Saturday 6 August 2016

Olimpik: Gimnas Perancis patah kaki Selanjutnya di ....aduhhhhh SAKINTA TUH DI SINI....macam mana boleh jadi sampai macam tu...NI CERITA DIA...




RIO DE JANEIRO: Gimnas Perancis, Samir Aït Saïd cedera apabila patah pada dua bahagian kaki di Olimpik Rio semalam ketika pencabar lain mempersoalkan sistem pemarkahan yang menyebabkan pesaing cuba meningkatkan gaya dengan pergerakan berbahaya. Atlet berusia 26 tahun itu patah pada bahagian bawah kaki kirinya kerana mendarat dengan buruk ketika bersaing dalam acara palang pada kelayakan lelaki di Rio Olympic Arena. Delegasi Perancis kemudian mengesahkan dia patah pada bahagian 'tibia' dan 'fibula'. Ait Said jatuh ke lantai dengan bahagian belakang lutut dan bahagian bawah kakinya, membuatkan penonton ketakutan. Dia kemudian menerima rawatan selama beberapa minit sebelum diusung keluar. "Kami masih terkejut, ia tidak dijangka, dramatik," kata pengarah pasukan kebangsaan Perancis, Corinne Callon kepada AFP. "Saya bangga dengan pasukan ini, masih ada tiga pusingan dan mereka melakukannya dengan baik untuk menamatkan saingan, mereka bersatu dan ia dapat diatasi." - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/180717


SIAPA CAKAP KERJA PETIK BUAH MUDAH????- KORANG TAK BOLEH KERJA SEBAGAI PEMETIK BUAH DI AUSTRALIA KALAU 11 CIRI NI....

petik buah header

Kerja sebagai pemetik buah semestinya menjanjikan pendapatan yang lumayan bagi siapa yang rajin dan pandai membawa diri. Namun, ada juga yang menghadapi kesukaran di permulaan kehidupan berhijrah sebagai pemetik buah di Australia, ada yang ditipu apabila setibanya di ladang ejen tiba-tiba ghaib.
Berpengalaman selama setahun sebagai pemetik buah di Australia, brader ni bagi 11 ciri orang yang tak boleh kerja di sana. Sebenarnya bukan kerja petik buah di Australia je, kerja di Malaysia pun kalau ada mentaliti macam ni tak kemana. Jom baca!

Bajet kerja macam ofis, mental tak kuat dan suka dengar cakap orang

collage pic 1
11 fuckta orang yang TAK BOLEH kerja petik buah di Australia
1) Budget kerja farm macam kerja ofis.
Orang jenis ni nak kerja senang je. Susah tak mau langsung.
2)Nak cepat kaya
Orang jenis ni nak duit banyak tapi malas pergi kerja. Jenis ni patutnya main skim cepat kaya ja bukan mai petik buah kat sini tak pon jadi perdana menteri Malaysia.. Senang-senang ja dia buat duit..
3)Mental tak kuat
Orang jenis ni spesis anak mak, hati gadis, takut awek, tapi nak mai kerja Australia gak. Ada yang nak balik sebab rindu kucing pun ada. haha. Jem
4)Kaki Melancong
Orang jenis ni nak kerja nak kerja, nak melancong nak melancong bila tahun nak simpan duit. Cuti lagi banyak daripada kerja.
5)Suka dengar cakap orang
Orang jenis ni dengar je tempat lain boleh buat lebih sikit CUNGGIT pi tempat lain teruih. Tak reti nak sabaq. Dah lah nak travel kena pakai duit banyak. Lepastu bila tak da duit merungut. Time tu kawan kawan lah jadi mangsa kena support dia.

Asyik fikir negatif, kerja sehari dah nak balik Malaysia

13615285_213011585763025_3897145318443218183_n
6)Buat kerja slow.
Orang jenis ni takmau nak improve cari skill buat kerja bagi cepat. Dah lah buat kerja slow tapi sembang nak duit banyak. Nak masuk race body skyline engine kancil 850 macamna nak menang race. Ngok
7)Teringin nak jadi PATI
Orang jenis ni tak ambik tau langsung nak kerja secara sah. Nak duk lama tapi tak reti nak ambik visa. Dekat australia ada cara nak bagi kerja sah. Peluang tu banyak tapi cuma malas ja nak bertanya dan usaha.
8)Jenis hasad dengki
Orang jenis ni dari malaysia pun dengki dekat orang, mai sini pun dengki dekat orang tak boleh tengok orang lebih sikit nak lebih tapi takmau usaha.
9)Tak reti berdikari
Orang jenis ni tauk mana pun sama ja. Otak tak jalan asyik bagi alasan. Banyak alasan dari usaha. Asyik nak merungut ja semua tak kena.
10)Negatif Thinking
Asyik fikir negatif ja. Kerja sehari esok nak balik Malaysia dah. Dekat Malaysia tak pernah buat kerja susah, mai sini tak faham kerja ladang tu macam mana.. Tak tau perjalanan hidup kerja farm tu mcmna. Kerja sekejap ka lama ka, nak seratus bin ke nak 10 bin tu bergantung pada FARMER.. Hujan kebanyakan farm tak boleh kerja tu pun dijadikan alasan. Bangang.
11)Tak reti nak bersyukur
Orang jenis ni dapat banyak mana pun tak pernah bersyukur. Dapat banyak tak bersyukur, dapat sikit pun tak bersyukur. Allah dah tentukan rezeki kita takat mana cuma kita ja yang tak reti nak bersyukur. Usaha lebih sikit takmau. Asyik mengharap orang ja. AHMAD MASLAN pun bagitau suruh buat 8 kerja dalam satu masa tu pon hampa tak reti nak pikiaq. Nak jilat nak jilat, nak dedak nak dedak. Perangai macai tu bawa sampai ke Australia. Seorang semak habis semua jadi semak.

