Friday 29 July 2016

Filled Under:

AKHIRNYA TERBONGKAR ...PIHAK SEKOLAH DAN RAKAN SEKELAS SEMASA KEJADIAN TAMPIL DEDAH CERITA SEBENAR PELAJAR DITAMPAR SAMPAI KOMA....SEBENARNYA USTAZAH TU........



LAMAN sosial Facebook beberapa hari lalu kecoh berikutan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah di Tanah Merah, Kota Bharu di Kelantan mengalami kekejangan saraf selepas mendakwa ditampar seorang ustazah kerana dituduh mencukur bulu keningnya.


Sehingga hari ini, pelbagai versi dan dakwaan telah dibuat pelbagai pihak, yang antaranya tampil mempertahankan tindakan guru terbabit, selain ada yang memaklumkan bahawa pelajar terbabit dipukul bukan kerana alasan mencukur kening, sebaliknya kerana masalah disiplin.


Antaranya adalah dakwaan yang dibuat seorang pengguna Facebook bernama Asiah Nana, menyatakan bahawa mangsa, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, ditampar bukan kerana isu cukur kening, sebaliknya kerana tidak mematuhi etika pemakaian, selain didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap guru wanita tersebut.

Sementara seorang lagi, Md Sukhairi Othman menerusi status di laman Facebook Kami Guru Malaysia mendakwa Nursyahida ditampar oleh seorang ustazah bernama Huzlin juga berpunca kerana mangsa memakai baju ketat dan tudung singkat.


Malah, katanya gambar yang tersebar menunjukkan Nursyahida terbaring di wad juga adalah gambar lama yang telah diviralkan semula ketika dia dimasukkan ke hospital akibat jatuh di dalam bilik air.


Berikutan itu terbaharu, seorang gadis mendakwa kakak Nursyahida tampil menafikan semua dakwaan tersebut yang kononnya Nursyahida memakai tudung singkat dan gambar yang tersebar adalah foto ‘lama’.


Melalui akaun Facebook Puteri Boneka, kakak Nursyahida menafikan dakwaan bahawa adiknya memakai tudung singkat ke sekolah, selain meluahkan rasa hairan terhadap sikap guru sekolah tersebut yang hanya ‘berdiam diri’.


“Saya juga hairan, kalau betul salah pelajar, kenapa guru sekolah berkenaan diamkan diri . Kenapa mesti lari dari kebenaran sebenar ? Bila isu dah viral, timbul cerita macam2. Setahu saya, adik saya bertudung labuh ke sekolah, kenapa isu tudung singkat di kaitkan dalam masalah ni?? Harap pihak sekolah dapat bagi keterangan lanjut pada pihak keluarga kami !! Terima kasih,” katanya dalam entri tersebut, semalam.


Selain itu, gadis tersebut turut memuat naik foto menunjukkan cara pemakaian Nursyahida, yang mana kelihatan tudung dipakai mangsa adalah labuh. Malah, dia juga memuat naik gambar adiknya yang terlantar di hospital, selain maklumat menunjukkan Nursyahida berada di hospital.


Sebelum ini, Nursyahida mendakwa ditampar di belakang kepalanya tiga kali selepas didakwa mencukur keningnya, dalam kejadian jam 8.30 pagi, pada Selasa lalu, lapor Harian Metro.


Akibat daripada kejadian tersebut, Nursyahida dibawa ke Hospital Tanah merah (HTM) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi rawatan lanjut selepas mengalami masalah saraf.


Kementerian Pendidikan kini sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.


Menurut Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan, prosedur operasi standard (SOP) seperti siasatan lanjut akan dilakukan bukan sahaja di sekolah malah satu jawatankuasa khas di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan diwujudkan dengan segera.