Saturday, 30 July 2016

Pada Yang ingin Menempuhi alam RUMAH TANGGA... Anda WAJIB BACA apa yang patut anda buat 6 bulan sebelum Kahwin.. Take note yer...kalu tak CACA MERBA perkahwinan anda...nak kahwin seumur jidup sekali jer... tapi mana lah tahu ada yang nak kahwin banyak kali...


cover 6 months
Percayalah, walau seringkas mana majlis perkahwinan yang direncana, pasti memakan masa dan persediaan yang banyak. Persediaan yang dimaksudkan bukan dari segi perancangan resepsi sahaja, tetapi persediaan diri kedua bakal mempelai.
Perlu diingat, persediaan majlis perkahwinan yang diadakan bukanlah untuk tujuan bermegah, tetapi untuk mendapat pahala meraikan tetamu disamping menghebahkan berita perkahwinan seperti yang dituntut oleh Islam. Ketahui apa yang perlu anda buat 6 bulan sebelum berkahwin melalui checklist dibawah ini!

Buat Checklist 6 Bulan Sebelum Berkahwin!

6-months-before-wedding-planning-checklist_51673532d4c8f
Screenshot 2016-04-19 04.16.26

1. Daftar Kursus Kahwin

1
Kursus ini lebih dikenali sebagai Kursus Pra Perkahwinan yang wajib dihadiri oleh bakal pengantin. Perkara pertama yang perlu dilakukan. Contohnya anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin. Dalam masa tersebut anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur.

2. Tetapkan Tarikh (Nikah Dan Sanding)

2
Tetapkan tarikh (nikah dan sanding). Perkara ini amat penting. Bincang dengan kedua-dua belah pihak. Pengantin pula perlu mengambil cuti kerja yang agak lama kerana terdapat kenduri untuk dua belah pihak.

3. Lengkapkan Borang Dan Dokumen Berkaitan

3
Segala borang-borang perlulah disediakan dan disiapkan secepat mungkin bagi melancarkan kerja menguruskan hal yang lain.

4. Tentukan Tema Majlis Perkahwinan

4
Tentukan tema majlis kahwin. Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu, zaman sekarang tema perkahwinan banyak diserahkan kepada orang tua kita untuk memilih warna kegemaran mereka sebagai tema. Walau bagaimana pun, perkara ini masih memerlukan kata sepakat dari pihak pengantin dan ibu bapa pengantin. Benda ni tak wajib. Tak buat pun takpe, takde sape nak marah..

5. Medical Checkup & HIV Test

5
Perkara wajib dibuat. Medical check-up HIV test ini telah dikuatkuasakan kepada semua bakal pengantin oleh kerajaan Malaysia. Tanpa keputusan medical check-up HIV ini, perkahwinan tidak dapat diteruskan kerana keputusan ini wajib disertakan bersama dokumen-dokumen lain.

6. Beli Barangan Hantaran

6
Rancang dengan pasangan barangan yang diperlukan sebagai hantaran. Bagi mengelakkkan pembaziran, barangan hantaran yang digalakkan ialah barang kegunaan harian seperti minyak wangi, set penjagaan diri dan lain-lain. Yang ni tak wajib, tapi kalau nak bagi sebagai hadiah kepada pasangan tak salah…

7. Cari/Survey Souvenir Dan Bunga Telur

7
Souvenir untuk tetamu adalah sangat penting. Cari buah tangan yang sesuai dengan bajet anda. Buah tangan perlulah yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada tetamu majlis anda tidak kira lah tua atau muda. Yang ni pun tak wajib juga, tapi tak salah kalau nak bagi hadiah kepada tetamu yang hadir.

8. Gubah Barang Hantaran

8
Untuk jimat, anda boleh gubah sendiri atau DIY barang hantaran anda. Gunakan barangan yang sedia ada didalam rumah anda untuk menjadikan hantaran anda cantik dan mahal. Sekiranya ibu anda peminat barangan vintage, pinjam sahaja sangkar hiasan yang digantung di luar rumah. Sangkar hiasan tersebut boleh dijadikan tempat letak cincin. Kreatif dan jimat kan?

9. Tempah Jurunikah

9
Tempah juru nikah. Tok Kadi atau Juru Nikah zaman sekarang tersangatlah sibuk dengan pelbagai urusan. Bukan setakat nak menikahkan orang, malah mereka sendiri ada perkara peribadi yang perlu diselesaikan. Jadi bagi mengambil langkah selamat, tempah juru nikah atau tok kadi apabila tarikh pernikahan anda telah ditetapkan. Jangan lupa untuk ingatkan juru nikah/tok kadi anda tentang tarikh pernikahan anda. Mereka juga manusia biasa yang kadang kala boleh jadi terlupa.

10. Senaraikan Nama Atau Tetapkan Bilangan Tetamu

10
Penting untuk keluarga pengantin menetapkan bilangan tetamu yang bakal datang kerana ini akan menentukan bajet sesebuah perkahwinan. Sekiranya lagi ramai tetamu yang dijemput, maka lagi tinggi bajet yang anda perlu keluarkan.

