Saturday, 6 August 2016

Kes Saman Pertama Libatkan Pokemon Go di Malaysia : Lelaki Disaman Kerana Buru Pokemon Sambil Memandu..ini jawapan PEMANDU...



PETALING JAYA, 7 Ogos: Baharu sahaja dilancarkan di Malaysia semalam, sudah ada saman yang dikeluarkan disebabkan permainan Pokemon Go.

Menurut laporan dari Sin Chew Daily, saman itu dikeluarkan kepada seorang pemuda yang memburu karakter pokemon tersembunyi ketika dia sedang memandu semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Kuantan, Pahang itu, tindakan lelaki berkenaan dikesan oleh seorang anggota polis trafik yang kemudiannya mengeluarkan saman RM300 kepada lelaki itu diatas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, SAC Mahamad Akhir Darus berkata, tindakan memandu sambil bermain aplikasi permainan, menghantar sistem pesanan ringkas atau menjawab panggilan telefon tanpa menggunakan alat 'hands free' adalah menyalahi Akta Pengangkutan Jalan.

“Pemandu akan hilang tumpuan dan mungkin menyebabkan kemalangan, membahayakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya. 


Dari Seorang Pekerja Zoo Biasa Dan Bermodalkan Telefon RM300, Zukieee Kini Mampu Hidup Mewah...nak ikut CARA ZUKIEE??...ni CARANYA..



Nama Zukieee bukanlah perlu diperkenalkan lagi di kalangan pengguna media sosial di Malaysia, video-video lucu yang dihasilkannya menjadi bualan ramai netizen.

Zukiee atau nama sebenarnya Zulkifli Muhammad, 24, kini mampu untuk berbangga dengan pencapaianya, mana tidaknya, selama tujuh bulan video pendek yang dihasilkannya pada awal-awal dulu mampu untuk menangung kehidupan keluarganya yang susah.

"Alhamdulillah, pendapatan sejak menjadi selebriti media sosial agak baik saya boleh bantu ibu dan adik beradik lain setiap bulan dan setakat ini sudah beli kereta Mazda RX8 secara tunai.

"Saya daripada keluarga yang susah dan ada tujuh adik beradik, dulu saya hanya seorang pekerja zoo dengan gaji RM800 sebulan sahaja," ujarnya dipetik laporan mStar.


Menurut beliau lagi, beliau telah menyimpan lama hasratnya untuk aktif di media sosial untuk membantu nasib keluarganya, namun ianya terpaksa dipendamkan kerana kekurangan modal untuk memulakan kerjaya itu.

Akhirnya tahun lalu, beliau telah berjaya membeli sebuah telefon bimbit dengan harga RM300, dia dapat memulakan rancangannya itu.

"Sebenarnya saya sudah simpan idea-idea untuk jadi viral sejak tahun 2011, tapi saya tidak boleh buat kerana saya tiada telefon bimbit yang boleh buat rakaman.

"Sehingga tahun lalu, saya tekad beli telefon berharga RM300 yang ada video. Daripada situ saya buka akaun laman sosial dan muat naik video-video yang saya lakonkan," ujarnya.

Sehingga kini, Zukieee memiliki telah memiliki sebanyak 420,000 pengikut laman Instagram dan 500,000 di Facebook.

Zukieee turut ditanya tahap penglibatan dalam dunia glamer, menurut Zukieee dia menerima banyak tawaran untuk beraksi di dalam program televisyen dan berlakon drama, namun terpaksa ditolak kerana menjaga eksklusiviti dan jenama dirinya iaitu hanya boleh dilihat di media sosial sahaja.

"Kerjaya saya di media sosial bukan di televisyen, jadi saya terpaksa tolak tawaran-tawaran daripada stesen televisyen yang mahu saya terlibat dalam drama dan program mereka.

"Saya tidak mahu jika terlalu kerap di televisyen membuatkan orang bosan dan tidak mahu menonton saya di media sosial pula," ujarnya.

Selain itu, Zukieee berkata, dia kini mempunyai sebuah syarikat pengiklanan Viral Media Sdn Bhd bagi mempromosi produk di media sosial
https://www.facebook.com/zukieeeee/videos/1729821450635638/



Neelofa Tunai Haji 5 September..ALHAMDULILLAH ..Tapi PEGI dengan sape TU....




KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon Neelofa bakal menunaikan ibadah haji bersama ibu dan bapanya pada 5 September depan.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 27, berkata, dia akan berada di tanah suci Mekah selama 15 hari dan dijangka pulang pada 20 September depan.

"Alhamdulillah, perasaan saya sangat gembira dan teruja selepas mendapat tarikh untuk menunaikan ibadah ini bersama ibu dan bapa.

"Setakat ini saya harapkan semuanya berjalan lancar seperti yang kami rancangkan, tapi kita tidak tahu bagaimana perancangan Allah, InsyaAllah semua dipermudahkan," ujarnya.

Neelofa ditemui pada majlis rumah terbukanya yang diadakan di DeGouffron, di sini, Sabtu.

Sementara itu Neelofa berkata, dia turut memasang niat untuk berdoa agar dipertemukan jodoh dan beberapa perkara lain dalam kehidupannya.

"Sudah tentu hendak ke Mekah kita pasang niat untuk berdoa macam-macam dan salah satunya sudah pasti dipertemukan jodoh yang baik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem Dollah Superstar ini berkata, dia masih bekerja dan akan meneruskan penggambaran drama Suri Hati Mr Pilot sehingga 4 September.



Denda RM 300 Jika Merokok di Luar Bulatan Kuning...ANDA BOLEH JUGA MEROKOK DI LUAR KAWASAN KUNING SEKIRANYA...



 Jika anda ingin merokok di zon larangan dalam tapak warisan, sila cari bulatan kuning beserta dengan papan tanda 'zon merokok' atau tidak, anda akan dikenakan denda RM 300.

Sehingga kini, terdapat 30 lokasi yang diwujudkan khas untuk perokok dalam tapak warisan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, langkah itu diambil supaya orang ramai tidak terdedah dengan asap rokok di tapak warisan kerana kedegilan perokok.

"Oleh kerana sesetengah perokok tetap mahu merokok dan kami tidak mahu mengeluarkan denda sepanjang masa, kami mencipta sudut-sudut merokok bagi mereka.

"Anda mempunyai hak untuk merokok, tetapi anda tidak mempunyai hak untuk mencemarkan udara dan mendedahkan orang tersayang dan rakan-rakan dengan asap rokok," kata beliau.

Penguatkuasaan undang-undang larangan merokok di seluruh tapak warisan dunia di sini telah beroperasi sejak 1 Januari lalu kecuali di kawasan rumah-rumah persendirian.

Walaupun sudut merokok adalah biasa di lapangan terbang dan hotel, George Town dipercayai menjadi satu-satunya daerah tidak boleh merokok di Malaysia dengan pengenalan sudut khas untuk perokok.

Sudut-sudut itu tidak berbumbung supaya asap akan menghilang dengan cepat.

Anda juga perlu membawa bekas abu rokok mudah alih sendiri.

"Tiada siapa yang akan membuang puntung rokok anda untuk anda. Simpan puntung rokok sehingga anda menemui tong sampah," kata Phee. 


Polis Cedera Dipukul 8 Lelaki Selepas Ekori ke Tapak Pembinaan..DAN APA YANG DITEMUI OLEH ANGGOTA POLIS INI AMAT MENGEJUTKAN..


 

 Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh cederah di bahagian kepala selepas dia dipukul oleh sekumpulan lelaki di tapak pembinaan rumah di Taman Sri Wangi Lahat di sini dalam kejadian petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika kejadian, mangsa yang sedang bertugas itu mengekori semua lelaki yang bertopi keledar menutup muka menunggang empat motosikal ke tapak pembinaan itu.

Dalam kejadian kira-kira empat petang itu, mangsa melihat kesemua lapan lelaki itu mencuri jubin dan mangsa kemudian turun dari kereta.

“Suspek cuba melarikan diri namun mangsa berjaya menahan seorang suspek dan berlaku pergelutan.

“Suspek yang lain datang menolong dan memukul kepala mangsa menggunakan kayu sehingga anggota polis itu pengsan. Selepas sedar, mangsa mendapati pistolnya hilang," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sum juga berkata, mangsa kemudian terserempak dengan seorang rakan sejawatnya yang kemudian membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Hasil siasatan di tempat kejadian, polis menemui sepucuk pistol Smith & Wesson beserta lima butir peluru dan dua batang kayu dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

“Dua saksi yang nampak kejadian sudah dirakam percakapan dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata. masih diteruskan untuk mengesan suspek," katanya.


