik..


kakak dia pun balik rumah dgn tunangnya.. tunang dia pulak masuk rumah terus sepak kasut.. bayangkanlah kawan saya seorang nak menadah telinga untuk cacian yang keluar daripada 3 mulut manusia.. diorg tanya kenapa.. kawan saya ckpla pasal barang dia hilang.. kalau betul ambil mengaku.. kalau tak sudahla.. dia
pun sebelum ni memang pernah ckp kat saya yang dia ada terfikir nak pindah sebab diorang suka buat bising.. lepas tu bawak masuk penyewa lain tanpa beritahu kawan saya ni.. kawan saya bukan menumpang dia bayar sewa.. jadi kalau ada orang baru nak masuk.. sekurang2nya beritahulah dia dulu.. dia pun ada hak untuk tahu 


lepas tu terus kawan saya ni dihujani dengan macam jenis perkataan yg menyakitkan hati.. tunang girl tu pun boleh tahan.. sebab kawan saya perempuan dia berani buat mcm tu.. dayus la kut.. bukan dia yg duduk dlm rumah tu tapi sebab sayang punya pasal.. dia pun backing la si kakak dengan si adik ni.. pastu tuduh kawan saya tampar adik dia.. pergh bila masa?



lepas tu diorang macam lari nak jawab soalan pasal make up tu.. point kawan saya malam tu pasal make up je. lepas tu terus diorang tuduh kawan saya curi beras dengan sabun basuh baju.. WTF dapat duit ke curi benda2 mcm tu.. kalau kawan saya makan pun sebelum ni girl tu kan pernah ckp dengan baik dan lembutnya suruh makan sama2.. lepas tu, kawan saya mandi pun boleh jadi isu.. dia mandi average memang 10 minit. pompuan kan.. lepas tu ckp pasal kawan saya mandi dgn basuh baju kat rumah tu duit air melambung2.. tak masuk akal.. masa dia sewa kat rumah lama takde masalah pun.. siap pakai washing machine. kat sini basuh tgn je.. pasal tutup pintu pun jadi isu.. pintu depan rumah tu memang agak rosak sikit.. kalau nak tarik kena kuat sikit.. itupun diorg ckp dia suka hempas2 pintu segala.. tuhan ajelah yg tahu betapa sakitnya hati dia malam tu..


lagi best diorang suruh dia keluar rumah tu malam tu jugak.. eh dia dah bayar sewa takkan nak keluar mcm tu je.. infact kawan saya bayar lebih dari diorang berdua.. diorang bayar sikit duduk bilik besar kawan saya bayar banyak duduk bilik kecil.. tunang girl tu pulak keluar ayat best "mulut ko tu jaga sket. aku bagi peluang untuk ko duduk di sini lagi.. tapi aku tak nak dengar ko buat diorang ni mcm ni" mcm kawan saya ni menumpang kat rumah orang..


semalam saya ikut kawan saya pergi cari bilik sewa baru.. alhamdulillah Allah tolong dia.. dia dpt rumah baru.. dia igt nak pindah esok.. tapi tiba2 pagi tadi mak diorang pulak telefon.. suruh dia berambus ckp bukan2.. fitnah dia bawak laki tido kat rumah.. padahal girl tu yang suka bawak laki masuk rumah. mestilah mak girl tu percaya anak dio sebab anak dia balik kampung pakai tudung.. duduk kl tudung terbang...


ada lagi ke orang mcm ni.. tak cukup diorang tiga orang.. mak dia pulak serang kawan saya.. siap ckp nak report polis tuduh kawan saya mencuri barang2 anak dia.. mak dia pun cakap kawan saya tu babi.. satu family dia memang mcm ni ke? FYI kakak dia pernah keje GRO..


dan mungkin Allah nak tunjuk.. semalam masa kawan saya nak keluar pergi keje.. kawan saya nampak penyewa baru tu tidur kat ruang tamu dengan kawan dia kut.. dua2 girls tido atas tilam yang sama.. peluk bukan main erat.. mulut bertemu mulut.. astagfirullah.. saya rasa bagus kawan saya pindah dari rumah tu.. satu family syco.. tak sangka zaman sekarang ni ada lagi orang mcm ni.. suka fitnah orang..