Aku pun pernah kena tipu, tapi tu semua lumrah pemetik buah di Australia

*Tak dinafikan ada kontraktor yang tak bayar, tapi time kita mula-mula kerja kita pun tak tau hati budi dia macam mana. Dia memanglah janji nak bayar tiba-tiba taknak bayar. Kadang kita dengar dari orang lain payment dia on time tapi hampeh. Aku pun pernah kena macam tu. Apa tunggu lagi blah lah, aku pun CUNGGIT pi tempat lain. Aku pun pernah kontraktor tipu aku janji nak bayar gaji tapi tak dapat tu semua lumrah hidup sebagai pemetik buah di Australia.
Permainan dekat sini cukup halus cuma kita ja tak tau nak baca macam mana. Cuma geng-geng lama dekat sini ja tau baca benda tu. Tak semua kontraktor tipu, kalau hampa dapat kontraktor yang okay stay, tak okay BLAH. Banyak juga kontraktor yang aku tanya dekat sini kebanyakan dah tak mau ambik orang Melayu dah. Sebab orang Melayu ni malas kerja dan asyik nak merungut ja. Dari pengalaman aku tak semua Melayu macam tu tapi berlambak gak la. Hmmm. Nak tau tak sebab apa orang Melayu jadi macam tu?? Sebab Malaysia senang nak apply visa travel. Apply sehari esok tu dah bleh dapat. Kalau orang dari bukan negara komonwel memang susah nk apply visa travel. Kes tu orang asia yang lain buat kerja laju-laju mai sini mindset memang nak cari duit. Memang pulun kerja gila babi punya.
Nak mai sini first month hampa akan survive untuk diri sendiri. Second month baru sedap nak sent duit. Takdaknya orang mai sini kerja first & second week dah terus hantar duit 2.6 billion dah. 2 minggu pertama hampa jangan expect gaji dah. Sebab tu baru learning proses. Dok slow gak pakai tak leh buat duit la. Orang lain boleh buat duit hampa dok takat tu gak kalau slow. Cuba jadi orang paling laju kat farm. Bila dah laju baru cerita bab boleh buat duit. Lagi satu kena faham bila job petik buah dia ikut musim. Macam musim durian la kat Malaysia ada tiap-tiap bulan ka? Takkan. So dah faham bab tu. Kalau job petik sayur pulak dia tak ikut musim. Tanam ja masak tuai. Settle.

Kerja petik buah tak semudah disangka, nak stay lama kena pandai berdikari

Kesimpulannya
Nak mai melalui agent ka mai sendiri ke semua sama ja, pokok is pokok, buah is buah. Hampa dah lah nak mai sini kerja petik buah dok mai sini bajet macam kerja petik jari ja nak kerja senang. Aku dulu pun kerja macam nak gila time senang orang nampak la time susah hampa tak nampak. Hampa mai dekat Australia kalau hampa takda target memang hanyut lah pakai dok dengaq cakap orang ja. Kerja petik buah dekat Australia sini bukan semudah yang hampa sangka kalau mental tak kuat. Nak stay lama dekat sini kena pandai berdikari sebab dekat sini kita just ada kawan-kawan saja yang boleh tolong masa kita susah. So pikiaq la sendiri bagi yang dah sampai dan baru pikir nai mai Australia. Aku cerita atas pengalaman aku setahun dah dekat Australia. So chill. Rileks-rileks isap bubble gum cap senapang?


Bukan Sekadar Kutip Buah, Jadi Cleaner Pun Gaji Tinggi! – Pengalaman Kerja Part Time Di UK...




Walaupun agak pahit, kita harus menerima hakikat bahawa kerja makan gaji di Malaysia tidak boleh menjadikan seseorang itu kaya, sekadar lepas untuk perbelanjaan asas sudah dikira bagus. Kerana itulah ramai orang berlumba-lumba untuk bekerja dan mengumpul harta di luar negara, khususnya negara-negara maju.
Berikutan isu bekerja sebagai pemetik buah di Australia yang sedang viral sekarang, lelaki ini terpanggil untuk menceritakan pengalamannya buat duit dengan menjadi cleaner part time di UK. Katanya, bukan kutip buah sahaja, bekerja sebagai cleaner juga boleh menjanjikan pendapatan yang selesa! Jom baca pengalaman beliau.

Kerja Cleaner Pun Janjikan Pendapatan Selesa!

13933046_10206720478435900_437459652_n
Assalamualaikum semua. Saya terpanggil untuk berkongsi akan pengalaman saya semasa bekerja sebagai cleaner semasa menuntut di England lima tahun yang lalu. Di England terdapat cuti Musim Panas yang sangat panjang. Bergantung pada jurusan masing-masing, kadangkala cuti sampai empat bulan pun ada. Di kala ramai rakan yang memilih untuk pulang ke tanah air,saya dan beberapa orang rakan membuat keputusan untuk bekerja sebagai cleaner di universiti yang berdekatan. Kerjanya adalah seperti housekeeping di mana kami ditugaskan untuk mengikut team leader masing-masing. Team leader ini terdiri dari permanent worker di situ. Setiap kumpulan akan diberi tugasan mengikut hari.
Pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan seperti mengemas bilik, membersihkan tandas, ruang tamu dan kawasan persekitaran universiti. Dengar seperti mudah bukan? Sangkaan kami begitu meleset. Team leader ini sangatlah cerewet. Cadar hendaklah sangat tegang. Jamban hendaklah berkilat dan kering. Cermin hendaklah kering berkilat tanpa wap. Even lantai tandas juga hendaklah kering dan bersih.
Paling penat kalau ditugaskan di bahagian dapur. Bayangkan perkakas dapur yang perlu dibersihkan dan dikilatkan termasuklah oven yang sangat berminyak dan berkerak. Sekiranya bilik dan rumah sudah selesai dibersihkan, kami juga diminta untuk membersihkan kawasan sekitar universiti seperti mengutip sampah,menyapu daun kering dan sebagainya. Walaupun penat namun kami tetap tabah bekerja. Mengapa? Kerana kadar bayarannya agak baik.