"Aku Dirogol Pada Umur 5 Tahun, Pernah Hendak Bunuh Diri, Tapi Allah Itu Maha Penyayang," Wanita Sampaikan Pesanan Kepada Mereka Yang Senasib Dengannya



Kita sering terdengar diluar sana, pelbagai kes jenayah berlaku di negara kita, kes samun, kes bunuh dan sudah pasti salah satu yang paling ditakuti adakah kes rogol.

Kes rogol sebenarnya satu kes yang mengundang kepada banyak masalah lain, ini kerana apabila ada seseorang menjadi mangsa, ianya sudah pasti akan menghantui mangsa hingga ke akhir hayatnya dengan pelbagai tekanan perasaan yang dihadapi.

Ada mereka yang mengalami kemurungan, ada mereka yang terpaksa menyendiri kerana takut diketahui orang ramai, bahkan ada yang takut untuk berkahwin kerana takut tidak dapat diterima oleh lelaki yang disayangi.

Seorang wanita bernama Nisa(nama samaran) melalui Inbox kami telah mengirimkan satu kisah detik hitam dalam hidupnya, namun kini dia mendapat sinar baru selepas menemui jalan yang betul, dia juga mengajak mereka yang senasib sepertinya bangun, jangan terus menyendiri.

Jom kita baca apa yang ditulis beliau.



Terkena Strok di Negara Orang : 'Jadikan Kisah Ayah Saya Sebagai Pengajaran' - Fadhli Sahar



uala Lumpur, 31 Julai - Baru-baru ini, kisah seorang rakyat Malaysia, Mohamad Sahar, yang terkena strok di London mendapat perhatian yang meluas di Malaysia.

Apa yang memeritkan, kos perubatan Mohamad Sahar mencecah RM245,000 dalam masa lebih kurang sebulan beliau dirawat di hospital di sana.

Sehubungan viralnya kisah itu, anak kepada Mohamad Sahar, Fadhli Sahar, meminta agar rakyat Malaysia mengambil iktibar dari apa yang terjadi kepada keluarganya.

Fadhli yang menghubungi Siakapkeli berkata, dia mengakui kesilapan pertama mereka adalah tidak mengambil insuran perjalanan.

"Saya perasan ada sesetengah orang marah kerana (kami) tak ambil insuran

"Dan betul itu adalah kesilapan pertama kami. Kami menyesal dengan perkara itu. Benda ni dahpun jadi dan kami sekeluarga perlu berfikir pelan seterusnya untuk bawa ayah kami pulang.", kata Fadhli ketika beliau menghubungi Siakapkeli pada Sabtu.

Selain itu, Fadhli juga berkata dia berharap agar rakyat Malaysia dapat belajar betapa pentingnya insuran perjalanan.

"Saya berharap dari kejadian ini, rakyat Malaysia dapat belajar bahawa insuran perjalanan adalah sangat penting semasa ke luar negara", kata Fadhli lagi.

Dalam perkembangan terbaru, BH Online melaporkan Mohamad Sahar dijangka akan dibawa pulang pada 8 Ogos ini yang akan dibantu oleh MARA dan Kerajaan Negeri Sembilan


Hadiri Lawatan Rasmi Ke Amerika Dengan Hanya Pakai Beg Tangan Berharga RM45, Isteri PM Singapura Jadi Tumpuan..TETAPI SEBENARNYA IA ADALAH REKAAN...



Dengan hanya membawa sebuah beg tangan bewarna biru dengan motif dinasour putih semasa lawatan rasmi ke Amerika Syarikat, isteri kepada Perdana Menteri Singapura, Ho Ching nampaknya menjadi tumpuan netizen seluruh dunia.

Mana tidaknya, dengan isteri-isteri pemimpin lain memakai beg jenama mahal, beliau hanya memakai beg tangan bernilai $14.80 iaitu bersamaan dengan RM45.

Lee Hsei Loong dilihat memakai beg berkenaan semasa menghadiri majlis ketibaan di White House yang disambut Presiden Barack Obama dan Michelle Obama.

