Saturday 25 June 2016

INILAH SEBAB-SEBAB Kenapa Lelaki Melayu Sekarang Lebih Sukakan Amoi....!!


INILAH SEBAB-SEBAB Kenapa Lelaki Melayu Sekarang Lebih Sukakan Amoi....!!


Negara Malaysia hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama. Jadi, perkahwinan campur sudah menjadi perkara biasa dan semakin diterima baik oleh semua orang.
Jika anda dapat lihat trend sekaran, lelaki Melayu lebih sukakan gadis berbangsa Cina. Apa sebabnya? Tapi memang gadis Cina ni hot-hot!
Jom lihat 8 sebab yang membuatkan lelaki Melayu lebih sukakan Amoi!

1. Berkulit putih

giphy
Gadis-gadis Cina memiliki kulit yang putih dan menawan macam gadis Korea. Tak dapat awek Korea, awek Cina pun jadi. Sekarang ni lelaki lebih berminat dengan gadis berkulit putih.

2. Memiliki badan yang langsing

m7HuGdr
Kebanyakan gadis Cina berbadan petite dan memiliki badan yang langsing. Memang lemak tu tak wujud. Lelaki mana yang tak nak pasangan berbadan langsing? Memang bangga bila jalan bersama Amoi cantik.

3. Pandai berpakaian cantik

dasd
Kebanyakan gadis Cina di Malaysia banyak di pengaruhi cara fesyen orang Korea dan juga barat. Gadis Cina ni selalu kita lihat mereka gemar gayakan skirt pendek atauhot pants yang buatkan lelaki Melayu terbeliak biji mata.

4. Rambut yang lurus & cantik

tumblr_llmnveeWGY1qdodogo1_500
Jika anda dapat lihat, gadis Cina memiliki rambut yang lurus dan halus. Memang kebanyakan lelaki sukakan gadis berambut lurus. Lagi satu, gadis Cina bijak menggayakan rambut mereka.

5. Boleh bertutur tiga bahasa

pretty-asian-girl
Gadis-gadis Cina di Malaysia boleh bertutur dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, dan juga Mandarin. Jadi, untuk lelaki Melayu tak perlu risau jika ke kedai motor towkey Cina sebab awek anda boleh runding harga murah.

6. Pandai matematik

post-46273-Asian-stop-girl-gif-Imgur-Jang-yzwU
Ketika di sekolah, dalam subjek Matematik je mesti yang terer tu kebanyakannya kaum Cina. Ini kerana bahasa mereka memudahkan lagi subjek tersebut. So, untuk lelaki Melayu yang failed Matematik, anda tak perlu bawa kalkulator, bawa awek pun dah cukup.

7. Bijak mengurus kewangan

large
Kabanyakan keluarga Cina banyak menceburi bidang perniagaan dan selalunya akan diwarisi turun-temurun. Jadi, gadis-gadis Cina ni mempunyai kelebihan di mana mereka mampu menguruskan kewangan dengan baik.

8. Kurang membebel & menggedik

large (1)
Ini fakta okay! Kebanyakan lelaki Melayu berpendapat, gadis Melayu kuat membebel dan suka menggedik. Berbeza dengan gadis Cina yang lebih mudah untuk dilayan dan sentiasa happy go lucky. 


8 Petua Kulit Cantik Yang Nenek Moyang Kita Rahsiakan...


Nak tahu apa rahsia yang nenek kita simpan dari kita untuk dapatkan kulit cantik? Berikut adalah 8 petua kulit cantik yang perlu anda tahu.

1. Timun

Timun dapat menghilangkan lingkaran hitam mata, mata bengkak (pastikan anda cukup tidur ya?), mengecilkan rongga kulit dan merawat sunburn. Sangat berguna bagi produk yang berharga RM2 sekilogram.
Cara guna: Hanya hiris nipis timun dan letakkan di atas mata.

2. Teh Hijau 

Anda suka minum teh? Pernah cuba teh hijau?
Selepas anda menikmati keenakan teh hijau, jangan buang lak uncang teh tu. Ada gunanya tau untuk anda.
Cara guna: Hanya letakkan uncang teh hijau di mata dan biarkan selama 15-20 minit ( jangan lah letak uncang teh panas-panas tu di mata pulak. Tak pasal-pasal lak terbakor mata tu hehehe). Teh hijau dapat melembabkan kulit yang kering dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.

3. Air beras

Kenapa nenek kita tak membuang air beras selepas membasuh beras?
Air beras kaya dengan antioksida dan melambatkan proses penuaan. Ini adalah tip kecantikan klasik geishas di Jepun.
Cara guna: Ambil kapas dan rendamkan dalam air berus dan sapu kapas ke muka sebagai toner atau pelembab wajah. Itu aje. Senang kan?

4.Kunyit

Petua kulit cantik bagi orang India dan Cina banyak menggunakan kunyit sebagai bahan utama. Ianya berfungsi sebagai antiseptik dan scrub muka.
Cara guna: Hanya serbuk kunyit dengan susu dan sapu dibahagian muka selama 15 minit. Cuma selepas pakai tu kena sental elok-elok muka tu. Karang tak pasal-pasal jadi macam alien warna kuning hehehe.

5. Arang

Peminat kopi dan teh perlu baca betul-betul. Untuk menghilangkan kekuningan gigi amalkan mengosok gigi dengan arang.
Cara guna: Caranya mudah aje. Hanya tumbuk arang dengan sedikit garam dan gosok gigi dengan jari ( jangan makan tau).
Arang tersebut akan menyerap kesan kekuningan pada gigi.