Hidup Senang Di Sana!

13874582_10206720478635905_65000695_n
Seingat saya semasa kami bekerja pada tahun 2011, kadar bayarannya adalah mengikut minimum wages di UK iaitu GBP6.67 sejam. Kami bekerja enam jam sehari lima hari seminggu. Pendapatan sebulan mencecah GBP800! Jika diconvert pada rate masa itu RM4000++. Jika nak dibandingkan dengan harga barang mentah disini yang murah, memang kami hidup senang pada masa itu. Bayangkan ini baru kerja sebagai cleaner secara part time. Bayangkan kalau kerja sebagai guru atau pensyarah disana.
Kesimpulannya, kepada belia yang berhasrat untuk merantau di negara orang dan bekerja, kerjalah sehabis baik. Mental kena kuat. Bayangkan kami pernah bekerja semasa bulan puasa yang sangat panjang waktunya which is hampir 18 jam pada waktu itu. Tapi kami terus bekerja tanpa kenal erti lelah. Asal kuat dan rajin, InsyaAllah boleh survive dimana-mana. Rezeki itu luas. Semoga berjaya.


Orang Selalu Cemuh Saya, "Dah Takda Lelaki Melayu Ke Minah Ni Nak Kahwin"...KENAPA SAYA PILIH DIA??? JANGAN TERKEJUT...



Saya seorang yang "private" bila tiba bab hubungan/rumahtangga, bila tiba tentang suami. Tapi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya ceritakan sedikit kisah pertemuan saya dan suami, dan bagaimana saya akhirnya di USA.

Jangan terburu-buru menilai perjalanan kehidupan saya, bagi saya, ini sudah tertulis buat saya, sudah rezeki dan juga jodoh saya datang dengan cara begini, dan saya bukan hidup untuk puaskan hati seluruh rakyat Malaysia.

Tiga tahun lepas saya yakin yang saya takkan bertemu jodoh mahupun mendirikan rumahtangga. Saya beritahu ibu dan ayah janganlah diharap saya akan berkahwin dulu. Waktu itu saya kerja semberono, bertukar-tukar kerja, juga tinggal bersama ibu ayah.

Tahap stress memang melampau, bila selalu ditekan untuk mencari pekerjaan yang lebih bagus, bila sering ditanya bila mahu kahwin. Sampai satu tahap saya putus asa, rasa nak lari jauh ke ceruk di mana orang tak boleh temui saya.

Waktu itu juga, saya dapat tawaran untuk sambung PhD di University of Kent, UK. Sibuk bekerja, saya juga sibuk menulis proposal tesis. Memang dari dulu saya berangan untuk belajar di luar negara, maka saya ambil peluang untuk sambung PhD.

Tapi ibu ayah menentang kuat. Katanya sudah ada master, katanya sebab saya kurang mampu, dan mereka tak mahu bantu tanggung yuran. Saya kecewa. Saya jumpa banyak biasiswa untuk dipohon tapi bila ibu ayah tak benarkan maka tak jadi juga. Tapi saya teruskan hidup, sambil tulis proposal tesis. Sampai ke sudah tak dapat belajar "overseas", tapi saya tetap yakin dengan perancangan Allah buat saya.

Ditakdirkan satu hari terdetik untuk saya cuba "online dating". Sungguh saya takda masa lagi ketika itu untuk serius dalam perhubungan. Maka saya cuba. Saya ingat lagi segala benda saya tulis di "profile" saya ketika berunsur kelakar.

Norma budaya kita, "online dating" ini macam pantang larang (taboo). Semua ingat yang si pencari pasangan di atas talian perlu mendedahkan serba serbi. Itu salah! Satu hari ketika saya sedang sibuk siapkan "slide" untuk "presentation", saya terjumpa profile dia (suami saya). Profile dia kelakar, dan sarat ilmu yang ditulis dengan penuh "humor"! Saya suka orang kelakar, saya sangat tertarik dengan orang yang bijak. Di laman itu kalau anda "view profile" orang, orang itu boleh tahu.

Maka saya pun dengan takut-takut tulis mesej kepada dia, yang mana isi mesej ialah tentang tesis saya. Haha macamlah orang minat nak tahu apa isi tesis saya! Tapi dia balas! Dia kata dia tak tahu apa-apa pasal jurusan komputer saya, tapi dia nak saya tahu yang saya ini bijak, cantik, dan "awesome".

Perasan kejap, tapi itu kata dia, bukan kata saya! Bila orang kata "Eleh memangla dia suka sebab kau seksi!" saya marah. Saya tak dedah2 seksi, saya cuma bercakap mengenai hal ehwal dunia dan pelajaran, saya cuma minta pendapat tentang isi tesis, dan kemudian dia mengaku dengan saya yang dia suka kebijaksanaan saya dalam hal-hal ini. Buat pertama kali dalam hidup saya, kami berdua suka ciri-ciri yang sama dalam diri masing-masing, bukan soal rupa yang pertama.

Keesokan harinya, dia bertanya bagaimana untuk ke JB, dan ada makanan "best" tak di JB. Saya tinggal di JB ketika itu, dan saya bertemu dia "online" ketika dia di KL dalam percutian dia di Asia Tenggara. Saya pun katalah boleh guna bas, keretapi, atau kapal terbang. Dan saya kata mestilah banyak makanan sedap-sedap (saya senaraikan makanan ruji rakyat Johor). Selepas itu dia senyap. Saya pun teruskan hidup, tak harap pun dia akan bercakap lagi dengan saya.