kepada yang nak cari bilik sewa tu.. saya nak pesan jgnlah terpedaya dengan orang yang nampak innocent ni.. sebelum pindah tu cari rumah yang elok.. kalau ada rasa tak best je.. pindah terus.. jgn tunggu nanti jadi mcm kawan saya ni.. baru 3 bulan nak kena pindah lagi.. tak sangka duduk dgn orang gila..


thanks sebab sudi baca email yang panjang berjela ni.. just nak cerita pasal orang melayu yang duduk kampung datang kl pastu rasa diri dah kl habis.. rasa diri dah besar habis sampai boleh caci maki orang.. dan fitnah2 orang.. sory kalau ada yang terasa tapi inilah realiti orang melayu.. suka jaga tepi kain orang.. suka fitnah2 orang tapi diri sendiri tak nampak kesalahan. mungkin kawan saya pun ada khilafnya.. tapi takdela sampai nak memperdajal orang mcm mana yang diorang buat kat kawan saya ni.. harap diorang akan terkena buku dengan ruas nanti.. 


SEBAB tu la ORANG tak bagi GUNA telefon SEMASA mengisi MINYAK!!!-

T Sarifhla.jpg

Pengurus stesen minyak di Taman Setapak Indah itu, Muhd Haikal Kamarudin berkata, selepas pekerjanya membuka pintu kereta berkenaan, kepulan asap keluar dari kereta itu, manakala wanita berkenaan meronta-ronta kesakitan akibat melecur 60 peratus bahagian badannya.

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari itu, wanita berkenaan melecur di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api. 

Mangsa yang dikenali sebagai T Sarifhla, 25, dikatakan sedang mengisi minyak sambil menggunakan telefon bimbit sebelum berlaku percikan api hingga menyambar telefon bimbitnya.

Wanita itu dipercayai bertindak masuk ke dalam keretanya dan menutup pintu kereta jenis Perodua Axia itu.

"Sebaik pekerja saya membuka pintu kereta, dia melihat terdapat banyak kepulan asap keluar dengan seluruh tubuh mangsa melecur bersama kulitnya melekat di belakang tempat duduk penumpang," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian. 

Muhd Haikal berkata, semasa pekerja membuka pintu kereta itu, api telah pun padam.

Menurutnya, pekerjanya kemudiannya bertindak menutup seluruh kawasan stesen minyak itu dan menghubungi pihak polis dan bomba.

"Pada masa sama, pekerja saya turut menghalang orang ramai dari mendekati kawasan kejadian.

"Mereka semua telah dilatih supaya bertindak memberikan bantuan awal sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini sebelum bantuan seterusnya tiba," katanya. -Bernama




hah tak makan dah la aku lepas ni !!!!DIAORANG cakap biskut jenama HUP SENG TAK SELAMAT dimakan, BETUL KER????



PETALING JAYA: Pengilang dan syarikat pembuat biskut Hup Seng menafikan dakwaan bahawa produk keluarannya, termasuk Krim Kraker Istimewa Ping Pong tidak selamat untuk dimakan.
 
"Mengenai kes biskut terbakar, kami ingin mengumumkan bahawa ia adalah ciri-ciri produk yang mengandungi tepung gandum dan minyak di mana ia boleh terbakar.

"Namun begitu, keupayaan untuk terbakar tiada kait-mengait ataupun mempunyai kesan pada keselamatan makanan tersebut. Krim Kraker Istimewa Ping Pong Hup Seng adalah selamat untuk dimakan," kata syarikat ini dalam satu kenyataan.

Syarikat ini mengeluarkan kenyataan berikutan video yang mendakwa biskut atau produk keluaran syarikat ini disalut dengan plastik.

Video ini telah dimuat naik oleh pengguna Facebook Emo-ji pada 29 Julai di mana telah membakar biskut itu dan mendakwa ia mungkin mengandungi bahan sintetik dan tidak selamat untuk dimakan.

Hup Seng berkata klip video itu bertujuan untuk menjatuhkan imej serta nama baik syarikat.

Menurut kenyataan itu, ujian makmal pada tahun 2011 menunjukkan bahawa tidak ada plastik yang dikesan dalam Kraker Istimewa.

"Baru-baru ini, kami telah menghantar Krim Kraker Istimewa untuk ujian makmal bagi mengesan 'plasticizers' sekali lagi dan akan mengumumkan keputusan sebaik sahaja ianya diterima," katanya.




