KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika sidang media selepas majlis penutup Persidangan Aseanapol Ke-36 2016 di Putrajaya.- Foto Mohd Fadli Hamzah
PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tidak salah untuk menanam daun ketum bagi tujuan komersial kerana ia tidak termaktub dalam peruntukan undang-undang.
Beliau berkata, seseorang boleh dikenakan tindakan hanya jika wujud aktiviti memetik, memproses dan mengedar daun ketum.
Justeru, kata Khalid, cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk menanam pokok ketum bagi tujuan eksport adalah dibenarkan, namun perbincangan perlu dibuat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tujuan kawalan supaya ia tidak disalah guna.
"Dalam undang-undang Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, tidak dinyatakan menanam daun ketum adalah salah.
"Bagaimanapun, saya cadangkan kepada RISDA jika mereka mendapati daun ketum itu ada nilai dalam perubatan dan mahu mengeksportnya, mereka perlu dapat kebenaran dan pandangan daripada KKM kerana KKM saja yang dapat memutuskan perkara itu.
"Tambahan, ketum termasuk dadah berjadual yang boleh menyebabkan seseorang itu khayal jika diambil dalam kuantiti berlebihan," katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Persidangan ASEANA di Hotel Marriot, di sini, hari ini.
Khalid berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan RISDA untuk menanam daun ketum.
Sementara itu, pada perkembangan berlainan, Khalid berkata, polis tidak boleh membuat kesimpulan atau kenyataan berhubung kehilangan MH370 sehingga kotak hitam pesawat itu ditemui.
"Saya enggan dan tidak akan mengulas sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat MH370. Rumusan penuh mengenai insiden itu hanya akan dibuat hanya selepas kotak hitam pesawat malang itu ditemui," katanya.
PUTRAJAYA: Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tidak salah untuk menanam daun
ketum bagi tujuan komersial kerana ia tidak termaktub dalam peruntukan
undang-undang.
Beliau berkata, seseorang boleh dikenakan tindakan hanya jika wujud
aktiviti memetik, memproses dan mengedar daun ketum.
Justeru, kata Khalid, cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA) untuk menanam pokok ketum bagi tujuan eksport
adalah dibenarkan, namun perbincangan perlu dibuat dengan Kementerian
Kesihatan (KKM) bagi tujuan kawalan supaya ia tidak disalah guna.
"Dalam undang-undang Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, tidak dinyatakan
menanam daun ketum adalah salah.
"Bagaimanapun, saya cadangkan kepada RISDA jika mereka mendapati daun
ketum itu ada nilai dalam perubatan dan mahu mengeksportnya, mereka
perlu dapat kebenaran dan pandangan daripada KKM kerana KKM saja yang
dapat memutuskan perkara itu.
"Tambahan, ketum termasuk dadah berjadual yang boleh menyebabkan
seseorang itu khayal jika diambil dalam kuantiti berlebihan," katanya
ketika ditemui pada Majlis Penutup Persidangan ASEANA di Hotel Marriot,
di sini, hari ini.
Khalid berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan RISDA untuk
menanam daun ketum.
Sementara itu, pada perkembangan berlainan, Khalid berkata, polis tidak
boleh membuat kesimpulan atau kenyataan berhubung kehilangan MH370
sehingga kotak hitam pesawat itu ditemui.
"Saya enggan dan tidak akan mengulas sebarang spekulasi berhubung
kehilangan pesawat MH370. Rumusan penuh mengenai insiden itu hanya akan
dibuat hanya selepas kotak hitam pesawat malang itu ditemui," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/177864