Shah Alam: Orang ramai yang baru selesai menunaikan solat jumaat
di Masjid Sultan Salahudin Abd Aziz Shah sebentar tadi dikejutkan dengan
kejadian kebakaran di tingkat bawah masjid kira-kira jam 2.15 petang
tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata,
pihaknya menerima panggilan jam 2.21 petang tadi dan 18 anggota serta
pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi.
" Bilik kuliah berkenaan musnah sepenuhnya, bagaimanapun tiada mangsa terbabit dalam kebakaran itu."
"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.47 petang tadi, sehingga kini punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan" katanya.
Kredit: MyMetro