Saturday 6 August 2016

Filled Under:

TIDAK angin, tidak ribut… Tiba-tiba muncul khabar angin menyatakan pelakon cantik Siti Saleha telah bertunang.. Siapakah insan yang bertuah itu..?

TIDAK angin, tidak ribut… Tiba-tiba muncul khabar angin menyatakan pelakon cantik Siti Saleha telah bertunang.



Gosip ini bertiup kencang selepas Saleha memuat naik gambar bersama seorang lelaki berserta kapsyen: ‘Suicide Squad tonight with fiance‘ (menonton filem Suicide Squad malam ini bersama tunang) di Instagram, pada Jumaat.
Siti Saleha Kini Bergelar Tunangan Orang?
Tampil menjelaskan segalanya, Siti menafikan dirinya sudah bertunang sebaliknya telah dilamar oleh teman lelakinya.
“Saya tidak mahu peminat terkeliru dengan penerangan di Instagram itu. Memang saya sudah dilamar tapi kami belum lagi mengadakan majlis pertunangan.
“Apabila majlis pertunangan itu berlangsung nanti selesai barulah saya berkongsi segalanya. Buat masa sekarang biarlah keluarga kami berbincang terlebih dulu,”katanya kepada Harian Metro.
Siti Saleha Kini Bergelar Tunangan Orang?
Dalam pada itu, Saleha enggan mendedahkan latar belakang teman lelakinya.
Jelasnya, dia akan berkongsi cerita setelah majlis pertunangan yang sedang dirancang selesai. – MYNEWSHUB.CC