Menurut laporan Channel News Asia, beg berkenaan adalah ahsil rekaan pelajar autisme dari Pathlight School, Seetoh Sheng Jie yang juga dijual secara dalam talian di laman web The Art Faculty dengan harga S$14.80 (RM 45).



Lelaki Terbang 4,500 KM ke China Untuk Bertemu Kekasih Online, 10 Hari Duduk di 'Airport' Tapi Kekasih Tak Kunjung Tiba...TETAPI KEKASIHNYA ITU SEBENARNYA...



China, 1 Ogos - Alexander Pieter Cirk, 41, kecewa apabila kekasih yang sepatut bertemunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghu, China tidak kunjung tiba biarpun sudah 10 hari dia menunggu di lapangan terbang itu.

Difahamkan, Alexander terbang dari Holland untuk membuat kejutan kepada kekasih berusia 26 tahun itu yang dikenali menerusi internet.

Zhang
Selepas dua bulan berkenalan menerusi aplikasi sosial, cinta mula berputik antara mereka dan Alexander mengambil keputusan untuk terbang sejauh 4,500 km semata-mata mahu menghapus jurang jarak antara mereka.

Malang bagi Alexander, setibanya dia di lapangan terbang Changsha, wanita yang dikenali sebagai Zhang itu tidak kelihatan.

Tidak mahu putus harapan, Alexander membuat keputusan untuk tinggal di lapangan terbang dan menunggu kekasih online-nya itu.



Namun, selepas 10 hari menunggu, Alexander akhirnya dimasukkan ke hospital kerana terlalu keletihan.

Setelah berita tentang Alexander mendapat liputan media di China, Zhang kemudian menghubungi Hunan TV dan menjelaskan bahawa dia tidak faham dengan gambar maklumat penerbangan yang diberikan oleh Alexander. Zhang juga ada berkata, dia dan Alexander telah bersetuju untuk menunggu setahun untuk berjumpa sebelum ini.

Visa yang dibuat oleh Alexander semata-mata untuk berjumpa Zhang.

Alexander kelitahan selepas 10 hari menunggu di lapangan terbang.
Tambah Zhang lagi, dia tidak dapat bertemu dengan Alexander di lapangan terbang kerana dia berada di luar untuk melakukan pembedahan kosmetik di Zhengzhou, wilayah Henan.

Zhang juga ada memberitahu wartawan bahawa dia masih lagi berminat untuk menjalin hubungan dengan Alexander selepas apa yang berlaku.

Namun, Alexander kini sudah kembali ke Holland dengan hati remuk selepas kegagalan membuat kejutan untuk kekasihnya itu


Doktor Dari JB Terkejut Buruh Bangladesh Yang Dirawatnya Adalah Pakar Dalam Bidang Farmasi..TAPI KENAPA DIA JADI BURUH DI MALAYSIA????



Seorang doktor dari Johor Baharu Dr. Goh Aik Ping melalui laman Facebooknya menceritakan pengalaman unik dan menarik selepas merawat seorang pesakit yang merupakan seorang buruh binaan warga Bangladesh.

Beliau memberitahu dia berasa terkejut rupanya pekerja buruh binaan yang berpakaian lusuh dengan memakai kasut binaan berwarna kuning ala-ala “Phua Chu Kang” berkenaan merupakan seorang yang amat mahir dalam terma perubatan moden.

Ianya disedari apabila pekerja berkenaan meminta beliau merawatnya masalah kesihatannya dengan menyebut nama penyakit dan ubat-ubat yang patut digunakan untuk merawat penyakitnya.

“Pesakit Bangladesh itu mengadu cirit-birit dan memberitahu yang dia mengesyaki dirinya menghidap ‘disentri’, satu istilah perubatan untuk jangkitan usus. Saya terkejut dan berhenti merawatnya seketika, kemudian saya bertanya bagaimana dia tahu istilah itu, tetapi dia berdiam diri,” tulis Dr. Goh.

Selepas memeriksa pesakit berkenaan, Dr. Goh memberitahunya yang dia telah mengalami keradangan dalam perut, gastroenteritis sebagai punca cirit-biritnya.

Sebelum sempat menerangkan preskripsinya, pesakit Bangladesh itu bertanya jika beliau mempunyai ubat seperti ciprofloxacin, metronidazole dan Azithromycin, nama-nama yang kompleks yang hanya digunakan oleh doktor atau pakar perubatan.