(Video) Inilah Kehidupan Mewah VVIP Raja Dadah Brazil Dalam Sel Penjara TERBONGKAR,.. mewah GILA dok dalam penjara macam ni....Korang tengok lah sendiri Penjara macam ISTANA




PARAGUAY - Pihak berkuasa Paraguay terkejut besar apabila mendapati sel penjara yang dihuni oleh raja dadah Brazil dilengkapi dengan tiga bilik mewah; yang mana lengkap dengan perpustakaan, dapur, bilik persidangan dan televisyen plasma.

Raja dadah Brazil itu, Jarvis Chimenes Pavao dihukum penjara lapan tahun atas kesalahan penggubahan wang haram diletakkan di Penjara Tacumbu di ibu negara Paraguay, Asuncion.

Namun, kehidupan mewah yang dijalani oleh lelaki itu hanya terbongkar apabila sebuah bom ditemui di dalam penjara itu.

Pavao yang dijadualkan bebas pada tahun depan dan akan diekstradisi kembali ke Brazil atas tuduhan dadah, dipercayai merancang untuk menggunakan bahan letupan plastik untuk membuat lubang di dinding penjara itu untuk melarikan diri.

Namun, rancangannya itu terbongkar dan polis menyerbu penjara itu untuk melakukan siasatan seterusnya mendapati sel penjara mewah yang dihuni olehnya.

Menurut Sinar Online, Sel VIP itu dilengkapi dengan tiga bilik yang lengkap dengan bilik manda, dapur, ruang persidangan, penyaman udara, dinding berjubin, perabot mewah serta perpustakaan yang lengkap dengan koleksi DVD untuk ditonton pada skrin TV plasma.

Penemuan itu mengejutkan sistem penghukuman Paraguay.

Menurut peguam raya dadah itu, Laura Acasuso, rasuah membolehkan anak guamnya itu hidup secara mewah di dalam sel penjara itu.

"Enam atau tujuh menteri kehakiman dan enam atau tujuh pengarah penjara mengambil rasuah daripada Chimenes Pavao," katanya.

Susulan terbongkarnya rahsia ini, Menteri Kehakiman, Carla Bacigalupo dipecat dan diganti dengan Ever Martinez yang berikrar untuk mengambil tindakan keras berhubung perkara itu.

"Kami akan merobohkan sel Chimenes Pavao dan mengambil tindakan terhadap pengarah penjara yang membenarkan banduan tersebut menikmati keistimewaan seumpama ini," katanya.

Pavao kini telah pun dipindahkan ke sel dalam unit operasi khas polis.

Namun, pemindahan Pavao itu dirindui oleh kebanyakan 3,500 penghuni penjara terbabit.

"Saya tidak tahu apa yang akan terjadi terhadap kami tanpa dia," kata seorang banduan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Katanya juga, Pavao seorang yang dermawan danmurah hati serta membayar kos untuk padang bola sepak, gerja di penjara dan menggaji pengawal peribadi di kalangan penghuni.

Tambah peguamnya lagi, Chimenes Pavao turut membayar penginapan pengarah penjara, tandas untuk pengawal serta pengubahsuaian perpustakaan penjara dan gaji tukang masak.


Bilik persidangan Pavao


Peti sejuk di dalam sel penjara itu


Peti sejuk di dalam sel penjara itu
Antara barang-barang yang diletakkan di dalam sel itu


Antara barang-barang yang diletakkan di dalam sel itu


Tempat tidur dilengkapi dengan sebuah meja kaca

Sumber : Sinar Online













PERNAH TENGOK HIDUNG DI DAHI???..ini bukan LAWAK !!!, - Eh tak MASUK AIR KER BRO???,Biar BETUL

Hidung di dahi

Info Pelik. Seorang lelaki di China telah mempunyai hidung baru yang ditanam di dahinya. Lelaki itu, yang hanya dinamakan sebagai Xiaolian, telah menjalani rawatan untuk membuat gantian kepada hidung asalnya yang telah dijangkiti dan menjadi cacat.

Lelaki China ini yang mempunyai hidung baru yang telah ditanam di dahinya telah menjalani prosedur ini di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

Lelaki berusia 22 tahun ini telah rosak hidungnya dalam satu kemalangan jalanraya pada Ogos 2012 tetapi gagal untuk mendapatkan rawatan.

Akibatnya, jangkitan pada tulang rawan membuatkan pakar bedah tidak dapat memperbaikinya.

Hidung di dahi

Mereka tidak mempunyai pilihan selain menanam hidung baru dan kemudian memindahkannya ke tempat yang rosak itu.