6. Minyak kelapa

Dulu-dulu nenek kita selalu buat minyak kelapa sendiri kan ? Selain untuk memasak minyak kelapa ini sangat best untuk menghitamkan dan melebatkan rambut. Bagi anda yang mempunyai kulit kering dan gatal-gatal, minyak kelapa juga boleh digunakan.
Cara guna: Hanya sapu pada rambut dan kulit yang bermasalah. Siapa yang dah memang kulit berminyak jangan nak try lak ya. Karang ada yang digelar wanita minyak hehehe.

7. Oat

Oat kaya dengan fiber dan sesuai di jadikan face mask.
Cara guna: Caranya ambil oat campur dengan madu dan kisar halus. Selepas tu letakkan dimuka selama 15 minit. Amaran: Jangan buat masa lapar nanti oat tu masuk mulut lak.

8. Lidah buaya atau Aloa Vera


Kulit berparut adalah mimpi ngeri setiap wanita. Mujurlah ada lidah buaya yang nenek kita tanam.
Cara guna: Hanya potong lidah buaya dan ambil lendir dan sapukan pada parut. Amalkan setiap hari dan sehingga hilang. murah dan sangat mudah


BENARKAH Erra Fazira Mengaku Bercinta Dengan Shahir AF...?




Setelah sekian lama berteka teki mengenai status hubungannya dengan Shahir AF, akhirnya Erra Fazira membuka mulut dengan mendedahkan hubungan istimewa yang terjalin diantara beliau dan bekas juara Akademi Fantasi musim kelapan itu. Bukan itu sahaja, malah akui Erra lagi, hubungan cinta mereka itu turut mendapat restu dari pihak keluarga Shahir.
“Sebenarnya, dia yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius. Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana ianya masih terlalu awal buat kami dan belum lagi memasuki fasa seterusnya”
“Saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perhubungan ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh dengan dia, saya juga mengharapkan perkahwinan kali ini adalah yang terakhir dan akan kekal selamanya,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dakwaan orang ramai mengenai hubungan cintanya yang menjadi teka teki selama ini.
Bagaimanapun, Erra sekali lagi menafikan spekulasi orang ramai yang mengatakan mereka bakal melangsungkan perkahwinan selepas sambutan Aidilfitri nanti. Pada masa yang sama, Erra turut menafikan dirinya bersikap berdolak-dalik mengenai hubungan cintanya, serta desas-desus mengenai penetapan tarikh untuk hari perkahwinan mereka.
Terdahulu, Shahir pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya kini sedang rapat dengan Erra serta mengakui beliau seorang yang istimewa. Dakwaan itu sekaligus membuatkan Erra merasa lega kerana tidak lagi perlu menanggung beban untuk menjawab pertanyaan orang ramai selepas Shahir sendiri telah mengakui tentang hubungan mereka







Anda Mesti Teringin Nak tengok Gambar Terbaru Anak YUSRI KRU dan LISA kan...?


Sempena sambutan hari lahir Yusy KRU yang ke 43 tahun, nampaknya pelakon dan pengarah tersebut telah berbesar hati untuk berkongsikan gambar cahaya mata mereka, Yahaira Leanne di akaun Instagramnya.



Melalui perkongsiannya di laman sosial itu, Yusry menjelaskan bahawa sambutan hari lahirnya pada tahun ini lebih bermakna kerana ia berkongsi tarikh yang sama Yahaira berusia sembilan bulan. Malah Yusry turut menghargai isterinya, Lisa Surihani di atas sambutan hari lahir yang paling bermakna itu.
Ternyata dengan perkongsian gambar tersebut ia turut mengakhiri penantian setia peminat Lisa dan Yusry untuk melihat Yahaira yang selamat dilahirkan pada 15 September tahun lalu. Comel betul Yahaira!

Sebelum ini, Yusry dan Lisa pernah memberitahu bahawa mereka tidak mahu memuatnaik gambar Yahaira kerana bimbang akan disalah guna. Apa pun, semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia lebih lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka ini


JOM DAPATKAN TIPS!!!! BAGAIMANA MELANCONG KE SELURUH KOTA JEPUN DENGAN HANYA BAGET RM3K




Pengalaman trip di Jepun paling tak boleh dilupakan. Tertinggal flight, perasan diri kebal konon awal musim sejuk pakai sweater nipis, kemudian waktu malam mengigil kat Disneyland dan pengalaman heret luggage naik tangga turun tangga kat train station sebab tak jumpa lif.
Bila ingat balik memang kelakar tapi itu yang membuatkan pengalaman kali ini lagi awesome!
KL – Osaka – Tokyo – KL (20/12/2015 – 30/12/2015) 11 hari 10 malam.
Tiket flight Airasia KL – Kansai, Osaka: RM440
Tiket flight Airasia Haneda, Tokyo – KL: RM445
Hotel Shin Imamiya, Osaka (20/12 – 24/12): RM224
Hotel Palace Japan, Tokyo (24/12 – 30/12): RM477
Wifi Rental Japan 10 hari: 6,440 yen @ RM115
Osaka Amazing Pass: 2,300 yen @ RM85
Kansai Thru Pass: 4,000 yen @ RM148
Kyoto Tower: 700 yen @ RM 26
Tiket Universal Studio Japan (USJ): 7,200 yen @ RM266
Willer Express Osaka – Tokyo: 5,300 yen @ RM196
Suica Card: 2,000 yen + 5,000 yen reload @ RM259
Tiket Tokyo Disneyland: 6,900 yen @ RM255
Tiket metro, subway, train selain daripada JR train: 3750 yen @ RM139
Jumlah kos per pax: RM 3,075
Conversion rate 1000 yen = RM37
Tiket flight exclude luggage, meal & seat.
Kos exclude shopping, makan, Express Pass USJ.