“Saya tertanya-tanya bagaimana lelaki ini boleh tahu nama ubat-ubatan, malah sebutannya juga sangat tepat,” tulisnya seperti dialih bahasa oleh Thecoverage.

Tindakan pesakit berkenaan membuatkan Dr Goh terkejut dan tertanya-tanya siapakah sebenarnya buruh binaan Bangladesh ini membuatkan dia cuba mengupas identiti sebenar lelaki itu dan akhirnya terjawab dia sebenarnya seorang ahli farmasi dan memiliki farmasinya sendiri di negara asalnya.

“Saya belajar farmasi dan adik saya pula seorang doktor. Saya mengambil keputusan meninggalkan negara itu ekoran ketidakstabilan politik. Setelah segalanya pulih, saya akan kembali ke sana (Bangladesh),” kata pesakit.

Dr Goh dalam pada pada itu memberitahu dia berasa sedih kepada lelaki itu kerana dia meninggalkan bangsa dan kerjayanya untuk datang ke bumi Malaysia menjadi buruh binaan, sanggup bekerja keras di bawah matahari panas, menanggung persekitaran yang bertentangan dengan budayanya. Semuanya kerana, kehidupan domestik di sini lebih baik.

“Saya tidak dapat membantunya, sekadar mengeluh sahaja.”

Beliau dalam pada itu memikirkan nasib rakyat malaysia jika negara kita berhadapan dengan ketidakstabilan politik, adakah kita juga akan merantau ke negara orang yang lebih maju, menjadi kuli dan buruh tetapi menikmati hidup yang lebih baik dari negara sendiri.


TERKINI...Inalillah..Pemandu Dan Penumpang Kereta Rentung Dalam Kemalangan Dengan Bas Ekspres.. Al fatihah Untuk Keluarga Mangsa

Pemandu Dan Penumpang Kereta Rentung Dalam Kemalangan Dengan Bas Ekspres


KUALA LUMPUR: Dua orang dilaporkan rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan kereta di Kilometer (KM) 447.7 Lebuh raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Rawang Selatan-Hospital Sungai Buloh, malam tadi.
Pemandu Dan Penumpang Kereta Rentung Dalam Kemalangan Dengan Bas Ekspres

Difahamkan, mangsa yang rentung ialah pemandu dan penumpang kereta terbabit. Kejadian jam 8.23 malam itu dipercayai berlaku apabila bas berkenaan melanggar kereta jenis Proton Wira Aeroback, menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.

Difahamkan juga, terdapat 15 penumpang di dalam bas berkenaan dan seorang pemandu namun, semua dilaporkan selamat. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata 14 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba Rawang dan Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu operasi menyelamat.

"Terdapat dua mangsa rentung namun, identiti mereka belum dikenal pasti. "Operasi masih dijalankan bagi mengeluarkan mangsa yang rentung," katanya.

Sementara itu, Twitter @plustrafik, melaporkan kejadian menyebabkan lorong tengah lebuh raya terhalang. Trafik turut dilaporkan sesak menghala selatan sepanjang lebih dua kilometer.


Video : Berang Kena Ragut, Wanita Bogelkan Peragut Di Khalayak Ramai



Video : Berang Kena Ragut, Wanita Bogelkan Peragut Di Khalayak Ramai
Seorang peragut nyata tersilap memilih mangsa apabila wanita yang disasarkan membogelkannya sebelum memaksanya berlari di jalan raya.


Rakaman video menunjukkan ‘mangsa’ menarik rambut lelaki itu selepas dia cuba merompaknya mengunakan pisau di Bogota, ibu negara Colombia.

Video itu bermula dengan wanita terbabit menarik rambut lelaki berkenaan dan menjerit sekuat-kuat hati ke dalam telinganya.
[embedded content]

Selepas merampas senjata itu dari pegangannya, wanita itu menyepak lelaki itu beberapa kali sebelum mengosongkan poketnya dan mengarahkannya melutut.

Lelaki itu merayu meminta maaf tetapi tidak diendahkan ‘mangsa’ yang terus menarik rambutnya berulang kali. Malah pada satu ketika wanita itu dilihat memukul kepala lelaki berkenaan.