Hidung itu telah dicipta dengan meletakkan pengembang tisu kulit ke dahi Xiaolian. Ia telah dipotong menjadi bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil dari tulang rusuk lelaki itu.

Doktor mengatakan bahawa hidung itu telah dijaga dengan baik dan pembedahan pemindahan akan dilaksanakan tidak lama lagi.



GEMPAR TERKINI.. Belon Udara Terhempas Bersama 16 Penumpang Selepas Terbakar..Lihat Gambar kejadian..Ngeri ooo....




Texas - Sebuah belon udara panas terhempas bersama dengan 16 orang penumpang didalamnya, lapor media tempatan.

Belon itu terhempas berdekatan Lockhart, selatan bandar Austin selepas ia dilaporkan mengalami kebakaran.

RT.com melaporkan, media tempatan berkata, Jabatan Keselamatan Awam telah mengesahkan terdapat kemalangan jiwa susulan insiden namun tidak mendedahkan berapa ramai yang terkorban.



Dalam perkembangan terkini, AP menerusi Twitter melaporkan, pihak berkuasa tempatan berkata tiada mangsa yang terselamat di dalam nahas itu.



BBC menerusi Twitter juga berkata bahawa media tempatan melaporkan tiada yang terselamat di dalam nahas ngeri itu.




Laporan lanjut menyusul...


WAHAI KAUM HAWA yang bergelar ISTERI, Anda WAJIB baca ni- Haram ISTERI melayani LELAKI lain melebihi SUAMI sendiri...

Isteri terlalu mesra dengan lelaki lain

Perbuatan itu bukan sahaja bertentangan dengan etika dan adab Islam, ia juga boleh menjadi punca hilangnya kasih daripada suami terhadap isterinya.

Dan jika perbuatan itu berterusan, ianya boleh menyebabkan suami tawar hati sehingga akhirnya mencetuskan pergaduhan dan perceraian.

Memang wajar sekali suami menaruh perasaan cemburu di dalam situasi sedemikian.

Persoalannya, apa perlunya seorang isteri perlu melayani tetamu terlalu mesra melebihi layanan suami sendiri.

Adakah isteri tersebut tidak memahami ajaran Islam khususnya mengenai akhlak dan adab Islam?

Justeru adalah menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik isteri memahami dan menghayati ajaran Islam, terutamanya adab sopan dalam rumah tangga, menghormati suami, serta mengelakkan perbuatan dan tingkah laku yang boleh menyinggung hati suami.

Memang menjadi suatu kewajipan memuliakan tetamu (terutama yang dari jauh) dengan menyediakan makan minum dan tempat istirehatnya dalam tempoh tiga hari.

Manakala tanggungjawab seorang isteri terhadap tetamu ialah memadai dengan menyediakan makan minum tetamu itu. Untuk menyajikannya, serahkan kepada suami.

Wanita tidak perlulah turut berbual mesra dengan tetamu lelaki walaupun suami ada bersama, kecuali tetamu mahram atau saudaranya yang terdekat.

Hak tuan rumah yang harus diberikan oleh tetamu pula ialah menghormati tuan rumah dan menjaga adab sopan.

Seorang tetamu juga dilarang sama sekali menyinggung perasaan tuan rumah.

Jika dikhuatiri boleh membawa fitnah, hendaklah segera pulang.




PENYAKIT NI MEMANG PELIK!!!! lain dari yang LAIN- PENYAKIT TAK BOLEH SENYUM!!!

Joshua ­Burdall

Kanak-kanak lain hanya memandangnya dan menganggap dia sombong kerana tidak mahu bermain bersama mereka.

Mereka menyifatkan Joshua ­Burdall, 3, sombong kerana dia tidak pernah senyum sementelah hanya mempunyai satu ­ekspresi wajah sahaja.

Kanak-kanak di hospital itu takut untuk mendekati Bur­dall dan oleh kerana itu dia hanya bermain seorang diri.

Namun, siapa sangka, kanak-kanak malang itu sebenarnya menghidap sejenis penyakit yang melumpuhkan otot dan tisu mulutnya.

Hasil pemeriksaan doktor, Burdall di­sahkan menghidap sejenis penyakit distrofi miotonik kongenita (Congenital ­Myotonic Dystrophy) yang merupakan satu keadaan genetik.

