Sunday, 31 July 2016

BAHAYA GUNA WIFI AWAM!!!!!....sangat sangat BAHAYA...MAKLUMAT PERIBADI BOLEH DICURI!!!!.



KUALA LUMPUR: Jika anda melayari internet menggunakan Wi-Fi awam, sentiasalah berwaspada dan menganggap ada 'mata' yang sedang memerhatikan anda.

Malah, lebih baik jika anda sama sekali tidak membuat sambungan kepada mana-mana Wi-Fi awam, kata Pengarah Eksekutif LE Global Services (LGMS) Fong Choong Fook, sebuah firma keselamatan siber swasta yang mengupah pekerja untuk menguji keselamatan rangkaian bank-bank utama di negara ini daripada digodam.

"Saya tidak akan menggunakan Wi-Fi awam," katanya.

"Orang yang celik IT sekali pun mungkin tidak dapat menentukan sama ada titik capaian yang dihubungkannya itu selamat atau aktivitinya sedang diperhatikan.

"Mungkin ada tanda-tanda seperti internet anda menjadi perlahan tetapi penggodam boleh bertindak begitu bijak sehingga anda tidak menyedarinya," katanya dalam satu temu bual.

Agensi keselamatan siber nasional, Malaysia CyberSecurity Malaysia (CSM) berkata penggodam boleh menempatkan diri mereka di antara peranti seseorang dan router Wi-Fi serta mampu merakam data sensitif yang ditaip oleh pengguna atau pelayar ke dalam peranti masing-masing.

Penggodam juga boleh 'mencipta' Wi-Fi mereka sendiri dan menipu orang ramai yang mungkin berfikir mereka akan disambungkan ke akses Wi-Fi awam yang berwibawa seperti dari restoran, lapangan terbang atau pejabat, tetapi sebenarnya peranti mereka disambungkan kepada perkakasan penjenayah.

Oleh itu, penggodam akan dapat melihat segala-galanya yang dihantar seseorang ke Wi-Fi ciptaan mereka seperti kata laluan, e-mel atau maklumat kad kredit.

Serangan yang mungkin menakutkan ini sebenarnya telah berlaku seawal tahun 1990-an, kata Choong Fook.

Beliau telah menunjukkan demonstrasi kepada The Star bagaimana penggodam boleh mencuri maklumat, dengan cara LGMS mewujudkan satu akses 'Wi-Fi kembar' menggunakan komputer riba, dan menamakan sebuah restoran francais terkenal yang terletak bawah pejabatnya di Puchong, Selangor.

Choong Fook menyambungkan dua peranti dengan Wi-Fi ini dan terus membuat log masuk ke media sosial, e-mel dan laman web kerajaan.

Dalam masa beberapa saat selepas log masuk, komputer penggodam mula merakamkan aktiviti-aktiviti oleh dua peranti untuk eksperimen ini di mana alamat e-mel, nama pengguna dan kata laluan yang telah dimasukkan semuanya telah dirakamkan.

Walaupun demonstrasi itu hanya terhad untuk peranti dalam persekitaran terkawal pejabat LGMS, tiga pengguna lain juga telah membuat sambungan dengan 'Wi-Fi rekaan' ini apabila mereka berfikir ia benar-benar disediakan oleh restoran francais tersebut.

"Penggodam boleh menyasarkan orang-orang tertentu atau semua orang di kafe untuk mendapatkan data-data daripada peranti mereka melalui Wi-Fi rekaan.

"Apabila mereka mempunyai maklumat anda, mereka boleh mencuri identiti anda. Mereka boleh menyamar di Facebook, atau menghantar e-mel kepada kenalan anda di bawah akaun anda," katanya.

Choong Fook menasihatkan pengguna untuk mengelak membuat sambungan kepada Wi-Fi awam atau menghadkan pelayaran mereka jika mereka harus menyambung kepada Wi-Fi awam.

Firma itu juga mencadangkan agar pengguna melanggan teknologi VPN (rangkaian peribadi maya) untuk memastikan trafik mereka selamat.

VPN menyulitkan data pada peranti dan menyukarkan penggodam untuk mengintip aktiviti dalam talian pengguna. Kebanyakan VPN boleh didapati secara langganan, sama seperti program anti-virus.

Setakat tahun ini, CSM telah mencatatkan lapan keadaan di mana rangkaian Wi-Fi swasta telah digodam dan 1,462 kes pencerobohan dalam talian telah dilaporkan, iaitu hampir dua kali ganda bilangan insiden berbanding tempoh yang sama pada 2015.