“Tolong jangan hubungi isteri saya encik, dia sarat mengandung dan ada tiga anak untuk dijaga, susah untuk dia datang ke sini (balai polis)... Dah KANTOI baru ingat BINI..



Gambar Hiasan

>> Melaka: “Tolong jangan hubungi isteri saya encik, dia sarat mengandung dan ada tiga anak untuk dijaga, susah untuk dia datang ke sini (balai polis),” rayu seorang penjawat awam yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam perlumbaan kereta haram di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), di sini, awal pagi semalam......

>> Dalam operasi kira-kira jam 3.30 pagi, penjawat awam berusia 30 tahun itu antara dua yang ditahan ketika baru menamatkan tiga pusingan perlumbaan haram menggunakan laluan itu sebagai litar.....

>> Dia dan seorang lagi yang ditahan ialah pekerja sebuah kilang di Batu Berendam, berusia 23 tahun kemudian di bawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, untuk siasatan lanjut.....

>> Menurut sumber, dua lelaki itu ditahan di stesen minyak Petronas Krubong, sejurus menamatkan pusingan perlumbaan, namun ketika dihampiri anggota polis mereka berlagak selamba bagi mengelak ditahan.....

>> “Namun, wajah kedua-duanya berubah dan menjadi kelam kabut sambil mempersoalkan sebab mengapa mereka ditahan selain berlakon seolah-olah tidak melakukan kesalahan,” katanya.....

>> Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kedua-dua pemandu itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan oleh Cawangan Trafik IPD Melaka Tengah dengan kekuatan seorang pegawai dan enam anggota, bermula 11 malam hingga 4 pagi.....

“Mengikut maklumat yang kami terima, 30 hingga 40 kereta pelbagai jenis terbabit dalam lumba haram di beberapa jalan di daerah ini dan sebelum dua suspek terbabit ditahan, kami mendapat maklumat tiga kereta sedang berlumba di Lebuh SPA.....

“Pusingan perlumbaan bermula dari Stesen Minyak Petronas ke persimpangan lampu isyarat Stadium Hang Jebat dan berpatah balik ke stesen minyak terbabit......

“Dua suspek ini bersama seorang lagi yang meloloskan diri memandu dalam keadaan berbahaya iaitu berlumba pada jarak kira-kira dua kilometer yang diulang beberapa pusingan,” katanya ketika dihubungi......

>> Beliau berkata, dua suspek terbabit adalah antara kumpulan yang sering berlumba kereta di beberapa lokasi di sekitar Auto City, Lebuh SPA, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Cheng serta Lebuh AMJ berhampiran Melaka Sentral.....

>> Menurutnya, kedua-dua pemandu itu memandu secara melulu dan tindakan itu boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain terutamanya penunggang motosikal......

“Difahamkan mereka tidak bertaruh wang tapi bertaruh ego dan bangga dengan kelajuan kereta yang sudah diubahsuai,” katanya......

>> Shaikh Abdul Adzis berkata, kedua-dua pemandu itu ditahan direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda minimum RM5,000 hingga RM15,000.

“Dua kereta iaitu Proton Saga BLM dan Proton Wira yang dipandu suspek ketika berlumba akan dihantar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi melakukan pemeriksaan enjin,” katanya.....

>> Sementara itu tinjauan Harian Metro mendapati, puluhan kereta diparkir di tepi jalan di Lebuh SPA dipercayai menunggu giliran dan ramai juga datang untuk menyaksikan perlumbaan haram itu......








SAYA DAN SUAMI BAGAI RASA NAK GILER BILA MELIHAT MENANTU KAMI DAN PASANGANYA BERTINDIH DALAM BILIK TIDUR..!! MashaAllah..

menantu

Tetapi bagaimana jika rumah tangga yang dibina tidak disertakan dengan keikhlasan dan rasa tanggungjawab untuk hidup bersama sebagai suami isteri dengan bahagia?