Penyakit itu melemahkan otot dalam badan secara ber­ansur-ansur dan membuatkan dia tidak boleh menggerakkan sesetengah anggota badan.

Burdall mula dikesan menghidap pe­nyakit itu selepas dia menghadapi kesukaran bernafas sejak lahir dan ia merupakan salah satu simptom miotonik distrofi (DM).

Menurut kajian yang dijalankan Dr. Éric Lécuyer, pengarah unit penyeli­dikan biologi RNA dari Institut Teknologi Massachusets di Amerika Syarikat, DM merupakan satu keadaan di mana berlakunya kecacatan genetik dalam tubuh badan penghidapnya.

Dalam badan manusia, terdapat satu molekul genetik yang dipanggil CTG. Secara normal, penghasilan molekul itu diulang dalam badan sehingga 37 kali.

Dalam kondisi pesakit DM pula, molekul ini diulang lebih daripada kadar normal dan hal ini mengakibatkan mutasi genetik.

Penyakit itu boleh menyerang semua jantina dan biasanya dikesan sejak lahir.

Doktor yang memeriksa Burdall pada awalnya menjangka kanak-kanak itu hanya akan hidup selama setahun sahaja kerana dalam kebanyakan kes, penghidap yang mula menunjukkan simptom DM sejak lahir tidak mempunyai jangka hayat yang lama.

Namun, tiada siapa menyangka Burdall yang kini berusia tiga tahun masih hidup. Dia dijaga dengan baik oleh seorang wa­nita mulia iaitu Sarah Ruane, 51, yang merupakan jururawat yang menjaganya di hospital Hull Royal Infirmary di Britain.

Penyakit DM adalah bersifat genetik dan apabila seorang ibu yang menghidap penyakit ini melahirkan anak, anak itu akan turut mewarisi komplikasi itu.

Ibu Burdall menghidap penyakit sama dan keadaan ini menyebabkan otot-otot badannya gagal berfungsi seterusnya dia tidak boleh menjaga kanak-kanak itu dan terpaksa membiarkan dia dijaga oleh pihak hospital.

Joshua ­Burdall [2]

Selepas Burdall berusia lima bulan, ­Ruane lantas mengambil kanak-kanak itu sebagai anak angkatnya.

Ruane yang kini tidak lagi bekerja ­dengan hospital Hull Royal Infirmary berkata, dia membuat penyelidikan sendiri dan sentiasa bertanya kepada para doktor tentang kaedah merawat Burdall.

“Selepas mengambil Bur­dall sebagai anak angkat, saya tidak pernah penat mencari penawar untuknya,” cerita Ruane.

“Saya sungguh kasihan melihat kea­daan dia dan sejujurnya, sepanjang menjadi jururawat selama lebih 32 tahun, keadaan Burdall merupakan salah satu perkara yang paling meruntun hati saya.

“Saya juga difahamkan, oleh kerana terdapat banyak kepelbagaian kesan ke atas otot badan dalam penyakit ini, ia telah diklasifikasikan antara penyakit paling rumit dalam bidang perubatan,” ujarnya.

Selain tidak boleh senyum, simptom lain penyakit itu seperti kesukaran bertutur, kesukaran menelan makanan dan cepat penat.

Menurut Ruane lagi, kehidupan bersama Burdall adalah amat mencabar, namun dia tidak akan sesekali berputus asa untuk merawat Burdall.

Kanak-kanak itu selalu cuba untuk bercakap, namun otot mulut dan lidahnya terlalu lemah untuk berbuat demikian.

“Dalam tubuh badan seorang yang normal, terdapat satu protein yang di­salurkan kepada otot-otot di dalam badan. Dalam badan Burdall, terdapat satu toksin yang menghalang penyaluran protein itu kepada otot.

“Oleh yang demikian, protein itu terkumpul dalam badannya dan membentuk sebiji bebola dan ia kekal dalam badan pesakit,” jelasnya.



DAH HABIS KER LELAKI KAT DUNIA NI???-Wanita Kahwini Kucing Selepas Kecewa Putus Cinta!-

Barbarella Buchner

Barbarella Buchner, 48, mengahwini dua ekor kucingnya, Spider dan Lugosi dalam majlis secara dalam talian.

Kedua-dua kucingnya itu dipeliharanya sejak 10 tahun lalu selepas mengambilnya dari pusat perlindungan kucing di London.

"Kucingnya adalah cinta hidupnya. Saya tidak pernah menyesal malah tidak peduli apa yang orang perkatakan," dakwa Barbarella.