Pengguna dinasihatkan untuk mengemaskini pelayar internet mereka dan menutup ciri simpanan kata laluan secara automatik dalam cache kerana ia lebih memudahkan penjenayah untuk mencuri data.


ADIRA DAH HAMIL 7 MINGGU, DATUK RED INGIN ANAK LELAKI



PETALING JAYA: Suami penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu mengesahkan isterinya kini sedang hamil tujuh minggu selepas membuat pemeriksaan doktor pada minggu lalu.
Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 38, berkata, setakat ini penyanyi lagu Ombak Rindu itu tidak mengalami alahan yang teruk seperti kebiasaan wanita hamil.
"Alhamdulillah, doktor sudah sahkan dia hamil tujuh minggu selepas kami buat pemeriksaan di klinik minggu lepas. 

"Dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk cuma peliknya setiap hari dia mahu makan kari mamak, walhal sebelum ini dia tidak suka," ujarnya kepada mStar Online.

Adnan juga berharap dikurniakan cahaya mata lelaki dengan isteri keduanya ini.

Adnan berkongsi imbasan kandungan isterinya Adira di laman sosial.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung pada 3 Disember 2015.

Sementara itu, Adnan berkata dia kini dalam perancangan untuk membawa isteri keduanya itu bercuti ke Eropah dalam masa terdekat.

"Saya memang sudah lama merancang untuk bawa dia bercuti tapi masih cari masa yang sesuai lagi. Adira suka pantai dan laut dan saya pula tidak suka.

"Insya-Allah, kalau dimurahkan rezeki saya ingin bawa dia bercuti ke Eropah," ujarnya.

Selain itu, tambah Adnan, dia juga meminta penyanyi itu untuk memerlahankan kerjaya seni sepanjang tempoh hamil.

"Saya suruh dia kurangkan kerja seninya, kesian dia bergerak sendiri kerana saya sekarang sedang sibuk tidak sempat untuk teman dia kerja," ujarnya.

Terdahulu, pada 22 Julai lalu gempar apabila video Adnan bersama seorang pelakon baharu iaitu Ruhainies keluar bersama tersebar.

Lelaki tersebut jujur memberitahu sedang mendekati pelakon baharu tersebut dan bersedia untuk berkahwin kali ketiga.


PEREMPUAN KALAU ada duit banyak mana PUN..TAK BOLEH MASUK TEMPAT NI!!!!.....TENGOK kalau masuk APA YANG TERJADI!!!!



Gunung Omine adalah sebuah gunung suci di Nara, Jepun. Gunung ini nama rasminya adalah Gunung Sanjo, namun kerana berada di pergunungan Omine makanya disebut Gunung Omine.

Di puncak gunung ini terdapat sebuah kuil Ominesanji, pusat agama Budha Shugendo di Jepun. Seluruh bahagian gunung ini adalah tempat suci untuk ziarah dan latihan sami kuil tersebut.

Pada 2004, UNESCO menjadikan gunung ini sebagai laman Warisan Dunia.

Namun anehnya, perempuan tidak dibenarkan masuk sama sekali. Tidak hanya perempuan, orang yang keluarganya baru meninggal pun dilarang masuk ke kawasan gunung ini.

Selama 1,300 tahun, hanya lelaki yang dibenarkan masuk dan melihat Kuil Budha yang terkenal di ketinggian 5.640 kakinya ini. Alasannya sama dengan tempat pelancongan lain yang melarang perempuan masuk, yakni kehadiran mereka dianggap dapat mengganggu kesungguhan jemaah yang melawat gunung ini






LELAKI kawin EMPAT biasa la KAN?????....NI HAAAAA...POMPUAN ADA LIMA ORANG SUAMI!!!!!,...boleh bayangkan tak????...jangan bayangkan..BACA NI



Seorang wanita yang dikenali sebagai Rajo Verma mendedahkan bahawa dia mempunyai lima orang suami. Tidak terhenti setakat itu, kelima-lima lelaki berkenaan mempunyai pertalian adik-beradik kandung.

Berdasarkan laporan dari portal Mylaunchpad berkata, suri rumah berusia 22 tahun itu tinggal di dalam sebuah rumah satu bilik bersama kelima-lima suaminya. Rajo menjalankan tanggungjawab normal sebagai isteri di waktu siang dan tidur bersama suami berbeza mengikut giliran pada sebelah malamnya.