3 hari kemudian, dia mesej saya lagi. Eh wujud lagi dia rupanya! Dia kata "Hai saya dah di JB!!". DIA NAIK KERETAPI! Saya tahu waktu itu dia akan tanya soalan adakah saya sudi nak bertemu dengan dia. Akhirnya dia tanya buat pertama kali! Tapi saya tolak.

Saya kata saya nak hantar ibu ke "airport" untuk ibu "fly" ke Cambodia waktu itu (memang ibu "fly", tapi saya tak ikut hantar!). Rasa bersalah sebab bohong. Sebab saya takut juga untuk bertemu orang yang kita jumpa "online" hanya lepas beberapa hari!

Dua atau tiga hari selepas saya berikan alasan itu, saya akhirnya berani sedikit untuk berjumpa dia. Selepas pulang dari kerja, saya jemput dia di bandar, dan bawa dia makan nasi ayam penyet. Dalam hati "Hmm mat saleh ni mesti tak makan pedas!" Macam silap saja saya bawa dia pergi restoran itu, tapi tak! Dia makan sambal belacan macam dia membesar dengan belacan! Waktu itu haruslah pandangan saya berubah terhadap dia.

Kalau mat saleh makan belacan sebab dia suka bukan sebab dia nak ambil hati saya...Sedang mulut saya penuh nasi, dia kata "Excuse me, can I say something?" Saya pun angguk dengan mulut penuh. Dia kata "You are so beautiful." Mulut penuh nasi tu kan buruk kan?? Saya ingat lagi beberapa hari selepas itu, saya bawa dia makan durian buat pertama kali dalam hidup dia.

Saya kopekkan sebiji. Mulanya dia tak boleh terima, selepas 2 3 ulas, dia kata durian ialah buah paling sedap dia pernah rasa seumur hidup dia! Sejak kami bertemu, bila orang yang tak kenal saya dan dia tanya "makan pedas ke mamat tu? makan pakai tangan ke? sanggup ke makan durian?". Saya akan kata "bila tiba bab makanan Melayu, dia lagi Melayu dari saya!!" dan fakta ini masih sama hingga ke hari ini.

Untuk beberapa hari seterusnya, setiap kali saya keluar berjumpa dia, saya bawa rakan tempat kerja saya ketika itu. Saya tak suka bila orang kita kuat buat cerita bila lihat anak Melayu berjalan dengan mat saleh. Tipikal Melayu. Setiap kali keluar, saya bawa dia makan makanan Melayu. Saya gembira kerana dia betul suka makanan kita.

Cincin ini sangat bermakna buat saya. Kerana ia bukan emas, ia juga bukan berlian. 
Bukan suami tak mampu belikan yang mahal, tapi kami percaya yang bersederhana itu ialah yang terbaik. Dia buat saya percaya! Cincin ini kami jumpa dia pondok jual barang "silver" di Midvalley. Harganya cuma RM98, dengan batu biru yang dibuat di makmal untuk meniru batu Sapphire, dan batu kristal putih. Bila saya lihat cincin ini di pondok itu, saya kata "This is it!" 
Kami memang tak gemar masuk ke kedai barang kemas sebab saya bukan jenis yang sukakan barang kemas.


Selepas lebih kurang seminggu, saya jadi risau sebab saya tak mahu ibu ayah tahu saya berkawan dengan mat saleh. Tapi dia (suami) "insist" untuk bertemu kedua ibu ayah saya, untuk beritahu mereka yang dia ikhlas berkawan dengan saya.

Saya kata mantan-mantan saya dulu ambil masa berbulan-bulan dan sampai ke sudah takut untuk bertemu ibu ayah saya. Saya kagum dengan dia. Bagaimana orang yang kurang tahu tentang budaya Melayu ini tahu untuk buat perkara yang betul.

Maka saya bawa dia berjumpa ibu ayah, ditemani rakan sekerja saya! Duduklah kami di ruang tamu, sambil tunggu ibu pulang dari kerja. Ayah pula termangu-mangu tapi berminat untuk bercerita dengan dia.

Akhirnya ibu sampai rumah. Dia tanya "eh siapa ni??" Saya pun katalah ini kawan saya. Dia (suami) pun buka mulut. Susun atur ayat dia saya ingat lagi waktu itu. Ibu ayah saya mulanya ragu, selepas dia luahkan hasrat dia, ibu terus pelawa dia bermalam di rumah, berkongsi bilik tidur dengan adik lelaki saya! Rasa bahagia sikit waktu itu bila mereka terima dan sukakan dia! Dia pun layankan. Malam itu ayah siap pelawa dia cuba baju Melayu. Semua gelak gembira!

Dilajukan masa, dia ajak saya berkahwin dengan dia. Ketika itu kami travel bersama di Jerman. Dia belikan cincin perak dengan batu Quartz putih berharga €42 di kedai kecil di Berlin. Macam dalam filem pula, sebab saya tak minta dia lamar saya macam itu. Mestilah saya kata ya! 😊 Kami juga terus memohon fiancé visa (visa K1) untuk jadikan saya pemastautin tetap AS melalui pertunangan kami.

Oleh kerana itu, kami terpisah selama 7 bulan untuk kertas kerja dan proses permohonan. Dia di AS, saya pula menetap di sepenuh masa di Bangkok ketika itu. Dia sedia maklum yang kalau dia duduk di Malaysia sepanjang proses itu, orang akan lihat kami dengan cara tak elok setiap kali kami berjumpa. Maka ada baiknya berjauhan. Dan saya pilih untuk tinggal di Bangkok, untuk travel solo (konon buat kali terakhir sebelum zaman bujang berakhir).