Osaka

Hari 1: Kansai Airport – Dotonbori – Shinsaibashi Shopping Arcade
Sampai airport, terus cari Kansai Tourist Information Center kat Level 1F. Beli 1 Day Osaka Amazing Pass, 2 Days Kansai Thru Pass dan tiket USJ.
Korang boleh guna pass ni untuk unlimited train dan bas, percuma tiket masuk untuk beberapa tempat. Boleh rujuk website mereka untuk maklumat lanjut.
Bermula hari ni sampai hari ketiga di Osaka, kami gunakan Kansai Thru Pass. Dari airport kami gerak hotel untuk check-in. Sebelah malam, melawat di sekitar kawasan Dotonbori dan Shinsaibashi Shopping Arcade.
Hari 2: Universal Studio Japan
Disebabkan dah serik beratur panjang untuk trip Universal Studio Singapore (USS) dulu, kami beli Express Pass sebab nak potong queue. Nak jumpa Harry Potter punya pasal, maka tutup mata jela beli Express Pass 7 tu haha.
Pass ni ada 3 jenis iaitu Pass 3, 5 dan 7. Kebanyakan ride hari tu memang ramai orang. Ada yang waiting time cecah 140 minit untuk 1 rollercoaster ride. USJ tiada restoran atau cafe yang certified halal macam USS. Kami bawa jajan dan bekal dari hotel.
Hari 3: Nara Park – Togetsukyo Bridge – Arashiyama Bamboo Grove – Kyoto Tower
Untuk ke Nara Park, belok kanan selepas keluar dari Nara Station. Lepas 5 minit jalan, korang akan jumpa rusa berkeliaran. Macam kucing dah rusa kat sini bebas merayau.
Kemudian kami ke Kyoto. Kyoto memang besar tak sempat nak cover sehari. Sekurang-kurangnya dua hari kalau nak cover Kyoto. Kami sempat melawat Arashiyama Bamboo Grove, Togetsukyo Bridge & Kyoto Tower.
Lunch hari ni kat Rose Cafe Restaurant. Lega dapat makan nasi. Haha.
Hari 4: Umeda Sky Building – Osaka Castle – Tempozan Giant Ferris Wheel
Hari ni kami berjalan disekitar bandar Osaka menggunakan Osaka Amazing Pass. Bermula dengan Umeda Sky Building – Osaka Castle – Tempozan Giant Ferris Wheel.
Malam kami gerak ke Tokyo dengan menaiki Willer Express Overnight Bus. Dari Willer Bus Terminal Umeda ke Shinjuku Station, lebih kurang 8 jam perjalanan.

Tokyo

Day 5: Ueno Park – Ginza
Sampai di Shinjuku Station dari Osaka pada waktu pagi, terus cari JR kaunter beli Suica Card. Kad ni khas untuk JR train je dan boleh topup banyak kali. Train selain daripada JR, korang kena beli tiket lain.
Settle beli Suica, kami bergerak ke hotel untuk check-in. Tengah hari, kami melawat Ueno Park dan makan di kedai Chicken Man. Selesai makan, kami merayau disekitar Ginza untuk window shopping. Jalan disekitar Ginza sama seperti di kawasan Pavilion, semua butik branded.
Day 6: Shinjuku – Shibuya – Harajuku
Kami jalan-jalan kat Shinjuku, Shibuya dan Harajuku. Korang boleh naik JR Yamanote Line untuk cover tiga tempat ni. Sila makan kebab di Kebab Box J Harajuku, recommended! 2 kali repeat makan sini.
Kat Shibuya & Shinjuku kebanyakan butik seperti Forever 21, Adidas, Nike dan Uniqlo. Kat Shinjuku ada Disney Store. So, kalau korang nak pergi Disneyland, boleh beli tiket di sini.
Day 7: Lake Kawaguchiko, Mount Fuji
Misi hari ni pergi Mount Fuji. Dari Tokyo, naik JR train hingga ke Otsuki Station. Kemudian tukar train, naik Fujikyu Railway.
Boleh pakai Suica, tapi kami beli tiket asing untuk simpan sebagai kenangan. Kalau nak tengok Fuji dari dekat, stop kat Mount Fuji station. Kami stop kat Kawaguchiko station. Dari situ, naik bas pusing-pusing area Lake Kawaguchiko.
Dah turun bas, baru bayar fare ye. Boleh nampak view Mount Fuji dari Lake Kawaguchiko. Ada kedai halal area sini. Kami makan roti naan kat Alladin Indo Restaurant.