Apa akan jadi jika si suami mengaku yang dia tidak suka perempuan dan mahu perkahwinan ditamatkan? Siapakah yang teraniaya dalam perkara ini, jawapannya sudah tentu perempuan.
Inilah kisah yang akan saya kongsikan dengan pembaca minggu ini. Kisah benar dan jarang berlaku tetapi ia terjadi di dalam masyarakat kita yang semakin hari semakin kacau bilau ini.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh ibu kepada mangsa yang merasa sangat menyesal memaksa anaknya berkahwin dengan anak teman baiknya yang belajar di luar negara dan berjawatan tinggi.
Sebagai iktibar dan teladan, kita ikuti cerita Puan Maz (bukan nama sebenar) kepada saya. Mudah- mudahan kita mendapat pengajaran dari kisah yang Puan Maz dan anaknya lalui ini.
Inilah ceritanya.

Saya seorang pesara berumur lewat 50-an dan bersuami. Saya kenalkan diri sebagai Puan Maz. Saya mempunyai tiga orang anak yang kesemuanya sudah dewasa dan mempunyai kehidupan mereka sendiri. Anak bongsu saya Min, (bukan nama sebenar) berusia 32 tahun.

Dua orang abangnya telah bernikah dan tinggal berasingan. Saya sudah mempunyai tiga orang cucu. Hidup saya bahagia dengan adanya anak menantu dan cucu.

Tetapi di dalam bahagia itu saya bersedih kerana Min tidak menikmati hidup seperti mana yang saya inginkan. Dia gagal dalam rumah tangga gara-gara perbuatan saya. Sampai sekarang saya masih merasa bersalah terhadap dia.

Sampai hari ini, saya sangat menyesal dan kasihankan dia. Tetapi dia rilek sahaja dan tidak menunjukkan rasa marah dengan saya. Namun, saya tahu dia menyimpan perasaan kecewa yang amat sangat dengan apa yang telah dia alami.

Ceritanya begini, lebih kurang enam tahun lalu, saya telah mencari jodoh untuk Min. Sahabat baik saya, Maria (bukan nama sebenar) ada seorang anak lelaki, Adli (bukan nama sebenar) yang baru balik belajar dari luar negara berkelulusan dalam bidang kejuruteraan.

Sebaik sahaja anaknya itu balik ke Malaysia setelah tamat belajar, kami merancang untuk berbesan dan menjodohkan anak-anak kami kerana ingin merapatkan hubungan baik kami sebagai sahabat. Hajat kami Allah makbulkan.

Anak saya tidak membantah, begitu juga dengan anak Maria. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah dihadiri saudara mara jauh dan dekat serta sahabat handai.

Saya sangat gembira kerana hajat untuk berbesan dengan Maria tercapai, begitu juga dengan suami. Doa kami sebagai ibu bapa tentunya untuk melihat rumah tangga mereka bahagia hingga ke syurga.

Sayangnya itu tidak berlaku. Min menderita zahir dan batin. Adli bukan seorang suami yang boleh dia bergantung hidup. Dia tidak suka perempuan. Tanpa kami duga Adli sebenarnya seorang gay. Dia ada teman lelaki yang menjadi pasangannya semasa belajar di luar negara.

Perkara ini terbongkar pada satu hari apabila saya terserempak dengan Adli bersama lelaki itu di rumah mereka semasa saya membuat kunjungan mengejut tanpa memberitahu kedatangan kami ke rumah mereka.
Saya hampir pengsan melihat aksi Adli dan pasangannya, begitu juga mereka. Suami saya hampir hendak belasah Adli tetapi saya sempat melarangnya. Kami hubungi Maria dan suaminya untuk bersemuka. Anak saya juga dipanggil untuk mendengar sendiri apa sebenarnya berlaku.

Hajat saya dan suami untuk membuat kejutan kepada anak menantu kami berakhir dengan kesedihan. Bertambah sedih dan kecewanya saya apabila mendapat tahu Min tidak tinggal di rumah itu bersama Adli, sebaliknya menyewa bersama kawan-kawannya.

Malam itu semuanya terbongkar, rupa-rupanya anak saya telah merahsiakan perkara ini daripada kami kerana tidak mahu kami susah hati. Kami tidak tahu apa yang berlaku selepas mereka berkahwin kerana kedua-duanya menunjukkan kemesraan apabila berkunjung ke rumah kami. Macam suami isteri lain. Tidak ada tanda-tanda mereka ada masalah.

