Saturday 6 August 2016

Filled Under:

Polis Cedera Dipukul 8 Lelaki Selepas Ekori ke Tapak Pembinaan..DAN APA YANG DITEMUI OLEH ANGGOTA POLIS INI AMAT MENGEJUTKAN..


 

 Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh cederah di bahagian kepala selepas dia dipukul oleh sekumpulan lelaki di tapak pembinaan rumah di Taman Sri Wangi Lahat di sini dalam kejadian petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika kejadian, mangsa yang sedang bertugas itu mengekori semua lelaki yang bertopi keledar menutup muka menunggang empat motosikal ke tapak pembinaan itu.

Dalam kejadian kira-kira empat petang itu, mangsa melihat kesemua lapan lelaki itu mencuri jubin dan mangsa kemudian turun dari kereta.

Suspek cuba melarikan diri namun mangsa berjaya menahan seorang suspek dan berlaku pergelutan.

“Suspek yang lain datang menolong dan memukul kepala mangsa menggunakan kayu sehingga anggota polis itu pengsan. Selepas sedar, mangsa mendapati pistolnya hilang," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sum juga berkata, mangsa kemudian terserempak dengan seorang rakan sejawatnya yang kemudian membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Hasil siasatan di tempat kejadian, polis menemui sepucuk pistol Smith & Wesson beserta lima butir peluru dan dua batang kayu dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

“Dua saksi yang nampak kejadian sudah dirakam percakapan dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata. masih diteruskan untuk mengesan suspek," katanya.