Perkongsian rumah tangga enam individu itu dikurniakan seorang bayi lelaki namun menurut Rajo, dia sendiri tidak mengetahui siapakah bapa kepada zuriatnya.

“Ramai yang bertanya tetapi pada awal sahaja berasa sedikit pelik, kini sejujurnya saya tidak mempunyai suami kegemaran,” terang Rajo.
Rajo berkahwin dengan suami pertamanya Guddu, 21, mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka. Walaubagaimanapun, adat di kampung mewajibkan wanita itu turut mengambil adik-beradik Guddu sebagai suami.

“Kami semua melakukan hubungan seks dengannya tetapi saya tidak pernah cemburu. Kami sebuah keluarga yang bahagia,” jelas Guddu.
Suami-suami Rajo yang lain termasuklah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan terbaru sekali adalah Dinesh yang dikahwini dua tahun lalu ketika pemuda itu baru sahaja mencecah usia 18 tahun.

Sebagai suri rumah kepada keluarga yang besar, Rajo memasak, mengemas dan menjaga anaknya, Jay yang berusia dua tahun ketika semua suaminya bekerja di Dehradun, utara India.

“Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Apabila saya menerima Guddu sebagai suami, saya tahu bahawa saya harus menerima kesemua adik-beradiknya sebagai suami,” ujar Rajo.

Tradisi yang diamalkan Rajo sekeluarga ini dipanggil ‘Poliandri’. Adat purba ini pada zaman dahulu diamalkan bagi mempertahankan tanah pertanian keluarga.

“Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. Tiada perasaan iri hati timbul malah saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang berbanding kebanyakan isteri lain,” tambahnya lagi.

Bagi


Lokasi sekolah PALING BAHAYA DI DUNIA!!!!....mereka MENGADAIKAN nyawa mereka demi PELAJARAN..LIHATLAH !!!..KITA YANG ORANG DEWASA pun rasanya TAK BERANI melalui jalan macam ni



Pelajar sekolah di kawasan terpencil di China harus menghadapi jalan yang berbahaya hanya untuk hadir ke sekolah, jalan yang harus dilalui ini berupa tebing yang tinggi dan curam,ditambah dengan jalan yang sangat sempit.Sekolah yang terletak di kampung Gulu,daerah Sichuan, berada dilereng bukit dan untuk mendaki ke arah sekolah memerlukan waktu sekitar 5 jam. Sekolah rendah ini hanya memiliki satu guru dan sudah mengajar di sekolah tersebut selama 26 tahun.

Penduduk mengakui bahwa jalan itu berbahaya bagi para murid, kerana lebar jalan yang harus dilalui oleh para pelajar tersebut hanyalah sekitar setengah meter saja, dan ketinggiannya pula cukup menakutkan.Shen Qijun, 45, guru sekolah tersebut,berulang kali ingin berhenti dari mengajar di sekolah tersebut dimana dia sudah mengajar disana selama 26 tahun.Tapi telah berulang kali pula para penduduk menahannya dari melaksanakan niatnya,kerana tidak ada orang lain yang mahu mengajar pelajar di kampung tersebut.Shen mengajar Matematik dan Bahasa Cina, tapi kata Shen, selama 26 tahun ini hanya ada dua murid saja yang berhasil ke universiti.






HAHAHAHHAHAHA!!!! tengok muka CANTIK, tengok KETIAK tak LALU BEB!!!!...PRIYANKA ko x jaga ker ko PUNYA KETIAK????









Priyanka yang membintangi siri Quantico tidak bernasib baik apabila peminatnya mendakwa gambar ketiaknya di muka depan majalah lelaki itu telah diedit dengan Photoshop.

Ini kerana dalam majalah berkenaan, ketiak Priyanka begitu licin dan disamakan dengan patung Barbie.

Keadaan ini menenggelamkan aksi menggoda yang ditampilkan oleh Priyanka.

Namun ada juga peminatnya yang menyifatkan perbuatan mereka yang mempertikaikan ketiak Priyanka sebagai tidak wajar kerana banyak lagi benda lain yang boleh dibincangkan, bukannya anggota badan pelakon berkenaan.

Dalam pada itu, Maxim India belum mengulas mengenai perkara tersebut. 



1MDB pun BUAT FILEM!!!!!...JOM TENGOK siapa lagi YANG TERLIBAT.....

The Master and His Wolf

Penerbit filem British itu, Mike Lerne bercita-cita membongkar dakwaan skandal melibatkan pembiayaan filem lakonan bintang layar perak Leonardo DiCaprio itu, menurut laporan eksklusif The Hollywood Reporter.

