Friday 29 July 2016

Filled Under:

PANAS LAGI...!! Setelah Berdiam diri dengan kes penceraian dengan tukang masak selebriti.. kini Syikin Maembong ceritakan kisah sebenar SIKAP bekas suaminya yang membuatkan kita naik GERAM...aduhh..macam tak percaya pulak..


Kakak pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong, mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan tukang masak selebriti, Chef Riz, Jun lalu. Katanya, mereka berpisah selepas dirasakan tiada lagi jodoh antara dirinya dan Riz.
“Saya tahu, ia sudah lama menjadi persoalan ramai. Jadi saya mahu mengesahkan bahawa kami bukan lagi pasangan suami-isteri.
“Sebab apa bercerai? Biarlah hanya kami dan keluarga yang tahu. Mungkin saya dan Riz tiada jodoh,” katanya.
Sementara itu, Shikin berkata, walaupun bercerai, beliau dan Riz masih berbaik demi membesarkan anak perempuan mereka, Putri Arianna Natasya, yang kini berusia setahun.
“Alhamdulillah, saya dan Riz masih lagi berbaik. Lagipun, Arianna memerlukan ibu dan bapanya. Kami tetap menjaga Arianna sebaik mungkin walaupun sudah berpisah.
“Selain itu, saya turut bersyukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa memberi sokongan moral. Saya juga masih baik dengan keluarga mentua,” ujarnya.