Day 8: Odaiba
Hari ni plan just nak pergi Odaiba, tengok Gundam, Statue of Liberty, Fuji TV building & G-Shock store kat Aqua City.
Dari Tokyo, boleh naik JR line sampai Shimbashi Station. Kemudian, tukar Yurikamome Line iaitu komuter. Korang kena beli tiket lain, tak boleh pakai Suica. Kat Odaiba, kami tak jumpa kedai halal. Just bawa jajan dan beli kopi di 7-Eleven.
Day 9: Tokyo Disneyland
Sehari suntuk dari pagi sampai ke malam kami lepak kat Disneyland. Banyak ride tak dapat main sebab terlalu ramai orang. Budak sekolah, habis waktu sekolah semua serbu masuk Disneyland. Masing-masing ada Annual Pass mungkin.
Fastpass pun banyak habis. Kesudahannya, jalan-jalan ambil gambar sementara tunggu Parade dan fireworks pada waktu malam. Tokyo Disneyland tiada restoran halal seperti Hong Kong Disneyland ye.
Day 10: Asakusa – Akihabara
Hari ni plan santai cari souvenir kat area Asakusa dan berjalan disekitar Akihabara. Dari hotel kami, paling dekat naik Tsukuba Express. So, hari ni tak pakai Suica.
Kat Asakusa, wajib makan kat Naritaya Cafe ada halal ramen & chicken karaage. Highly recommended! Rasa tak puas mengatah ayam tu haha. Akihabara macam One Stop Centre untuk barangan elektronik.
Boleh singgah Yodobashi Electric Store, tempat jualan semua barang elektrik bawah satu bumbung.
Day 11: Haneda Airport
Check-out dari hotel dan nak balik Malaysia dah! Kami lepak kat Haneda Airport untuk beberapa jam. Ada surau kat situ. Korang boleh cakap guna intercom minta staff airport bukakan pintu surau.
Kalau nak return Suica kat airport, pastikan datang sebelum kaunter tutup. Kalau terlambat tak sempat refund deposit. Maka, simpan kad tu sebagai souvenir jela hihi.
Nota dan tips:
  1. Souvenir paling murah kami jumpa kat Nakamise Market disekitar Sensoji Temple, Asakusa.
  2. Kami google bahan haram dimakan dalam perkataan Japanese, kemudian tunjuk kat staff cafe Disneyland. Walaupun menu ‘Seafood Chowder’ tapi masih ada pork & daging sebagai bahan dalam hidangan tu. So, hati-hati kalau nak order makanan, jika tak pasti kedai tu halal atau tidak.
  3. Hotel kat Jepun cas ikut per person instead of per room. Kami book hotel guna Agoda. Yang paling murah, bilik dorm dan bilik kapsul. Shared bathroom mereka sangat bersih. Jangan risau!
  4. Kalau bawa lauk dalam tin, boleh beli nasi segera di Lawson atau 7-Eleven. Panaskan guna microwave, boleh terus makan. Harga sekitar 297 yen untuk 3 paket nasi.
  5. Boleh beli Onigiri Tuna atau Udang kat 7-Eleven sebagai snek. Harga dalam 110 yen setiap satu.
  6. Harga air di vending machine bermula daripada 100 yen.
  7. Senarai restoran / cafe yang kami singgah dan menu yang dipesan:
    1. Kyoto Rose Cafe Restaurant: Tavuk Doner (1100 yen), Orange Juice (400 yen)
    2. Chicken Man, Ueno: Quarter Chicken & Herb Rice (600 yen), Karaage Medium (500 yen)
    3. Alladin Indo Restaurant, Lake Kawaguchiko: Naan Chicken Curry Set (1,000 yen), Hot Coffee (100 yen)
    4. Naritaya, Asakusa: Chicken Bowl Special (1000 yen), Karaage Medium (500 yen)
    5. Kebab Box J, Harajuku: Doner Kebab (500 yen)
    6. Marion Crepes, Harajuku: Crepe No. 13 (370 yen)
Harap itinerari ni boleh tolong korang plan untuk trip ke Jepun walaupun tak lengkap. Thanks for reading!


KITA WAJIB KENA TAHU..Punca Sebenar Kes Duit Dalam Maybank Hilang Kena Hack


Menerusi laman sosial, kini tersebar beberapa kes duit akaun pengguna Maybank hilang atau lesap dalam masa sehari. Perlu diingatkan bahawa kes duit didalam akaun Maybank hilang adalah berpunca daripada kecuaian atau kesilapan pengguna sendiri dan bukannya dari pihak Bank.

Kebanyakan kes berlaku adalah melibatkan transaksi “Pre-Auth-Debit” bagi pengguna yang mengunakan kad debit atau kredit. Kes ini berpunca susulan pengguna meletakkan maklumat butiran perbankan termasuk nombor kad debit, nombor sekuriti (CCV) dan Expired Date di applikasi Adroid, Playstore dan juga Appstore dalam telefon pintar anda. Kes seperti ini juga lebih dikenali sebagai software cracked/ hijacked atau phishing yang membuatkan duit dari kad debit atau kredit anda dipotong secara automatik walaupun anda tidak melanggan servis tersebut. Di bawah merupakan pesanan Maybank dan contoh kes akaun Maybank kena godam.






GEMPAR !! Imej Pontianak Telah Dapat Dirakam CCTV di Plaza Tol LEKAS !!




Jika nak kata betul ke tidak sememangnya pada masa sekarang ramai yang telah pandai mengedit pada masa sekarang seiring dengan kepantasan teknologi pada masa kini .

Namun jika diperhatikan terdapat gambar makhluk yang memakai pakaian putih dan berambut panjang mengurai atau lebih kita kenali sebagai pontianak dilihat berada berdekatan dengan pondok tol ini giat dikongsikan di laman-laman sosial .

Terdapat beberapa orang yang mengatakan kejadian ini telah dirakam di Tol LEKAS namun kesahihannya itu masih tidak dapat dipastikan. Namun apa yang pasti , selain manusia sememangnya ada makhluk lain di dunia ini yang kalau boleh kita tak nak nampak dia walaupun dia hampir dengannya .

