Saturday 6 August 2016

Filled Under:

Bukan Sekadar Kutip Buah, Jadi Cleaner Pun Gaji Tinggi! – Pengalaman Kerja Part Time Di UK...




Walaupun agak pahit, kita harus menerima hakikat bahawa kerja makan gaji di Malaysia tidak boleh menjadikan seseorang itu kaya, sekadar lepas untuk perbelanjaan asas sudah dikira bagus. Kerana itulah ramai orang berlumba-lumba untuk bekerja dan mengumpul harta di luar negara, khususnya negara-negara maju.
Berikutan isu bekerja sebagai pemetik buah di Australia yang sedang viral sekarang, lelaki ini terpanggil untuk menceritakan pengalamannya buat duit dengan menjadi cleaner part time di UK. Katanya, bukan kutip buah sahaja, bekerja sebagai cleaner juga boleh menjanjikan pendapatan yang selesa! Jom baca pengalaman beliau.

Kerja Cleaner Pun Janjikan Pendapatan Selesa!

13933046_10206720478435900_437459652_n
Assalamualaikum semua. Saya terpanggil untuk berkongsi akan pengalaman saya semasa bekerja sebagai cleaner semasa menuntut di England lima tahun yang lalu. Di England terdapat cuti Musim Panas yang sangat panjang. Bergantung pada jurusan masing-masing, kadangkala cuti sampai empat bulan pun ada. Di kala ramai rakan yang memilih untuk pulang ke tanah air,saya dan beberapa orang rakan membuat keputusan untuk bekerja sebagai cleaner di universiti yang berdekatan. Kerjanya adalah seperti housekeeping di mana kami ditugaskan untuk mengikut team leader masing-masing. Team leader ini terdiri dari permanent worker di situ. Setiap kumpulan akan diberi tugasan mengikut hari.
Pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan seperti mengemas bilik, membersihkan tandas, ruang tamu dan kawasan persekitaran universiti. Dengar seperti mudah bukan? Sangkaan kami begitu meleset. Team leader ini sangatlah cerewet. Cadar hendaklah sangat tegang. Jamban hendaklah berkilat dan kering. Cermin hendaklah kering berkilat tanpa wap. Even lantai tandas juga hendaklah kering dan bersih.
Paling penat kalau ditugaskan di bahagian dapur. Bayangkan perkakas dapur yang perlu dibersihkan dan dikilatkan termasuklah oven yang sangat berminyak dan berkerak. Sekiranya bilik dan rumah sudah selesai dibersihkan, kami juga diminta untuk membersihkan kawasan sekitar universiti seperti mengutip sampah,menyapu daun kering dan sebagainya. Walaupun penat namun kami tetap tabah bekerja. Mengapa? Kerana kadar bayarannya agak baik.

Hidup Senang Di Sana!

13874582_10206720478635905_65000695_n
Seingat saya semasa kami bekerja pada tahun 2011, kadar bayarannya adalah mengikut minimum wages di UK iaitu GBP6.67 sejam. Kami bekerja enam jam sehari lima hari seminggu. Pendapatan sebulan mencecah GBP800! Jika diconvert pada rate masa itu RM4000++. Jika nak dibandingkan dengan harga barang mentah disini yang murah, memang kami hidup senang pada masa itu. Bayangkan ini baru kerja sebagai cleaner secara part time. Bayangkan kalau kerja sebagai guru atau pensyarah disana.
Kesimpulannya, kepada belia yang berhasrat untuk merantau di negara orang dan bekerja, kerjalah sehabis baik. Mental kena kuat. Bayangkan kami pernah bekerja semasa bulan puasa yang sangat panjang waktunya which is hampir 18 jam pada waktu itu. Tapi kami terus bekerja tanpa kenal erti lelah. Asal kuat dan rajin, InsyaAllah boleh survive dimana-mana. Rezeki itu luas. Semoga berjaya.