KRISIS KUMPULAN SEARCH MERUNCING APABILA YAZIT ENGGAN MOHON MAAF
PEMAIN dram Search, Yazit Ahmad enggan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut kumpulan rock lagenda itu, semalam.
Pemuzik berusia 54 tahun itu berkata, tiada sebab untuk dia memohon maaf
dan menarik balik laporan polis yang dilakukan pada 4 Mei lalu di Balai
Polis Wangsa Maju.
"Untuk apa saya mohon maaf? Tentang laporan polis dan dakwaan pecah
amanah, saya tidak akan tarik balik malah, akan membuat laporan polis
yang kedua pada petang ini.
"Bagaimanapun saya tidak bersedia untuk menjelaskan isi kandungan
laporan tersebut sekarang," kata Yazit pada satu sidang media khas yang
diadakan di G-Tower, Kuala Lumpur, petang Khamis.
BACA: Isteri mana yang tidak marah bila suami ditohmah - Isteri Amy Search
Sementara itu peguam yang mewakili Yazit, Mohamad Saiful Dzulhelmi
Zulkifli menerusi sidang media tersebut berkata, kumpulan Search berhak
untuk mengenakan apa jua tindakan selepas ini.
Dalam pada itu Yazit turut meluahkan rasa terkilannya selepas mendapat
tahu namanya dikeluarkan daripada Perjanjian Persefahaman (MoU) di
antara Search dan penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jets Sdn. Bhd.
"Saya tidak faham mengapa nama saya dikeluarkan dari MoU tersebut. Saya
yakin ada dalang dalam Search yang mahu menyingkirkan saya dari
kumpulan.
"Mengenai bayaran RM75,000 pula, saya sahaja yang tidak menerima apa-apa pun daripada jumlah tersebut.
"Jika benar RM75,000 itu untuk tujuan promosi, mengapa cek dibayar atas
nama individu sebanyak RM18,750 setiap seorang selepas dibahagi empat?",
luahnya kesal.
Ditanya mengenai pembabitannya mengenai Konsert 35 Tahun Search yang
dijadualkan berlangsung pada Ogos ini, Yazit akui sudah tawar hati untuk
bersama kumpulan rock lagenda tersebut.
"Untuk apa lagi saya bersama mereka di pentas, sedangkan akan ada yang
memaling muka dan duduk berkelompok. Saya tidak mahu hipokrit," katanya
yang juga ahli lembaga pengarah Syarikat Pengurusan Go Search.
* boleh lihat berita sebelumnya ---> PANAS...!!!! Isteri PUNCA Amy search Lupa Diri dan berpecah dengan Kumpulan SEARCH...Ini KOMEN PANAS AMY