 Apa yang pasti kita berbalik semula kepada tuhan dan kita kena tahu bahawa setiap apa yang dijadikan tuhan adalah yang terbaik dan kita sebagai kalifah dimuka bumi harus percaya bahawa adanya kewujudan makhluk lain selain manusia


"PERGH!!!! Ayat Apa DIA Pakai" .... Sehingga Dapat Menikahi 4 WANITA Dalam Sehari


 
DENDAM. Demi membuktikan kepada bekas kekasih dirinya masih 'laku', seorang lelaki Kuwait dilaporkan menikahi empat wanita pada hari sama.
Selain dianggap 'bertuah' oleh lelaki di luar sana, gambar-gambar lelaki berusia 28 tahun itu bersama isteri-isterinya turut menjadi viral di media sosial.
Menurut komen-komen yang didapati di media sosial, lelaki itu bertindak demikian selepas bekas kekasihnya mencari seorang wanita yang mahu mengahwininya, lapor Naij.Com News.‎
Bagaimanapun, lelaki kacak itu bukan hanya menikahi seorang wanita tetapi empat!


Friday 24 June 2016

VIRAL..!!Adengan Mesra Ajak Shiro Bersama Dengan Seorang Wanita Mendapat Kecaman Peminat..




Pelawak Ajak Shiro antara salah satu pelawak yang dah semakin popular dan dikenali ramai.. Kini, Ajak dah pun mendapat tawaran menjadi Dj di Hot FM menggantikan Dj lama yang bersiaran di stesen radio baru iaitu Kool FM..
                  
Sudah mula menjadi perhatian ramai, setiap kali memuatnaik gambar dan video di akaun Instagram, ramai peminat ada yang memuji dan tak kurang mengkritik.. Dah berapa kali kapysen sweet Ajak pada isteri yang trending.. Ajak dah pun digelar seorang suami ‘sweet’ sebab selalu tulis kapysen yang romantik buat isterinya Afifa Hanim..

Terbaru, Ajak dah dikritik sebab memuatnaik gambar mesra dengan isteri.. Gambar tu menunjukkan isteri Ajak duduk atas peha Ajak.. Duduk macam mana tu faham-faham sendiri la kalau dah suami isteri.. Walaupun perkara tu tak salah tapi bila dimuatnaik di media sosial, Ajak dikritik oleh peminat..

Kapysen yang ditulis Ajak pada isteri memang la sweet, tapi gambar yang dimuatnaik tu rasanya macam tak sesuai untuk tatapan umum.. Walaupun dah sah tak bermakna boleh muatnaik semua adegan mesra untuk tatapan..

Ada yang mengkritik dan ada juga yang puji adegan romantik pasangan ini.. Peminat Ajak tampil mengkritik individu yang menghentam Ajak.. Pasangan yang dah sah bernikah tak salah nak muatnaik gambar macam ni?

Dah tahu diri tu public figure tunjuk la contoh yang elok sikit pada peminat.. Tak semua peminat Ajak orang dewasa yang sudah bernikah, budak-budak tengok jadi ikutan dengan kekasih masing-masing..


Kenapa Mak Mah Kini Sudah Menjadi Penoreh Getah...??



Sudah hampir dua tahun menjalani kehidupan baru bersama suami iaitu peneroka Felda, Al Fatah Rahim Ismail.. Pelakon veteran Ruminah Sidek atau lebih dikenali sebagai Mak Mah sudah pun bergelar penoreh getah.. Mak Mah akui tak kisah digelar penoreh getah dan cukup mahir menoreh..

Mak Mah usaha untuk belajar menorah getah dengan suami sehingga mahir sebab nak temankan suami setiap pagi pegi ke kebun getah.. Suami keluar seawal 6.30 pagi dan balik kira-kira pukul 9 pagi.. Mak Mah tak nak habiskan masa seorang diri di rumah, usaha belajar menoreh..

Pelakon veteren itu kongsikan pengalaman bergelar penoreh getah.. Mak Mah perlu belajar hampir seminggu baru mahir untuk menoreh.. Pada awalnya Mak Mah belajar menoreh tapi masih tak pandai-pandai buatkan Mak Mah menangis..

Berkahwin sudah hampir dua tahun dengan suami, Mak Mah akui hidup sangat bahagia.. Suami juga merupakan seorang lelaki yang sangat bertanggunjawab, sepanjang bernikah Mak Mah tak perlu fikir soal duit.. Semuanya suami Mak Mah yang sediakan, dan suami tak pernah izinkan Mak Mah untuk keluarkan duit sendiri..

Walaupun sudah bergelar penoreh getah, kerjaya Mak Mah sebagai pelakon masih berjalan seperti biasa.. Tak bermakna  Mak Mah akan berhenti terus dari terima tawaran berlakon.. Berlakon sudah menjadi darah daging Mak Mah.. Antara alasan Mak Mah tak sampai hati nak tolak tawaran lakonan adalah sebab tak ramai pelakon yang boleh bawa watak nenek..

Apapun, setiap lakonan Mak Mah dalam filem atau drama memang memberi kesan di hati penonton.. Terumatanya kalau Mak Mah bawa watak nenek kebayan atau seram.. Semoga kehidupan Mak Mah dan suami berkekalan sehingga ke akhir hayat.



Anda Mesti Ingin TAHU...Kenapa Linda Onn Meninggalkan Suria FM..??



‘Tak ada angin, tak ada ribut’, bulan lalu dapat tahu dua penyampai radio Suria FM, Adibah Noor dan Baki Zainal meletakkan jawatan secara serentak.. Khabarnya dua orang Dj ini nak tumpukan perhatian pada kerjaya masing-masing..

Adibah dalan dunia nyanyian dan Baki dalan dunia pengacaraan, dua Dj tak dedahkan perkara utama.. Tapi,ada pihak mendakwa dua Dj ‘ditekan’ oleh pihak tertentu untuk letak jawatan.. Tapi, kedua Dj ini nafikan ada sebarang tekanan..

Terkini, Miss A dapat tahu seorang lagi Dj di Suria FM iaitu Linda Onn pun dah letak jawatan.. Semalam merupakan hari terakhir linda muncul di radio Suria, apakah yang cuba dilakukan pihak Suria Fm?

Lepas Dj Adibah dan Baki tinggalkan Suria FM, kali ni giliran Linda pula tinggalkan stesen radio tu.. Dj lama semua pakat letak jawatan adakah stesen radio itu akan lingkup atau stesen radio itu akan kembali dengan Dj radio baru yang lebih ‘popular’..

Dj lama letak jawatan dan digantikan dengan Dj dari kalangan pelawak popular seperti dilakukan stesen radio Sinar FM? Dj yang dah lama berkhidmat untuk stesen radio diminta meletak jawatan atau kontrak tak disambung dan digantikan dengan Dj dari kalangan pelawak yang langsung tak ada pengalaman dalam menjadi Dj..

Kalau uolls perasaan di semua stesen radio tempatan, mesti akan ada Dj dari kalangan pelawak tempatan.. Adakah Suria Fm akan lakukan perkara yang sama sebab stesen radio tak mendapat sambutan dari pendengar?

Agak-agak pelawak mana yang akan dipilih untuk dijadikan DJ di Suria FM, adakah Zizan Razak? Sama-samalah kita tunggu siapa gerangan Dj baru yang akan ganti tempat DJ lama.


Kenapa Seorang Bapa Bertindak Gila Memasukkan Bayinya Ke Dalam Peti Sejuk...??



Seorang bapa bertindak gila dan tak munasabah selepas tertinggal bayi perempuannya yang  berusia enam bulan di bahagian belakang van selama empat jam dengan cuaca panas dan kemudiannya memasukkan bayi tu ke dalam peti sejuk yang kononnya nak menyelamatkannya..

Lelaki tu fikir anak dia ‘barang’ sejuk beku ke, cair jer terus dimasukkan ke dalam peti sejuk.. Macam mana lah dia boleh terfikir cara bangang macam tu, huh! Bayi malang tu meninggal dunia kerana kepanasan dalam van tu..

Sebelum kejadian, Michael Theford, 33 yang jugak bekas guru di sekolah menengah di Dallas menghantar dua anaknya yang berusia tiga dan lima tahun ke pusat jagaan kanak-kanak.. Dia kemudiannya balik ke rumah dan tidur sebentar..

Masa tu, dia tak sedar tertinggal anak dia dalam van.. Selepas dia terjaga dari tidur, barulah dia sedar anak dia lagi seorang tertinggal dalam van..

Selepas mendapati bayi tu dah tidak ada tindak balas, dia tanpa berfikir panjang terus letak bayi tu dalam peti sejuk untuk satu jangka masa..

Dia ada jugak melakukan CPR tapi still tak ada respon.. Michael kemudiannya menghubungi isterinya dan 911.. Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati bayi berkenaan telah meninggal dunia.. Susulan kejadian tu, Michael didakwa membunuh tanpa niat..

Kejadian tertinggal anak dalam kereta memang sering terjadi termasuk di Malaysia, betul tak?? Dek kerana kecuaian mak bapak, anak pulak menjadi mangsa..


GEMPAR!!! Lelaki Tanpa Kepala Di Subway Menyebabkan Orang Ramai Lari Bertempiaran..



Sebelum ni viral kemunculan seorang lelaki ‘tanpa kepala’ di Malaysia, baru-baru ni ada pulak seorang individu berkongsi dilaman sosial Facebook sekeping gambar seram yang dirakam di stesen bawah tanah Waterloo, London.. Korang tengok lah gambar di atas tu!

Dalam gambar tu kelihatan seorang lelaki tanpa kepala sedang menunggu keretapi commuter di stesen tu.. Individu yang dikenali Benedetta Frizzarin, 27 bersama abangnya, Ireneo, 37 yang ‘bertanggunjawab’ mengambil gambar tu..

Selepas dorang mengambil gambar tu, dorang kemudiannya berjalan dari belakang lelaki tanpa kepala tu menuju ke arah depan untuk mengenal pasti keadaan sebenar.. Masa tu baru lah terbongkar perkara sebenarnya, nak tahu apa bendanya tu?? Meh Miss ceritakannya yer..

Itu semua hanyalah salah faham jer, ia sebenarnya dari segi ilusi berikutan gambar yang diambil oleh Benedetta betul-betul dari belakang lelaki terbabit.. Lelaki ‘tanpa kepala’ tu sebenarnya sedang tunduk kepala dia main telefon.. Hahhaha



AKIBAT menyokong program anjuran LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender), American Honda Motor dikritik hebat oleh netizen





AKIBAT menyokong program anjuran LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender), American Honda Motor dikritik hebat oleh netizen yang tidak bersetuju dengan golongan tersebut terutamanya netizen dari Malaysia dai Indonesia.

American Honda Motor pada Sabtu lalu memuat naik satu gambar kereta beraneka warna di Facebook sekaligus mengumumkan akan menyokong Columbus Pride Parade yang akan diadakan di Ohia Amerika Syarikat tidak lama lagi.


Sambil memuat naik gambar-gambar kereta Honda yang beraneka warna dalam Facebook itu, syarikat pengeluar kereta itu berjanji akan sentiasa menghormati semua jenis golongan manusia termasuk golongan LGBT.

Dalam laporan China Press, akhbar ini mendapati langkah yang dibuat American Honda Motor amat tidak disenangi oleh pengguna kerta Honda di Malaysia dan Indonesia.