Barbarella yang kini menetap di Lanzarotte berkata, dia pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki namun gagal.

Menurut Barbarella , kucingnya itu membantunya untuk kembali menjalani kehidupan normal dan bangkit dari kekecewaan selepas hubungan percintaannya bersama bekas teman lelaki yang terjalin selama tujuh tahun putus.

"Bekas teman lelaki adalah individu yang paling penting dalam hidup saya sebelum ini sehinggalah perhubungan tersebut putus.

"Ia menyakitkan apabila putus, saya menangis beberapa minggu selepas gagal namun kucing-kucingnya itu membantu memulihkan emosinya. Mereka membantu menenangkan dan sentiasa ada dengan saya," katanya dipetik Mirror.uk.

Tambahnya lagi, dia kemudiannya tersedar bahawa cinta saya kepada haiwannya itu melebihi segalanya malah lebih dalam dari cinta kepada manusia.

Pada tahun 2004, Barbella mengambil keputusan untuk mengahwini kucingnya itu secara rasmi melalui sebuah laman web Marryyourpet.com.

Barbarella Buchner [2]

Laman web itu menyenaraikan beberapa peraturan yang perlu dipersetujui sebelum membenarkan pelayar berkahwin dengan haiwan peliharaan dan antaranya ialah tidak dibenarkan untuk menganiaya haiwan kesayangan dalam apa jua cara.

Permohonannya diterima dan dia perlu membayar yuran berharga £20 (RM120) sebelum berkahwin dalam majlis secara online dengan hanya menekan butan "I do".

Barbarella berkata, mengahwini Lugasi dan Spider adalah sesuatu yang perlu saya lakukan.

"Jika kucingnya mati, dia tidak akan mengahwini kucing yang lain dan jika ada lelaki yang mendekati saya akan berterus terang bahawa saya telah berkahwin dengan kucing, dan jika mereka fikir saya pelik, saya tak pedulikannya," ujarnya.



BUDAK perempuan KETAGIH MAKAN MENTOL LAMPU, selalu kita tengok dan baca cerita ORANG DEWASA makan mentol saja kan??

Seorang budak perempuan begitu ketagih untuk makan objek-objek merbahaya termasuklah makan mentol lampu bulat-bulat.

Budak perempuan ketagih makan mentol lampu

Natalie Hayhurst, 3, menghadapi risiko yang berterusan meracuni dirinya kerana keadaan yang jarang berlaku, yang memberikannya ketagihan terhadap objek yang tidak biasa orang makan.

 dia hampir meninggal dunia selepas makan mentol lampu yang diambilnya dari lampu di bilik tidur.

Walaupun hidangan kegemarannya adalah batu dan batang kayu, Natalie telah diketahui memakan bata keseluruhannya, 'seperti ianya adalah biskut cip coklat'.

Colleen ibunya, 31, yang berasal dari Terre Haute, Indiana, AS, berkata setiap hari adalah perjuangan berterusan kerana dia cuba untuk menghentikan anaknya memakan sesuatu yang boleh membunuh.



Baru 24 Tahun, Gadis Cantik Ini Mampu Beli Rumah Superlink & Subaru. Wow.... Ini TIPS yang di kongsi Beliau yang ramai orang tidak PERNAH SANGKA.. memang terbaik beb..

24

Tipulah kalau kami kata kami tak kagum dengan kejayaan gadis bernama Syafieqah A’lya ini apabila berjaya membeli rumah teres superlink dan Subaru di usia 24 tahun.
Well, rasanya kisah-kisah macamni harus dijadikan contoh buat remaja di luar sana. Mungkin boleh guna pendekatan yang lain, tetapi yang penting sudah simpan ‘misi’ untuk berjaya macam si cantik manis ni daripada muda lagi. Tahniah dik!

Mission accomplish before 24..