Akhirnya permohonan kami diluluskan! Saya cuma perlu terbang sendirian ke AS dan tandatangan borang perkahwinan melalui visa (kerenah birokrasi AS yang terpaksa kami ikut). Saya sedih. Ketika itu sudah 2 bulan saya duduk dengan ibu ayah selepas agak lama berjauhan dengan mereka. Nak tinggalkan keluarga di Malaysia dan terbang jauh, siapa tak sedih. Drama juga waktu itu di rumah! Cuma 6 bulan selepas saya menetap di AS (sebaga syarat visa dan kondisi status pemastautin sementara saya), kami pulang untuk melangsungkan perkahwinan di Malaysia pula.

Ketika saya di AS, dia memeluk Islam. Saya teman dia ke masjid, ketika itu kami menetap seketika di Las Vegas. Sungguh mudah prosesnya. Saya kagum dengan imam-imam di masjid AS. Tak rumit, tak memaksa, tak juga menakutkan saudara baru untuk menerima Islam. Buat penerimaan keluarga dia pula, ibu ayahnya sudah 8 tahun meninggalkan dunia. Yang tinggal cuma kakaknya yang sudahpun berkahwin dan punyai 3 anak. Kakaknya langsung tak kisah dia peluk Islam, begitu juga sahabat-sahabat lama dia! So what's the problem la kan? 😄

Januari 2015 ialah bulan perkahwinan kami di Malaysia. Proses sangat rumit, saya tak mampu ceritakan. Ramai juga yang keliru, termasuk saya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Majlis kecil kami diadakan di rumah dengan kehadiran jiran-jiran ibu ayah, beberapa orang dari ahli keluarga belah ibu ayah, dan kawan-kawan rapat saya dan yang kenal saya sejak zaman sekolah dan zaman uni.


Majlis yang mana ibu ayah, saya, suami dan adik-adik selalu setuju dan gembira untuk adakan; majlis "simple", tanpa sanding, cuma bergambar kenangan, majlis yang saya dan suami keluarkan cuma RM1800 dari poket kami (yang terdiri dari hadiah "door gift" sejadah buat tetamu, sewa baju kahwin, dan seekor kambing golek buat kenduri). Alhamdulillah, walau tak besar, ia sangat bermakna, apatah lagi bila dikelilingi orang yang saya sayangi. Kami sekeluarga senang begini. Ibu ayah saya memang sempoi.

Hanya 2 hantaran ini buat saya, USD100, dan cincin perkahwinan. Hantaran yang tak ternilai yang tak terlihat dalam gambar yang sudahpun dia diberikan; kasih sayang buat saya dan kedua ibu ayah saya serta adik-adik saya, dan kehadiran dia dalam hidup kami. Cerita di gambar seterusnya.


Apa yang saya harap dan doa ialah supaya jodoh kami berpanjangan. Tak dinafikan, perkahwinan campur budaya ini agak rumit dan bukan untuk semua orang, terutama orang Melayu kita. Dalam 2 tahun pertama ini, banyaknya kata-kata nista saya dengar dan baca, contohnya "Dah takda lelaki Melayu minah ni nak kahwin!" atau "wow mesti sebab minah ni nak b***ng besar!" Sakit hati tak bila baca? CAN YOU IMAGINE? Mulut puaka macam itu, mana taknya jodoh saya bukan dengan mereka (TIPIKAL lelaki Meleis).


Allah itu Maha Pemurah. Dalam masa 2 tahun pertama perkahwinan kami juga, walaupun banyak pancaroba, saya rasa senang hati, bila dia gembira dan sungguh-sungguh belajar solat dan menunaikannya. Saya juga senang hati bila dia bersungguh-sungguh belajar Bahasa Melayu demi keluarga saya, supaya dia boleh jadi lebih rapat dengan mereka setiap kali kami pulang berkumpul di Malaysia.

Juga, cuma sedikit dari sedikit rakyat Malaysia yang berkahwin dengan warga AS dan menetap di AS sanggup tinggalkan kehidupan normal tanpa pekerjaan demi untuk mengenali negara ini dengan menjelajah setiap pelusuknya. Saya kurang gemar bila ada mulut dengki berkata "Memanglah, oh patutlah sebab suami dia orang sana. Choi!" Bukan norma pemastautin tetap AS seperti saya apatah rakyat AS sendiri untuk buat apa yang kami buat! Kau ingat senang? Ingat itu.


Kawan saya kata "Sudah begini cara rezeki dan jodoh kau tiba." Dari tak pernah langsung ke luar negara, belajar di luar negara, atau menetap di luar negara, akhirnya saya di AS ini, belajar melalui perjalanan saya hidup di negara orang. Dari hidup bujang sambil bertemu dengan ramai Mr. Wrong, akhirnya saya jumpa Mr. Right saya. Sungguh indah perancangan Allah buat kita. Alhamdulillah.

Jadi buat yang rasa putus harapan di luar sana, teruskan berdoa. Keluarlah dari kepompong, berkelanalah, bertemulah dengan ramai orang, berbuat baiklah dengan semua orang. Berkatalah yang baik-baik juga, ia umpama doa. 👍🏼


LEBIH 25K!!! SHARE DI FB....WAJIB BACA KALAU ANDA ADA ANAK LELAKI......MACAM NI KENA AJAR DIAORANG!!!!!

ohbulananaklelaki

Melayan karenah anak lelaki ini kadang kala memang memeningkan kepala. Sekejap dia bergusti, sekejap dia sepahkan barang, sekejap dia berlari-lari. Pendek kata tahap kesabaran memang kena tinggi untuk melayan perangai mereka ini.
Mendapat lebih 25 ribu perkongsian di Facebook, status wanita ini tentang anak lelaki menarik perhatian netizen. Korang yang ada anak lelaki kena baca ini.

