Saturday 6 August 2016

Filled Under:

SEORANG wanita maut selepas terperosok bawah Proton Iriz ... PUNCA kejadian ini sangat PELIK... korang mesti tak percaya


SEORANG wanita maut selepas terperosok bawah Proton Iriz ... PUNCA kejadian ini sangat PELIK... korang mesti tak percaya



SEORANG wanita maut selepas terperosok bawah Proton Iriz selepas cuba menahan kenderaannya itu yang mengundur secara tiba-tiba dalam kejadian di Kampung Baru Salak Selatan. KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut terperosok di bawah kereta miliknya selepas cuba menahan kenderaan itu yang mengundur secara tiba-tiba di Kampung Baru Salak Selatan, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Goo Guan Yen, 40, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah. Jurucakap bomba berkata, sepasukan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 9.48 pagi. "Setiba di lokasi kejadian pada jam 10.08 pagi, kami dapati mangsa berada di bawah keretanya. Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 10.18 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di situ," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.