Saturday 30 July 2016

Filled Under:

NAK CANTIK PUNYA PASAL!!! - pembedahan PLASTIK, TAK SAKIT KER?????..LIHAT GAMBAR2 sangat MENGERIKAN

Bagi sesiapa yang ada lemah semangat atau mudah pitam tengok gambar-gambar bedah-bedah ni harap fikir masak-masak sebelum tengok. Tapi rasanya tidak ngeri mana gambar-gambar di bawah ni.

Masalahnya ialah, kenapa lah wajah yang sudah cantik mahu dibedah untuk dicantikkan lagi? Itu sudah nyata mengubah ciptaan Tuhan dan seperti tidak bersyukur.

Tambah lagi, hampir semua yang lakukan bedah plastik pada wajah, hasilnya bukan makin cantik, tapi makin jadi rupa alien dan aneh. Muka yang asli juga yang lebih cantik sebenarnya.

proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


Semoga wanita dalam gambar di atas menyesali atas perbuatannya dan mendapat hidayah kepada Islam, dan memohon ampun kepada Tuhan. Doa saja lah yang dapat saya pohonkan padanya, dan diharap yang membaca ini aminkan lah bersama, semoga dimakbul oleh Tuhan.

Melakukan pembedahan plastik pada muka semata-mata kerana mahu menjadikannya bertambah cantik (kononnya) adalah jelas termasuk dalam kategori mengubah hakikat ciptaan Allah s.w.t. Dan mengubah hakikat ciptaan Allah adalah salah satu dari tipu daya dan ajakan syaitan, seperti mana dalam ayat,

"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya, barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya dia menderita kerugian yang nyata." (Surah An-Nisaa' : Ayat 119)

Rasululullah s.a.w bersabda ;

عن ابن مسعود رضى الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لعن الله الواشمات والمستوشمات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله

(متفق عليه)

Maksudnya: Daripada Ibnu Mas’ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w; "Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta di buat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah."


Antara hikmah dilarang melakukan pembedahan plastik semata-mata kerana kecantikan

1. Mengubah kejadian Allah yang asal.
2. Melahirkan perasaan sombong, riya' (menunjuk-nunjuk) dan takabur.
3. Tidak mensyukuri nikmat Allah dan redha dengan ketentuanNya.
4. Terdapat unsur penipuan dan kepalsuan, langsung tidak tulen.
5. Menyerupai amalan orang kafir.
6. Menjejaskan kesihatan dan memudaratkan anggota tubuh.
7. Bukan budaya hidup Islam.