Saya mengucap panjang mendengar cerita Min mengenai rumah tangganya. Sepanjang malam, saya menangis. Saya menyesal sungguh-sungguh kerana menyuruh dia berkahwin dengan Adli.
Maria dan suami pula tidak tahu perangai anak mereka. Saya juga tidak boleh nak marahkan mereka sebab Adli menetap lama di luar negara. Masa dia balik cuti tidak nampak sikap pelik pada dirinya, kata Maria.
Akhirnya Adli mengaku yang dia tidak suka perempuan dan mempunyai teman lelakinya sendiri. Dia mengaku bersalah dan mengabaikan anak saya. Sejak kahwin selama tiga bulan, dia tidak pernah sentuh anak saya.

Berderai air mata saya memikirkan perkara ini, kasihan anak saya, menjadi mangsa keadaan. Walaupun sedih, saya menyifatkan ini ujian Allah kepada saya dan keluarga terutama kepada Min.

Setelah Adli membuat pengakuan, akhirnya dia menceraikan anak saya dengan talak satu di hadapan kami semua. Air mata saya menitis lagi. Kali ini, bukan air mata gembira tetapi air mata sedih dan menyesal.
Saya tidak boleh mengubah keadaan lagi. Semuanya sudah berlaku. Saya kena reda. Anak saya sangat kuat dan tabah. Dia tidak menunjukkan sedihnya tetapi saya tahu hatinya menangis.

Min tentu malu dengan kawan-kawan dan jiran tetapi saya yakin dia akan pulih dan kembali hidup seperti biasa. Selepas kejadian itu, Min minta ditukarkan ke selatan tanah air. Dia mahu lari dari segala kekusutan yang mengingatkan dia tentang pengalaman pahitnya itu.

Sampai sekarang, setelah enam tahun, Min langsung tidak pernah bercakap tentang jodoh. Malah dia tidak akan menghadiri majlis perkahwinan walaupun saudara sendiri.

Saya sangat sedih dengan keadaan tersebut dan selalu berdoa supaya Allah buka pintu hatinya untuk menerima lelaki lain sebagai suami. Saya harap dia akan melupakan apa yang telah berlaku.

Tetapi sampai hari ini, dia tetap begitu, bersahaja dan tidak banyak cakap. Saya tahu dia masih sedih dan malu dengan apa yang berlaku. Ramai yang masuk melamar tetapi dia tidak mahu. Saya juga tidak berani lagi memaksanya. Saya sangat menyesal dengan apa yang telah saya buat dalam perkahwinan pertamanya sebelum ini, jadi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Sebagai ibu, saya sangat menyesal dan sedih. Apabila melihat abang-abangnya hidup bahagia bersama isteri dan anak-anak mereka, saya memangis mengenangkan nasib Min. Sepatutnya sebagai anak bongsu, dia juga bahagia seperti mereka.

Itulah yang dikatakan ketentuan Allah, saya akur dengan janji Allah dan berharap satu hari, Min akan bertemu jodoh dengan lelaki yang benar-benar memberi kasih sayang dan perlindungan kepadanya sehingga ke hujung nyawa.

Saya mendoakan supaya Min bahagia dengan caranya dan berjaya dalam kerjayanya sekarang, paling saya berharap semoga dia akan bertemu jodoh secepat mungkin, pinta Puan Maz sebak.

Saya dapat merasakan hancurnya seorang wanita diperlakukan begitu oleh suami yang diharap dapat menjadi tempat berlindung. Saya juga faham perasaan Puan Maz. Jangan salahkan diri sendiri dengan apa yang terjadi, sebab semuanya ketentuan Ilahi.

Tetapi anggaplah ini sebagai ujian Allah untuk hamba-Nya. Allah menguji mereka yang dia sayang. Ujian ini sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi.

Saya juga berharap Allah makbulkan doa Puan Maz untuk melihat anaknya Min bahagia seperti orang lain. Tetapi satu perkara yang perlu kita ingat, kita hanya melihat tetapi Min yang merasa. Apa pun jangan putus berdoa Puan Maz, doa seorang ibu mujarab, mudah-mudahan Min akan bertemu lelaki yang sesuai untuk menjaganya nanti.



Menamatkan catatan, sepatah kata dari saya, kehidupan bagaikan perahu kecil di laut, terumbang-ambing dipukul ombak tetapi berkat usaha dan kepayahan melawan ombak dan badai itu, akan sampai juga perahu kecil itu ke daratan.