Biar main parit, panjat pokok

Screen Shot 2016-08-03 at 4.31.26 PM

Dah peluk anak lelaki pagi tadi?

Screen Shot 2016-08-03 at 4.31.37 PM
Memang anak lelaki ini karenahnya memang tidak sama dengan anak perempuan. Jika anak perempuan suka bermanja-manja, meluahkan apa yang dirasa namun berbeza buat anak lelaki. Sebab itu bapa kena fahami dan didik mereka betul-betul.


Badan Di Penuhi Tahi Lalat Wanita Ini Jadi Popular Di Media Sosial...MUNGKIN DIA JUGA MEMEGANG REKOD PALING BANYAK TAHI LALAT DI DUNIA...



Yulianna Yussef, seorang wanita berketurunan Ukraine- Lubnan yang berumur 26 tahun dan kini menetap di Warsaw, Porland difahamkan menghidap sejenis penyakit genetik yang jarang berlaku iaitu Congenital Melanocytic Nevus. 

Dalam erti kata lain, penyakit tersebut mengakibatkan seluruh badannya dipenuhi tompokan hitam seperti tahi lalat dalam bentuk pelbagai saiz. 

Walaupun sejak zaman kanak-kanak sering dibuli dan digelar sebagai 'Dalmatians' atau sejenis anjing yang juga seluruh badan dipenuhi tompokan hitam, tetapi dia berfikiran positif dan beranggapan penyakit yang berlaku ke atas dirinya itu satu kelainan dan keunikan berbanding dengan orang lain yang normal. 

Setiap hari dia memuat naik gambar dirinya, dan menerusi paparan tubuh badannya yang penuh keyakinan itu sehingga menjadi individu yang popular di media sosial serta berjaya memberi semangat yakin diri kepada ramai orang. 
Difahamkan penyakit Congenital Melanocytic Nevus ini merupakan penyakit yang jarang berlaku,  hanya kurang daripada satu peratus orang terpengarauh sahaja dengan penyakit berkenaan.

Apabila dilahirkan, kulit Yulianna memang kelihatan lain daripada yang lain. Sepanjang tempoh tumbesaran, walaupun kawan-kawan di sekolah pernah memberi pelbagai gelaran kepadanya, seperti Dalmations, lembu, rusa dan sebagainya. tapi ia langsung tidak dikecewakan oleh ejekan itu, malah sering tunjukan gambar yang memaparkan badannya yang unik dengan penuh keyakinan. Sikapnya yang optimis dan positif terhadap kehidupannya telah merangsangkan ramai netizen. 

Terdapat netizen mengongsi pengalaman dirinya dengan menyatakan anak perempuannya ketika dilahirkan juga memiliki tanda lahir yang besar, terima kasih Yulianna kerana memberi semangat yang positif.

" Anak perempuan saya yang berumur 5 bulan itu ketika dilahirkan turut memilki tanda lahir atau 'birthmark', malah tanda lahir yang bersaiz kecil juga kelihatan dari masa ke semasa. Sebelum ini, saya amat sedih. Kegigihan anda melegakan saya, terima kasih pengongsian anda, Cik Yulianna."- 



'Memang sah kereta saya'...bahaya JUGAK KALAU PAKAI KERETA KERETA MEWAH NI....sampai JADI MACAM ni...



Kuala Lumpur: “Ini kereta sah milik saya yang pernah hilang Mac tahun lalu di Ampang. Selepas hampir setahun, saya dapati ada individu mengiklankannya di laman web jual beli kereta sambung bayar,” kata usahawan Khairul Nizam Mohammad, 38.
Menurutnya, susulan itu dia mengarahkan beberapa rakan untuk mengambil semula kereta berkenaan sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang jam 1.27 pagi kelmarin berhubung penemuan itu.
“Saya difahamkan, kereta saya dicuri oleh satu sindiket sebelum dijual kepada individu tertentu. Saya ada bukti geran kereta ini milik saya yang sah dibeli pada 2011 yang ketika itu catnya berwarna putih.
“Saya mengetahui kereta itu dijual oleh ejen di Internet dengan perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM95,000. Saya kemudian menghubungi wakil ejen itu untuk mengadakan pertemuan sebelum meminta dua rakan menjadi wakil untuk mengambil kenderaan itu dan diserahkan kepada saya dengan selamat,” katanya, semalam.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan dua lelaki melarikan sebuah kenderaan mewah model BMW X6 berwarna merah jambu ketika mengadakan temujanji di Sri Rampai, Setapak jam 12.45 tengah hari, Selasa lalu.
Sumber dilaporkan berkata, dua lelaki menaiki motosikal muncul dan mendakwa mereka hadir sebagai wakil kepada seorang individu bergelar Datuk.
Katanya, sebaik tiba di hadapan sebuah kedai di Setapak, seorang lelaki itu melakukan pandu uji terhadap BMW X6 itu sambil ditemani seorang ejen wanita.
Menurutnya, selepas membuat satu pusingan, lelaki itu mengarahkan wanita keluar dari kenderaan sebelum rakannya mengambil alih tempat duduk.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan semula kenderaan lelaki berkenaan.
“Lelaki berkenaan menunjukkan semua bukti termasuk geran kereta mewah BMW X6 itu adalah miliknya yang sah yang pernah dilaporkan hilang sebelum ini,” katanya.


Anda Mempunyai Mata Yang Tajam Teka Mana Kucing Dalam Gambar Ini...pastinya ANDA AKAN MENGAMBIL MASA LEBIH DARI 30 MINIT!!!!




There's a cat hiding in plain sight in this picture. Are your eyes good enough to find it?
.