Ramai yang membantah keputusan berkenaan sehingga ada yang sedia menjual kereta Honda yang digunakan mereka sekarang dan tidak kurang pula yang memboikot untuk tidak lagi membeli jenama kereta keluaran Jepun ini lagi.

Seorang netizen, 'Penulis Tanpa Nama' berkata, beliau sememangnya cukup meminati model terkini Honda, namun akibat syarikat itu menyokong aktiviti LGBT, beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi membeli kereta itu. Beliau juga berjanji akan menyebarkan mesejnya itu bagi memastikan Honda kehilangan lebih ramai pelanggan di serata dunia.

Manakala seorang lagi netizen, 'Syarifah Husna' berjanji akan memilih kereta Mazda bagi menggantikan kereta Honda.

Bagi 'Bendahara Alam Warisan' pula, beliau mengakui beliau sebelum ini adalah pelanggan tetap kereta Honda. Tetapi beliau kini sudah berkira-kira menjualkan kereta Hondanya malahan membatalkan hasrat untuk menempah dua jenis kereta Honda yang menjadi impiannya selama ini.

"Saya tidak ingin membeli kereta Honda lagi buat selama-lamanya. Saya juga akan beritahu semua kawan-kawan saya untuk tidak lagi beli kereta Honda. Sekurang-kurangnya tindakan memboikot ini boleh menghalang kegiatan LGBT daripada berleluasa," katanya.

Begitu juga dengan netizen dari Indonesia. Salah seorang netizennya, 'Didi Rachmadi' memberikan komennya bahawa jika Honda sokong LGBT, kami akan beralih sokongan kepada Toyota.

Ramai yang berpendapat, sesiapa yang membeli kereta Honda bermakna merekalah golongan yang menyokong LGBT.


6 TIPS...!!! Bulan Ramadhan Yang Kita Perlu Buat..


6 tips Bulan ramadhan Untuk Kita Sama-sama Amalkan



Bulan Ramadhan adalah untuk kita semua menahan diri dari lapar dan dahaga. Masa yang selalu ditunggu oleh semua umat Islam akhirnya akan berkunjung tiba tak lama lagi. Korangexcited tak?
Tapi sebelum tu, admin nasihatkan korang jom ler kita bersihkan hati untuk sambut bulan yang suci ni. Baru la dapat berkat. Amin..
Admin nak share beberapa tips yang boleh korang semua praktikkan untuk menjadikan hari-hari anda lebih produktif dan juga practice diri untuk jadi yang lebih baik dari yang sebelum ni. Ha, gitu..

d3b82111-eee2-4f22-97ab-83163d30151b
Korang semua mesti nak buat something yang baik untuk dapat pahala kan? Tapi, korang tahu tak dengan senyum pun dah dapat collect pahala free. Senang kan?
So, jangan lah korang buat muka macam cuka yer. Lagi-lagi yg missed sahur tu, conpem muka lg masam. Jangan lupa set alarm yeah!
Admin tahu betapa moody nya semua orang bila lapar, tapi bila dah berbuka semua jadi hyper balik punya.  So, always senyum okay!
Another tips untuk seorang yang mempunyai hati keras macam batu tu ni lah time korang utk lembutkan hati yea. Macam mana nak lembutkan hati? Ha..
Cara dia adalah korang kena start memaafkan semua orang yg pernah buat salah dekat korang, tak kira lah besar ke kecil salahnya tapi bukan dorang je tau, korang pun kena minta maaf.
So, cara terbaik kena maafkan orang, minta maaf dengan semua orang & paling penting maafkan diri sendiri jugak yer. Baru lah tenang sikit hati korang nanti  untuk menjalani ibadah puasa ni. InsyaAllah..
Yang mungkin busy bekerja tu, time ni lah very perfect untuk korang pay a visit utk korang punya long-lost relatives, adik-beradik atau kawan-kawan lama korang.
Jgn lah nak dkt bulan Ramadhan pun korang diam jer, sombong betul tak nak visit. Tak semestinya time raya baru nak visit kan.
Korang boleh lah bawak buah tangan bagi yang lama tak jumpa tu, baru dapat pahala extra lagi hehehe.
Benda paling mudah untuk dipraktikkan adalah beribadah untuk menjadi seorang yang lebih baik.
Yang tak tahan lapar dan dahaga tu, cuba korang mengaji atau solat to kill time bak kata omputih. Mesti benda tu semua membantu. Sebab korang boleh baca al-quran dekat mana-mana je, tak semestinya bila berada di rumah saje kan.
Time nak tunggu train balik kerja, time lunch hour, sementara tunggu berbuka. Banyak sangat masa. Jadi curilah masa untuk beribadah yea guys.
Bagi yang ada sifat panas baran tu, silalah buang yer tabiat buruk anda ni. Sebab dah nak masuk bulan Ramadhan ni.
Perkataan yang kasar tidak patut diungkapkan sila jauhkan. Bukan apa, nanti ada yang tersinggung. Lagi pun tak elok lah guna bahasa kasar walaupun bukan di bulan Ramadhan sekalipun.
Admin cadangkan, banyakkan selawat during Ramadhan untuk elakkan berkata benda yang kurang baik. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa free. Amik kau.. So, jaga bahasa yeah guys!
Bulan Ramadhan ni juga bulan yang sangat bagus untuk beramal jariah, macam-macam cara untuk buat yer, korang just pilih je.
Contohnya korang derma duit kepada anak yatim, surau serta masjid, bagi makanan untuk homeless atau mana-mana tenaga kerja diluar sana, tolong bersihkan surau dan masjid, tolong ibu-bapa atau adik-beradik.
Ha macam-macam lagi lah kita boleh buat untuk jadi seorang yang lebih baik. Kalau nak give away makanan dan minuman untuk berbuka puasa tu lagi lah bagus!


