
Baru-baru ini netizen terutama di Indonesia digemparkan dengan harga promosi yang dilakukan seorang netizen tempatan bernama Achyar Yuliantoro yang berasal dari republik tersebut.
Menerusi posting di akaun Facebook-nya, ia menawarkan hantu ‘kuntilanak’ untuk dijual kepada netizen yang berminat untuk memilikinya. Bahkan dia menjelaskan secara terperinci apa sahaja manfaat kuntilanak tersebut.
Isu ini menjadi perbincangan hangat sehingga menimbulkan pelbagai respons kepada netizen yang ada berasa ragu-ragu dengan tawarannya menjual ‘kuntilanak’ tersebut.
Ia juga menjadi topik panas sehingga ke hari ini dengan gambar Achyar selamba berdiri bersama kuntilanak yang ingin dijualnya itu tersebar menerusi Internet. – MYNEWSHUB.CC