Akibat Tekanan Ketika bekerja, Golongan Profesional Antara Ratusan Pesakit Harian Di Klinik Psikiatri HKL..AMAT memeranjatkan...TAK SANGKA KAN???..BUKAN SIKIT BEB ..dan ada diantaranya BEKERJA SEBAGAI...



Klinik Psikiatri Hospital Kuala Lumpur telah menerima purata 160 pesakit setiap hari di mana mereka mengalami masalah mental daripada yangs serius seperti skizofrenia sehingga yang paling kerap dialami seperti depresi (kemurungan), lapor FMT.

Daripada beratus yang datang seharian itu,kebanyakkan yang datang ke klinik yang menyediakan 79 buah katil perkenaan adalah terdiri daripada wanita yang sejumlah besarnya terdiri daripada golongan profesional serta mempunyai pangkat yang tinggi.

Akibat rawatan kos yang tinggi untuk rawatan yang sama di hospital swasta, klinik berkenaan menjadi tumpuan untuk masalah berkaitan psikiatri.

Ia mencerminkan betapa serius masalah depresi seperti dialami serata negara – pada tahun lalu, umpamanya, Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan mendapati kenaikan berganda peratusan rakyat negara ini yang mengalami depresi, 29% daripada 12% pada 2011.

Apa sebenarnya yang menyebabkan mereka mengalami depresi?

“Tekanan untuk memuaskan hati ramai pihak, sukar puas hati dengan pencapaian dan ambil sesuatu perkara secara amat serius juga boleh menyebabkan individu murung.” 

“Kebiasaannya, individu terbabit berpandangan negatif pada diri sendiri, suka mencari salah orang atau sendiri, di mana golongan yang berisiko mengalami depresi termasuk mereka yang menceburi bidang dengan tekanan tinggi, termasuk doktor, jurutera dan ahli politik," kata pakar psikiatri HKL, Dr Tan Lee Khing.

Dr Tan berkata walaupun depresi tidak ada punca spesifik, ia mungkin ada hubung kait dengan faktor genetik, kehidupan masa lampau atau cara seseorang dibesarkan, semuanya perkara yang cuba dicungkil pakar dalam tempoh rawatan.

Katanya, stigma masyarakat terhadap pesakit depresi tidak membantu membanteras penyakit ini.

“Mereka yang berdepan dengan kemurungan ini perlu mendapat sokongan masyarakat. Ramai ambil sikap sambil lewa biarpun menyedari ada di kalangan orang terapat menunjukkan tanda awal kemurungan.”

"Depresi ini disebabkan bahan oleh kimia Serotonin dan noradrenalin yang tidak seimbang di dalam otak, di mana ia boleh dirawat melalui ubat anti-depresi tetapi bergantung tahap serius individu tersebut."

“Pesakit diberi sokongan moral bahawa penyakit mereka berpotensi sembuh. Pesakit perlu sokongan positif daripada orang tersayang seperti keluarga dan rakan-rakan. Setiap orang memiliki hak untuk gembira dan hidup bebas tekanan,” katanya.

Sepanjang tiga tahun berkhidmat di sini, beliau mendapati faktor seperti kekangan kewangan, penderaan, menjadi mangsa buli dan obsesi berlebihan antara penyebab depresi.

“Seseorang yang terlalu sedih dengan masalah dihadapinya dalam tempoh lama akan hilang fokus, kurang selera makan dan cepat putus asa. Dari situ mereka terfikir untuk membunuh diri kerana rasa sudah hilang harapan untuk teruskan hidup,” katanya lagi.

Nasihat Dr Tan kepada orang ramai?

“Jangan ambil mudah terhadap masalah kemurungan. Waspada dengan sekeliling anda terutama ahli keluarga yang berpotensi alami kemurungan untuk segera dapatkan rawatan.” -


Ayah, tolong saya......HAHAHHAH tu la..nak MEROMPAK sangat...TENGOK LA orang dulu...dia ni BUKAN CALANG CALANG ORANG...



Acailandia (Brazil): Seorang lelaki yang cuba menyamun seorang wanita dan rakannya di tepi jalan mendapat nasib malang kerana wanita berkenaan adalah juara seni mempertahankan diri.
Akibatnya lelaki berkenaan terpaksa merayu dilepaskan malah rela diserah kepada polis apabila lehernya dikunci dengan gerakan seni jiu-jitsu.
Lelaki itu dan rakannya menghampiri Monique Bastos serta rakan perempuannya yang berada di atas motosikal dan menuntut mereka menyerahkan telefon bimbit.
Menurut laporan lama web Brazil, iG, Mobique, 23, yang pernah menjuarai enam pertandingan MMA, menumbuk lelaki itu sebelum menjatuhkannya ke tanah dan mengunci lehernya selama 20 minit sehingga polis tiba.
“Seorang lelaki merampas telefon saya. Melihat mereka tidak bersenjata, saya menolak motosikal mereka hingga jatuh.
“seorang lelaki melarikan diri tetapi penunggang motosikal itu tidak sempat membolehkan saya menangkapnya dengan mengunci lehernya dengan kaki,” katanya.
Lelaki itu menjerit: “Ayah, ayah, panggil polis. Tolong, saya janji ini kali pertama dan terakhir buat macam ini. Sesiapa saj tolong saya


Pasangan 'melekat' ketika seks ...tu LA , LAIN KALI JANGAN GANAS GANAS SANGAT...posisi yang boleh MELEKAT NI , IALAH POSISI......