Thursday 23 June 2016

KENAPA ?? Netizen bandingkan Adira Dengan Isteri Pertama Dato Red..



Uolls mesti dah tahu penyanyi Adira bakal menyambut hari raya Aidilfitri pertama kali sebagai suami isteri kan? Walaupun pertama kali menyambut Aidilfitri Adira tak dapat nak menyambut hari raya bersama suami sebab suami kena dahulukan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Datin Red..
Biasalah hidup bermadu memang kena bertolak ansur, paling diutamakan pastinya isteri pertama.. Sepanjang menyambut Ramadhan ini sebagai seorang isteri pastinya nak memasak sendiri juadah berbuka puasa dan sahur untuk suami..
Tapi, Adira pernah kena kritik sebab tak reti masak, dan penyanyi itu sendiri akui tak pandai masak.. Tapi, Adira masih lagi cuba menyediakan juadah untuk suami, setakat ni Adira dah pun mahir untuk masak makanan kegemaran suami iaitu ketam masak lemak cili api..
Menerusi akauin Instagram milik madu Adira iaitu Datin Red.. Sudah memiliki 3 orang anak pastinya cukup mahir dalam masakan.. Di bulan mulia ini Datin Red selalu kongsikan beberapa keping gambar juadah yang dah dimasak untuk berbuka..
Tak dinafikan setiap juadah yang dimasak Datin Red memang semua nampak sedap.. Air tangan seorang isteri dan ibu mestilah sedap.. Selalu memuatnaik gambar juadah masakan, ada antara netizen yang bandingkan masakan Adira dan Datin Red..
Ada antara netizen yang bertanya pada Datin Red masak banyak-banyak sebab Dato Red berbuka puasa sekali atau tidak.. Datin Red membalas komen dengan menulis, “giliran di sinun hehe”..
Disebabkan dah Dato Red berbuka puasa bersama Adira, seorang lelaki meninggalkan komen, “Ruginya Dato, belah sining masakan awesome”.. Rugi Dato Red berbuka bersama Adira tak reti nak masak berbanding Datin Red pandai masak macam-macam lauk..hahaha..
Kalau dah hidup bermadu memang kena hadap jelah dibanding-bandingkan.. Memang Adira kena usaha keras sikit la nak pikat suami dengan masakan.. Nanti Dato Red balik rumah isteri pertama jelah, kalau Adira masak tak sedap..hahaha


NGERIIII...!!! melihat seorang bayi mengalami detik cemas bila tersepit pada rim tayar


Ngeriii jer melihat seorang bayi mengalami detik cemas bila tersepit pada rim tayar belakang sebuah motosikal dalam kejadian di India..
Walaupun tersepit teruk dicelah rim tu, nyawa bayi tu masih panjang dan berjaya diselamatkan oleh orang ramai.. Macam mana lah boleh tersangkut teruk macam tu sekali yer??
Kasihan budak kecik tu menahan kesakitan sementara orang lain cuba menyelamatkan dia.. Sebelum kejadian tu berlaku, bayi berkenaan dikatakan membonceng motosikal bersama ibunya sebelum dilihat tersepit.. Malangnya tu, si ibu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian..
Korang lihat jer lah keadaan bayi berkenaan ketika tersepit celah rim di atas tu, takat lihat gambar pun dah dapat merasakan kesakitannya..
Jelas kelihatan kepala bayi tu tersangkut baik punya pada roda belakang motosikal tu.. Anggota badan yang lain seperti tangan dan kaki terkulai di celah-celah rim motosikal tu..
Budak malang tu hanya mampu menangis dan menahan kesakitan.. Sebaik sahaja dia berjaya diselamatkan, seorang wanita mengendong bayi tu dan membawa ke hospital.. Kasihan bila memikirkan keadaan mangsa, dah lah kehilangan si ibu.. Hurmmm.


Pemain Dilayangkan Kad Merah Selepas Kentut Di Padang..



Kalau nak melepaskan ‘angin’ ni, ia datang tak dijangka.. Kalau ditahan, tak baik pulak untuk kesihatan.. Betul tak??
Tapi kalau kentut pun dianggap satu kesalahan, itu dah tak munasabah langsung! Itulah yang terjadi kepada seorang pemain divisyen tujuh Liga Sweden bila dilayangkan kad merah gara-gara kentut di padang..
Munasabah ke kena layang kad merah sebab tu jer?? ‘Insiden’ tu berlaku ketika pemain dari kelab Pershagen SK yang bernama Adam Lindin Ljungkvist, 25 tu mempertahankan kelab Pershagen SK semasa melawan Jarna SKB.. Adam mengatakan masa tu dia sakit perut, itu yang membuat dia terkentut..
Tapi pengadil tiba-tiba datang kat dia, lalu memberi kad kuning dan kemudiannya pulak kad merah dilayangkan.. Agaknya pengadil tu tak tahan nak bau kentut busuk Adam lah, itu pasal dia terus buang Adam dari padang.. Hahaha..
Adam sendiri tak dapat penjelasan yang terperinci dengan alasan pengadil memberinya kad merah.. Dia merasakan seorang pengadil padang yang sengaja melayangkan kad merah kat dia kerana fikir dia sengaja kentut untuk provokasi pihak lawan..
Kalau betul lah disebabkan kentut jer, pengadil tu tak professional langsung.. Mencari lah alasan yang nampak munasabah sikit untuk kenakan hukuman! Lepas ni kalau nak terkentut, minta jer masa main diberhentikan kejap.. Takut-takut nanti dilayangkan kad merah pulak!