Friday 5 August 2016

Filled Under:

Cara Mudah Transfer Dari Maybank2u Ke Asb Online yang Ramai Orang TIDAK TAHU..

Cara Transfer Dari Maybank2u Ke Asb Online
Cara Transfer Dari Maybank2u Ke Asb Online
Malas nak beratur di Kaunter Asb ? tiada masa nak beratur masukkan duit di kaunter Pejabat Pos ?apa susah, sebenarnya anda boleh masukkan duit ke Asb secara online? anda boleh guna maybank2u ataupun cimb click online. nak tahu cara mudah nak transfer dari maybank2u ke asb online?teruskan pembacaan anda tentang Cara Transfer Dari Maybank2u Ke Asb Online
Cara Transfer Dari Maybank2u Ke Asb Online
Syarat utama untuk menggunakan aplikasi ini adalah anda mesti mempunyai akaun Maybank2u, jika tiada anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
Ikuti langkah2 dibawah yang telah aku sediakan untuk kemudahan bersama.
1. Masuk ke dalam http://www.maybank2u.com.my/
 
2. Macam biasa masukkan Username & Password (yang ni sendiri punya …. rahsia tau..)

3. Pilih pada bahagian Investment

4. Klik pada ASNB Unit Trust Additional Purchase

5. Tandakan “check box” sebagai pengesahan dan klik butang Next

6. Dapatkan TAC Number dan isi maklumat yang diminta seperti jumlah tambahan pelaburanno.akaun ASB anda dan Pilih Jenis pelaburan anda (Pilih Amanah Saham Bumiputera). Seterusnya klik butang Continue


7. No. akaun ASB anda adalah seperti kedudukan didalam buku pelaburan anda. contoh seperti gambar diatas.


8. Masukkan TAC anda yang telah dihantar ke Handphone anda. KlikConfirm
9. Akhir sekali Sekiranya anda berjaya Status akan menunjukan“Successful”. untuk contoh diatas status menunjukkan “Unsuccessful”kerana jumlah pelaburan yang dimasukkan adalah RM1. Minimum pelaburan adalah RM10 sama seperti membuat pelaburan menggunakan buku di pejabat pos.
Jadi macam mana ?mudahkan nak buat cara transfer dari maybank2u ke Asb online.. kalau nak jimat duit,letak saja dekat ASB sebab agak susah sikit nak keluarkan buat joli kan?hehe