London: Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dipercayai pelacur yang melekat pada tubuh seorang lelaki berumur yang dikatakan mati ketika mereka melakukan hubungan seks, mula beredar di Internet.
Rakaman itu menunjukkan anggota paramedik menolak pengusung membawa mayat lelaki berkenaan keluar dari sebuah bangunan manakala wanita berkenaan masih berada di atas tubuhnya di bawah selimut.
Rakaman berkenaan pada mulanya disiarkan laman web berkongsi video China, Miaopai, sebelum dikongsi pengguna melalui LiveLeak.
Kejadian itu dipercayai berlaku di China tetapi tidak dapat dipastikan lokasi sebenar serta tarikh kejadian.
Melalui video itu, wanita berkenaan kelihatan bergerak-gerak di bawah selimut sambil mereka diperhatikan orang ramai.
Pasangan itu dipercayai dibawa ke hospital untuk memisahkan mereka dan kematian ketika hubungan seks boleh berlaku kerana pelbagai sebab, termasuk terlalu aktif atau serangan jantung.
Daily Mail melaporkan, pakar perubatan di London, Dr John Dean, dalam temuramah dengan BBC sebelum ini, menyatakan kejadian zakar terlekat dalam kemaluan wanita boleh berlaku, terutama ketika wanita mengalami orgasm. - 


Wanita Arab Saudi ada yang miang..jangan anggap semua Alim...dan GANGGUAN INI BERLAKU DISEBUAH PUSAT......



Jeddah: Sebuah pusat beli-belah terbesar di sini melaporkan 16 kes gangguan seksual yang dilakukan wanita terhadap lelaki.
Walaupun gangguan itu dilaporkan kepada kakitangan keselamatan, tidak seorang pun lelaki terbabit membuat aduan rasmi kerana bimbang ia akan mengaibkan diri sendiri, lapor akhbar Saudi Gazette.
Pengurus besar pusat beli-belah itu Ryan Kaddouri berkata, rakaman CCTV menyokong dakwaan lelaki yang diganggu itu dan video mengenainya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Laporan mengenainya mencetuskan perdebatan dalam kalangan penduduk Jeddah dengan sebahagian mereka mendesak supaya tindakan tegas diambil terhadap wanita itu.
“Wanita yang mengganggu lelaki hanya mahukan perhatian, lebih-lebih lagi jika lelaki itu kacak,” kata seorang pengunjung lelaki yang diwawancara akhbar berkenaan.
Seorang wanita pula memberitahu Saudi Gazette, wanita mengganggu lelaki kerana mereka ingin mencari pasangan hidup


Lamborghini milik Nasri 'dirampas' polis berikutan TIDAK.....




Beswick (Manchester): Nasib malang akibat kecederaan menimpa pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) Samir Nasri berterusan apabila kereta Lamborghini Aventador Pirelli Edition miliknya berada dalam tahanan polis.
Pemain tengah Manchester City berusia 28 tahun itu dilihat bersandar di dinding sebuah bangunan selepas kereta super berharga £330,000 (RM1.8 juta) dipandunya diarah berhenti kerana tidak didaftarkan di Britain.
Nasri ditahan di Wilson Street - dalam kawasan bandar Beswick tidak jauh daripada kompleks latihan kelab itu bernilai jutaan ringgit sebelum beredar selepas dijemput oleh pemandu kelab bola sepak itu.



Korea Selatan Berjaya Temui Rawatan Pemutihan Yang Paling Berjaya Dan Terpantas, Kini Menjadi Fenomena di Malaysia..CUBA TEKA MALAYSIA TEMPAT KE BERAPA DLM SENARAI PRODUK KECANTIKAN?...



Seperti semua sudah sedia maklum, negara Korea Selatan memang tidak dapat dipisahkan dengan produk kecantikan yang memang diakui keberkesanannya di mana ramai orang dari seluruh pelusuk dunia kini tertumpu ke negara berkenaan untuk tujuan kecantikan.

Dari pembedahan kosmetik sehingga ubatan kecantikan boleh didapati di negara berkenaan, jadi tidak hairanlah artis-artis dari negara berkenaan menjadi kegilaan peminat di seluruh dunia termasuk Malaysia kerana kecantikan mereka.

Seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi dalam bidang kecantikan di negara berkenaan
pelbagai produk baru yang menakjubkan telah dihasilkan.

Terbaru, para saintis kecantikan daripada negara berkenaan telah berjaya menghasilkan sejenis produk kecantikan di mana mereka telah mengolah bahan estrak menjadi formulasi produk sehingga menjadi antara rawatan paling berkesan di dunia untuk memutih dan mencantikkan kulit muka.

Ia adalah gabungan beberapa jenis rawatan yang amat hebat di mana hasilnya amat cepat selain mampu merawat kulit muka dan memutihkan hanya dalam masa seminggu.

Produk berkenaan telah mendapat kepercayaan ramai apabila dipasarkan dimana permintaan tinggi di seluruh dunia kerana mendapat maklum balas yang baik daripada penggunanya.

Produk berkenaan yang dinamakan "CO-White" juga telah menembusi pasaran Malaysia di mana sambutannya amat memberansangkan serta maklum balas daripada pengguna amat baik sehingga ada yang mengakui apabila memakai produk berkenaan tona kulit mereka berubah makin putih dalam masa hanya seminggu.


Mengikut bancian yang dilakukan berdasarkan industri kecantikan Korea Selatan, rakyat Malaysia menduduki tangga kedua pelanggan terbesar produk daripada negara berkenaan, maka ramai antara rakyat Malaysia yang melihat potensi produk "Co White" sehingga ada yang menggelarnya 'hantu putih' kerana bekerkesanannya dapat dilihat dalam dalam masa 7 hari sahaja.

Produk "Co White" ini merupakan produk baru di pasaran Malaysia di mana ia agak sukar didapatkan kerana masih terlalu sedikit pengedarnya, itu pun para pengedar yang sudah mampu membuat jualan mencecah ratusan ribu ringgit.