ahniah diucapkan kepada Indah Ruhaila yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati yang juga seorang pengurus akaun pada bulan Mac tahun depan. Dalam masa yang sama, Indah membuktikan bahawa dakwaan mengatakan hubungan pertunangan beliau selama tiga tahun dengan jejaka yang dikenali sebagai R itu sudah berakhir salah sama sekali.
“Lega apabila sudah ada tarikh untuk berkahwin selepas tiga tahun kami bertunang, secara tidak langsung saya buktikan hubungan pertunangan kami berakhir seperti dirancang biarpun mengambil tempoh yang panjang. Saya tahu ramai yang menjangkakan hubungan kami akan berakhir dengan perpisahan kerana terlalu lama bertunang, tapi jodoh kami kuat”
“Insya-allah majlis akan berlangsung pada Mac depan waktu cuti sekolah, tapi belum ada tarikh yang tepat. Sudah tentu keluarga kami paling gembira, saya akui keluarga belah lelaki bimbang dan ada hubungi saya bertanya bagaimana arah hubungan kami,” katanya kepada m Star Online berhubung dengan perancangan perkahwinan beliau dan pasangan.
Sementara itu, Indah turut mengakui ada beberapa pihak sudah menghubungi beliau untuk menaja majlis perkahwinannya nanti. Namun beliau masih mempertimbangkan tawaran yang sesuai supaya ianya tidak menjejaskan hari bahagia mereka berdua dan memilih untuk menggunakan duit sendiri memandangkan keinginannya hanya kepada majlis yang sederhana.