11. Tempah Atau Cetak Kad Jemputan

11
Tempah atau cetak sendiri kad jemputan anda. Perkara ini digalakkan untuk dibuat awal. Proses mereka sesebuah kad agak mengambil masa kerana perkara iniperlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

12. Tempah Pelamin Idaman Anda

12
Pelamin tak semestinya mahal2, tak ada pelamin pun takpe. Asalkan sedap mata memandang pun takpe. kalau boleh DIY buatlah sendiri, takde sape nak marah..hehehe.
Pelamin disediakan oleh Embun Klasik Bridal Boutique

13. Tempah Jurusolek

13
Tempah Juru solek atau mak andam. Semakin ramai juru solek yang ada di Malaysia. Anda perlu menempah juru solek atau mak andam kegemaran anda seawal yang boleh dengan membayar deposit kepada mereka supaya nama anda dimasukkan kedalam ‘makeup booking list’ mereka.

14. Pilih Busana Pengantin

14
Bagi menjimatkan kos, mungkin boleh sewa atau DIY sahaja baju pengantin. Tak perlu mahal-mahal, Asalkan selesa dipakai dan sopan dipandang sudah memadai!

15. Tempah Dewan/Kanopi, Kerusi & Meja Serta Catering

15
Sebelum mengambil keputusan untuk mengambil catering, anda perlu membuat ‘food test’ dengan pihak catering agar anda berpuas hati dengan masakan mereka. Bagi tempahan khemah, anda boleh mula membuat bayaran pendahuluan sebagai tanda setuju anda untuk mengambil servis mereka.
Nak catering yg terbaik, boleh tanye puan Rosmah Nic.

16. Photographer & Videographer!

16
Cari jurugambar dan / atau juru video yang sesuai dengan kehendak dan keinginan anda. Proses pencarian jurugambar agak lama. Anda perlu meneliti hasil dari jurugambar samada berbaloi dengan harga yang ditawarkan ataupun tidak. Sekiranya anda mahu jurugambar yang murah, anda jangan lah mengharap yang gambar anda akan secantik jurugambar professional dengan bayaran yang lebih tinggi.

17. Tempah Kompang, Silat Gayung, Marhaban, Tarian Atau Band

17
Tempah kompang, silat gayung, marhaban, tarian, band, dj, p.a system. Untuk memeriahkan majlis, anda digalakan untuk menempah servis-servis ini sekali gus menghiburkan hati tetamu yang datang. Sekarang makin banyak pengantin yang menggunakan atau menempah set karaoke, khas untuk tetamu yang dijemput agar bergembira di majlis mereka.

18. Tempah & Cetak Bunting Atau Signage

18
Tempah dan cetak banting atau signage. Perkara ini wajib dilakukan agar tetamu jemputan anda tahu kemana arah yang sepatutnya mereka pergi, kemana arah sepatutnya mereka parking. Ini memudahkan semua pihak termasuk pihak keluarga pengantin kerana tidak perlu kerap menjawab telefon sekiranya ada tetamu yang sesat mencari lokasi majlis.


WAJIB BACA..!!! Beli Rumah Dulu Atau Kahwin Dulu? pada yang masih belum berumah tangga..Ini TIPS terbaik yang ramai orang ABAIKAN.....


ohbulanrumah
Sebelum mendirikan rumah tangga, banyak perkara yang perlu difikirkan bersama lagi-lagi mengenai kelangsungan hidup selepas berkahwin. Bakal suami bertanggungjawab untuk menyediakan nafkah zahir dan batin buat isteri, antaranya tempat tinggal.
Namun hari ini tak ramai pasangan pengantin yang sudah membeli rumah sebelum berkahwin. Ditambah pula dengan harga rumah yang semakin meningkat, mana nak menyimpan untuk kahwin lagi, untuk beli rumah lagi.
Jadi yang mana yang lebih elok. Kahwin dulu atau beli rumah dulu?

Simpanan bersama

Screen Shot 2016-07-30 at 12.11.36 PM

Mula menyimpan masa bujang

Screen Shot 2016-07-30 at 12.11.45 PM

Beli jika ada peluang

Screen Shot 2016-07-30 at 12.11.53 PM


PANASSS BEBB...!! 6 Jenis fesyen Izara Aishah yang amat mengejutkan..IZARA berani mati mengaku BERGAYA SEKSI... MELETOP jantung....



6 Jenis fesyen Izara Aishah yang amat mengejutkan
6 Jenis fesyen Izara Aishah yang amat mengejutkan 6 Jenis fesyen Izara Aishah yang amat mengejutkan - Kalau artikel terdahulu penulis berkongsi lima jenis fesyen pilihan Lisa Surihani, kali ini pula...
6 Jenis fesyen Izara Aishah yang amat mengejutkan 6 Jenis fesyen Izara Aishah yang amat mengejutkan - Kalau artikel terdahulu penulis berkongsi lima jenis fesyen pilihan Lisa Surihani, kali ini pula fesyen pilihan utama Izara Aishah menjadi sasaran seterusnya.



