MELBOURNE – Dewan bandar Maribyrnong, Australia, mengancam mendenda seorang seniman jalanan dikenali sebagai Lushux kerana melukis mural Hillary Clinton berbikini pada sebuah dinding.
Bukan hanya berbikini malah pada sebelah kiri wajah calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Demokrat itu juga terselit beberapa wang kertas bernilai AS$100 (RM406.72).
Bukan hanya berbikini malah pada sebelah kiri wajah calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Demokrat itu juga terselit beberapa wang kertas bernilai AS$100 (RM406.72).
Setelah mendapat amaran daripada pihak berkuasa tempatan, individu berkenaan akur menutupi gambar Clinton yang berbikini dengan imej berniqab yang lazim dirujuk kepada wanita Muslim.
Sebaris kata-kata tertera di sebelah imej berniqab itu berbunyi, “Jika wanita Muslim ini menyinggung perasaan anda, maka anda seorang yang fanatik, seksis danIslamophobia.”