Thursday 30 June 2016

Filled Under:

PANAS.PANAS!!!!... Bagaimana Lima Lelaki Ini Mengambil Masa Tidak Smapai 5 Minit untuk Melarikan RM230000.. Apa Rahsia Mereka??

PANAS.PANAS!!!!... Bagaimana Lima Lelaki Ini Mengambil Masa Tidak Smapai 5 Minit untuk Melarikan RM230000.. Apa Rahsia Mereka??




Shah Alam: Empat lelaki mengambil masa kira- kira lima minit untuk melarikan barang kemas bernilai RM230,000 dalam rompakan di sebuah kedai emas di Kampung Batu 7, Jalan Kebun dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian 3.52 petang itu, tiga pekerja berada dalam kedai emas berkenaan apabila empat lelaki lelaki berumur 30-an datang dengan menaiki dua motosikal.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek bersenjatakan objek menyerupai pistol, parang dan tukul besi itu memakai topi keledar dan mengugut pekerja supaya menyerahkan barangan kemas.
“Suspek memilih barangan kemas berharga dan hanya mengambil masa kira-kira lima minit untuk melarikan hasil rompakan dianggar bernilai RM230,000.
"Siasatan awal mendapati tiada pelanggan ketika kejadian dan tiada pekerja dicederakan," katanya selepas melancarkan Op Selamat 9/2016 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam sempena Aidilfitri di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati perniagaan kedai emas milik keluarga itu beroperasi kira-kira lebih setahun lalu dan belum dilengkapi ciri keselamatan.
Katanya, polis menemui jaket milik salah seorang suspek yang ditinggalkan di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan