Thursday, 4 August 2016

Filled Under:

(Video) Terkini : Pesawat Emirates Terbakar & Meletup Ketika Mendarat Cemas, Asap Tebal Selubungi Pesawat

Dubai - Emirates mengesahkan insiden yang membabitkan pesawatnya yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai sebentar tadi.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh pengguna di media sosial, kelihatan pesawat Emirates diselubungi oleh asap tebal berwarna hitam.

lihat video kebakaran di sini VIDEO Pesawat Emirates Terbakar & Meletup




Menurut beberapa laporan, pesawat itu terbakar selepas membuat pendaratan cemas selepas ia tiba dari India.

RT.com melaporkan, kesemua penumpang selamat dan berjaya dikeluarkan dari pesawat itu.

Sementara itu, Emirates membuat pengesahan mengenai kejadian tersebut menerusi laman Twitternya