Screen Shot 2016-01-20 at 2.19.59 PM
Terngiang-ngiang kata-kata kawan masa belajar Dahulu. “Orang paling gila dalam Rumah ni adalah kau”. Sikit pun tidak terasa apa yang kamu kata, malah ingin berterima Kasih sebab ayat ni menjadi pembakar semangat saya Sampai sekarang
Alhamdulillah cita-cita tercapai dan buat mak tersenyum Saya bukan dari golongan bijak pandai dan keluarga berada, tapi saya tahu Usaha dan pengorbanan serta berkat doa keluarga saya hari ini memberi hasil di masa Akan datang
Saya dah tahan lama segala kehendak saya dan bohong la kalau saya cakap saya tidak suka shopping, tapi saya tahan diri saya sebab saya yakin dengan kata-kata mentor saya Tn Khairul Ezuwan , “tahanlah sementara kehendak awak hari ini untuk dapat sesuatu yang lebih baik akan datang dengan lebih selesa”, saya banyak belajar dengan beliau bagaimana mengenal apa yang positive dan apa yang negative. Apa yang perlu didahulukan, apa yang perlu dikemudiankan. Bagaimana tahap memiliki kehendak tanpa terbeban. Dulu saya pernah cakap pada beliau, mustahil saya mampu lakukan tapi beliau dengan tenang jawab, TAK MUSTAHIL PON, AWAK BUAT JER.
Saya telah berjaya lakukan sebelum umur saya 24 tahun untuk miliki apa yang saya mahukan. Walaupon itu kehendak, saya tidak terbeban lagi untuk memilikinya dan ini masanya saya nak reward diri saya sendiri . Betul orang cakap, Kita bukan cukup bila bergaji besar, Kita akan rasa cukup bila Ada simpanan yang cukup. Lepas tu angka gaji bukan lagi faktor utama.
Kepada rakan-rakan , Tidak ada yang mustahil jika kita sanggup berusaha lebih, cekal dan kental untuk ubah diri kita sendiri . Semoga anda semua berjaya. Saya menulis untuk memberikan inspirasi apa yang telah saya lalui dan apakah hasilnya.
Sekadar perkongsiaan
Syafieqah Alya

Berjaya juga kumpul harta lain..

Screen Shot 2016-01-20 at 2.00.57 PM
Malah, menerusi Facebook Khairul Ezuwan, si cantik manis ini sebenarnya dah memang berjaya mengumpul ‘harta’. Malah, dia juga merupakan pelajar cemerlang semasa belajar dahulu.
Saya nak share sedikit apa antara yang beliau telah kecapi sebelum umur beliau 24 tahun atas kebenaran dari beliau untuk menjadi inspirasi kepada orang Ramai terutama golongan muda dan belia.
Beli Kereta Myvi (Disewakan)
Pembiayaan ASB 200K , Teknik Compounding. Tidak usik dividen.
Rumah Terrace Superlink baru 5 bilik, 5 bilik air.
simpanan yang besar setiap bulan. Semua komisen, OT & income part time disimpan. Beliau hanya gunakan gaji basic untuk survive.
Beli kereta Subaru XV (kegunaan sendiri)
pembiayaan belajar telah dilangsaikan
tidak mempunyai pinjaman peribadi
tidak pernah mempunyai kredit kad
Screen Shot 2016-01-20 at 2.01.04 PM
Kalau korang nak tahu caranya, bolehlah terus PM kepada mereka ya!


BAYI LAHIR muka macam, sebijik macam BADUT SARKAS!!!, BERTUKAR wajah selepas beberapa PEMBEDAHAN dibuat

selama tiga tahun, ibu kepada Connie Lloyd terpaksa menahan telinga mendengar mulut pot pet orang berkenaan anaknya yang lahir dengan hidung seperti hidung badut sarkas.


Kini, selepas menjalani 3 jam pembedahan, Connie Lloyd sudah mengakui bahawa hidungnya sudah menjadi seperti hidung ibunya.  Dia dah tak malu-malu lagi dah dengan hidungnya. Tengok lah betapa cute nya dia di bawah ini.


Ibunya, dari Slough, Berkshire, England, berkata: "Apabila kami melihat hidungnya kami takjub. Dia kelihatan seperti kanak-kanak yang berbeza tetapi kita tahu dia adalah Connie kami."

Doktor telah mengesan bayangan di hidung Connie dengan mengimbas setelah 26 minggu tetapi apabila dia dilahirkan pada bulan September 2008, dia muncul dengan sempurna sihat.

Dua minggu kemudian, ibu bapanya Zara dan Tom mendapati hidung anak perempuan mereka telah bertukar menjadi merah cerah. Mulanya ia hanya titik kecil, tetapi cepat membesar kepada 4cm lebar.

Doktor peribadi mereka merujuk mereka kepada pakar kulit di Great Ormond Street Hospital, yang mendiagnosis bayi itu dengan haemangioma, iaitu tumor benigna.