Thursday 23 June 2016

Filled Under:

KENAPA ?? Netizen bandingkan Adira Dengan Isteri Pertama Dato Red..



Uolls mesti dah tahu penyanyi Adira bakal menyambut hari raya Aidilfitri pertama kali sebagai suami isteri kan? Walaupun pertama kali menyambut Aidilfitri Adira tak dapat nak menyambut hari raya bersama suami sebab suami kena dahulukan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Datin Red..
Biasalah hidup bermadu memang kena bertolak ansur, paling diutamakan pastinya isteri pertama.. Sepanjang menyambut Ramadhan ini sebagai seorang isteri pastinya nak memasak sendiri juadah berbuka puasa dan sahur untuk suami..
Tapi, Adira pernah kena kritik sebab tak reti masak, dan penyanyi itu sendiri akui tak pandai masak.. Tapi, Adira masih lagi cuba menyediakan juadah untuk suami, setakat ni Adira dah pun mahir untuk masak makanan kegemaran suami iaitu ketam masak lemak cili api..
Menerusi akauin Instagram milik madu Adira iaitu Datin Red.. Sudah memiliki 3 orang anak pastinya cukup mahir dalam masakan.. Di bulan mulia ini Datin Red selalu kongsikan beberapa keping gambar juadah yang dah dimasak untuk berbuka..
Tak dinafikan setiap juadah yang dimasak Datin Red memang semua nampak sedap.. Air tangan seorang isteri dan ibu mestilah sedap.. Selalu memuatnaik gambar juadah masakan, ada antara netizen yang bandingkan masakan Adira dan Datin Red..
Ada antara netizen yang bertanya pada Datin Red masak banyak-banyak sebab Dato Red berbuka puasa sekali atau tidak.. Datin Red membalas komen dengan menulis, “giliran di sinun hehe”..
Disebabkan dah Dato Red berbuka puasa bersama Adira, seorang lelaki meninggalkan komen, “Ruginya Dato, belah sining masakan awesome”.. Rugi Dato Red berbuka bersama Adira tak reti nak masak berbanding Datin Red pandai masak macam-macam lauk..hahaha..
Kalau dah hidup bermadu memang kena hadap jelah dibanding-bandingkan.. Memang Adira kena usaha keras sikit la nak pikat suami dengan masakan.. Nanti Dato Red balik rumah isteri pertama jelah, kalau Adira masak tak sedap..hahaha