Menerusi portal wanista, terdapat enam jenis fesyen terkini yang digemari oleh pelakon jelita itu iaitu blazer hijau lembut dipadankan dengan leather pants, long coat rona hitam, printed loose dress dipadankan dengan sandals, blouse putih disesuaikan dengan pants, crop top dipadankan dengan printed sarong dan blouse dipadankan dengan wide-leg pants.
























Artikel dan Grafik dalam Entri 6 Jenis fesyen Izara Aishah yang amat mengejutkan adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua



Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu sebelum menjadi artis..Susah perit kehidupan hanya ALLAH sahaja yang tahu..Jep KONGSI Kisah Kehidupan sebelum menjadi artis yang ramai orang TIDAk TAHU


Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.


Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep. - See more at: http://kezoom.blogspot.my/2013/05/kisah-benar-kehidupan-jep-sepah-sebelum.html#.V51vw-t9600


Rupanya Ini Maksud Sebenar "Cia Cia Cia" Yang Ramai Orang SALAH ANGGAP.. Sepahtu Tampil DEDAH Maksud "Cia Cia Cia" Yang Peminat Tidak Tahu!!


Tersenyum saya membaca status-status di Facebook terutama yang ditulis oleh orang berusia lewat 20-an ke atas. Mereka terpinga-pinga apakah itu cia cia cia yang sering ditulis di status atau komen di media sosial. Ada juga bertanya sama sendiri dan masih tidak tahu akan jawapannya.

Petikan dari media sosial
Pastinya tidak in jika tak tahu whats going on di dalam masyarakat muda kita hari ini. Jadi, dengan rasa ingin tahu yang tinggi, saya memerhati dan melihat trend ini. Dan sempat juga saya bertanya kepada mereka yang sering menulis cia cia cia itu.

Cia cia cia, chia chia chia atau shia shia shia biasanya ditulis selepas ayat yang mempunyai unsur memikat (aka pick up line) hati wanita. 


Trend ini bermula selepas rancangan Sepahtu Reunion bersiaran di stesen televisyen hujung akhir tahun lepas. Dan ia diakui oleh mereka yang mengamalkan perkataan tersebut. Mereka meminta saya menonton Sepah Reunion kerana disitu bersepah perkataan tersebut digunakan.


Inilah antara petikan dari rancangan Sepahtu Reunion: Asal usul trend ‘cia cia cia’

Posted by Rancang Hidup Sejak Jatuh Cinta onSaturday, March 5, 2016
Nampaknya cia cia cia itu adalah gelak ketawa geng Sepahtu Reunion selepas mengayat ayat-ayat manis buat artis undangan mereka.



NAK CANTIK PUNYA PASAL!!! - pembedahan PLASTIK, TAK SAKIT KER?????..LIHAT GAMBAR2 sangat MENGERIKAN

Bagi sesiapa yang ada lemah semangat atau mudah pitam tengok gambar-gambar bedah-bedah ni harap fikir masak-masak sebelum tengok. Tapi rasanya tidak ngeri mana gambar-gambar di bawah ni.

Masalahnya ialah, kenapa lah wajah yang sudah cantik mahu dibedah untuk dicantikkan lagi? Itu sudah nyata mengubah ciptaan Tuhan dan seperti tidak bersyukur.

Tambah lagi, hampir semua yang lakukan bedah plastik pada wajah, hasilnya bukan makin cantik, tapi makin jadi rupa alien dan aneh. Muka yang asli juga yang lebih cantik sebenarnya.

proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


proses pembedahan plastik pada muka


Semoga wanita dalam gambar di atas menyesali atas perbuatannya dan mendapat hidayah kepada Islam, dan memohon ampun kepada Tuhan. Doa saja lah yang dapat saya pohonkan padanya, dan diharap yang membaca ini aminkan lah bersama, semoga dimakbul oleh Tuhan.

Melakukan pembedahan plastik pada muka semata-mata kerana mahu menjadikannya bertambah cantik (kononnya) adalah jelas termasuk dalam kategori mengubah hakikat ciptaan Allah s.w.t. Dan mengubah hakikat ciptaan Allah adalah salah satu dari tipu daya dan ajakan syaitan, seperti mana dalam ayat,

"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya, barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya dia menderita kerugian yang nyata." (Surah An-Nisaa' : Ayat 119)

Rasululullah s.a.w bersabda ;

عن ابن مسعود رضى الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لعن الله الواشمات والمستوشمات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله

(متفق عليه)

Maksudnya: Daripada Ibnu Mas’ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w; "Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta di buat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah."


Antara hikmah dilarang melakukan pembedahan plastik semata-mata kerana kecantikan

1. Mengubah kejadian Allah yang asal.
2. Melahirkan perasaan sombong, riya' (menunjuk-nunjuk) dan takabur.
3. Tidak mensyukuri nikmat Allah dan redha dengan ketentuanNya.
4. Terdapat unsur penipuan dan kepalsuan, langsung tidak tulen.
5. Menyerupai amalan orang kafir.
6. Menjejaskan kesihatan dan memudaratkan anggota tubuh.
7. Bukan budaya hidup Islam.