Friday 24 June 2016

Filled Under:

6 TIPS...!!! Bulan Ramadhan Yang Kita Perlu Buat..


6 tips Bulan ramadhan Untuk Kita Sama-sama Amalkan



Bulan Ramadhan adalah untuk kita semua menahan diri dari lapar dan dahaga. Masa yang selalu ditunggu oleh semua umat Islam akhirnya akan berkunjung tiba tak lama lagi. Korangexcited tak?
Tapi sebelum tu, admin nasihatkan korang jom ler kita bersihkan hati untuk sambut bulan yang suci ni. Baru la dapat berkat. Amin..
Admin nak share beberapa tips yang boleh korang semua praktikkan untuk menjadikan hari-hari anda lebih produktif dan juga practice diri untuk jadi yang lebih baik dari yang sebelum ni. Ha, gitu..

d3b82111-eee2-4f22-97ab-83163d30151b
Korang semua mesti nak buat something yang baik untuk dapat pahala kan? Tapi, korang tahu tak dengan senyum pun dah dapat collect pahala free. Senang kan?
So, jangan lah korang buat muka macam cuka yer. Lagi-lagi yg missed sahur tu, conpem muka lg masam. Jangan lupa set alarm yeah!
Admin tahu betapa moody nya semua orang bila lapar, tapi bila dah berbuka semua jadi hyper balik punya.  So, always senyum okay!
Another tips untuk seorang yang mempunyai hati keras macam batu tu ni lah time korang utk lembutkan hati yea. Macam mana nak lembutkan hati? Ha..
Cara dia adalah korang kena start memaafkan semua orang yg pernah buat salah dekat korang, tak kira lah besar ke kecil salahnya tapi bukan dorang je tau, korang pun kena minta maaf.
So, cara terbaik kena maafkan orang, minta maaf dengan semua orang & paling penting maafkan diri sendiri jugak yer. Baru lah tenang sikit hati korang nanti  untuk menjalani ibadah puasa ni. InsyaAllah..
Yang mungkin busy bekerja tu, time ni lah very perfect untuk korang pay a visit utk korang punya long-lost relatives, adik-beradik atau kawan-kawan lama korang.
Jgn lah nak dkt bulan Ramadhan pun korang diam jer, sombong betul tak nak visit. Tak semestinya time raya baru nak visit kan.
Korang boleh lah bawak buah tangan bagi yang lama tak jumpa tu, baru dapat pahala extra lagi hehehe.
Benda paling mudah untuk dipraktikkan adalah beribadah untuk menjadi seorang yang lebih baik.
Yang tak tahan lapar dan dahaga tu, cuba korang mengaji atau solat to kill time bak kata omputih. Mesti benda tu semua membantu. Sebab korang boleh baca al-quran dekat mana-mana je, tak semestinya bila berada di rumah saje kan.
Time nak tunggu train balik kerja, time lunch hour, sementara tunggu berbuka. Banyak sangat masa. Jadi curilah masa untuk beribadah yea guys.
Bagi yang ada sifat panas baran tu, silalah buang yer tabiat buruk anda ni. Sebab dah nak masuk bulan Ramadhan ni.
Perkataan yang kasar tidak patut diungkapkan sila jauhkan. Bukan apa, nanti ada yang tersinggung. Lagi pun tak elok lah guna bahasa kasar walaupun bukan di bulan Ramadhan sekalipun.
Admin cadangkan, banyakkan selawat during Ramadhan untuk elakkan berkata benda yang kurang baik. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa free. Amik kau.. So, jaga bahasa yeah guys!
Bulan Ramadhan ni juga bulan yang sangat bagus untuk beramal jariah, macam-macam cara untuk buat yer, korang just pilih je.
Contohnya korang derma duit kepada anak yatim, surau serta masjid, bagi makanan untuk homeless atau mana-mana tenaga kerja diluar sana, tolong bersihkan surau dan masjid, tolong ibu-bapa atau adik-beradik.
Ha macam-macam lagi lah kita boleh buat untuk jadi seorang yang lebih baik. Kalau nak give away makanan dan minuman untuk berbuka puasa tu lagi lah bagus!