Lerner dicalonkan untuk Anugerah Oscar selepas menerbitkan Hell and Back Again, The Square dan Pussy Riot: A Punk Prayer.

Filem terbaru beliau The Master and His Wolf (tajuk sementara) dikatakan akan cuba menghubungkan Datuk Seri Najib Razak, 1MDB dan wang AS$100 juta yang membiayai filem terbitan Red Granite Pictures.

Ia juga mungkin mengheret DiCaprio yang dilapor mendapat bayaran awal $25 juta untuk membintangi filem arahan pemenang lima kali Anugerah Akademi Martin Scorsese itu.

Red Granite, yang dimiliki oleh anak tiri perdana menteri, Riza Aziz sebelum ini menafikan sebarang aktiviti ‘meragukan’.

Pejabat Peguam Negara Switzerland dilapor mendakwa mempunyai "elemen" untuk mengesyaki dana AS$3.5 bilion 1MDB dibayar kepada sebuah syarikat di British Virgin Island untuk manfaat "sebuah syarikat yang berkaitan dengan industri filem.”

1MDB dan Najib dalam kenyataan mereka sering mempertahankan diri daripada dakwaan salah laku.

The Hollywood Reporter melaporkan penggambaran filem telah selesai dibuat di Malaysia dan akan bersambung di Amerika Syarikat, Luxembourg, Hong Kong, Singapura dan Abu Dhabi – yang masih menyiasat dakwaan sekitar 1MDB.

Selain DiCaprio, pengarah filem itu juga berharap dapat bercakap dengan Jho Low, hartawan Malaysia yang dikaitkan dengan 1MDB dan terkenal selepas berparti dengan aktres Hollywood Paris Hilton. -Malaysiakini




LAPTOP terbaru di PASARAN!!! harga TAK MASUK AKAL, rekabentuk canggih, malah LEBIH NIPIS dari produk APPLE..cuba LIHAT!!!!!

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’

Rekabentuk

Sekali pandang laptop Xiaomi Mi Notebook Air juga sudah mengigatkan kami tentang laptop keluaran Apple.

Malah, Xiaomi dilihat lebih obvious meniru rekabentuk ini apabila menggunakan nama ‘Air’ pada model mereka.

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ [2]

Dalam pada itu, kami salute Xiaomi berjaya menghasilkan laptop pertama mereka dengan rekaan logam, bezel yang nipis serta skrin HD penuh.

Keyboard dengan backlit keys antara features yang tidak kami sangkakan untuk harga yang diumumkan.

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ [3]

Xiaomi juga berjaya menyediakan sebuah laptop yang 13% lebih nipis dan 11% lebih kecil berbanding Apple Macbook Air yang pada kami sebuah kerja yang hebat.

Meskipun tidak senipis Apple Macbook, kami lebih berminat dengan Xiaomi Mi Notebook Air yang masih mengekalkan port USB 3.0 yang pada kami masih penting dan releven.

Spesifikasi

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ Spesifikasi

Dari segi spesifikasi Xiaomi seakan-akan bersedia untuk bersaing dengan laptop-laptop high spec yang lain. Setidaknya untuk bersaing bersama ultrabook yang lain.

Xiaomi Mi Notebook Air 13.3”

  • Dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i5
  • Kad grafik Nvidia GeForce 940 MX
  • RAM 8 GB DDR4
  • Storan SSD PCIe bersaiz 256 GB
  • Dicas sepenuhnya menggunakan satu port USB-C
  • Jangka hayat untuk satu cas penuh tahan 9.5 jam


Xiaomi Mi Note 12.5”

Xiaomi ‘Mi Notebook Air’ Spesifikasi [2]

Hadir dengan variant yang lebih rendah spesifikasinya. Dalam pada itu bukanlah bermakna laptop ini tidak mampu beroperasi dengan baik cuma tidak memfokuskan kepada kerja-kerja yang berat.

  • Menggunakan Intel Core M3
  • RAM 4 GB
  • Storan SSD-SATA 128 Gigabyte
  • Hanya seberat 1.07kg
  • Jangka hayat bateri selama 11.5 jam untuk satu pengecasan penuh


Terbaik untuk pengguna yang kerap menggunakan mobile office dan kerja-kerja ringan.

Harga

Menyentuh tentang harga, Xiaomi sekali lagi mengumumkan peranti keluaran terbaru mereka ini dibawah harga yang dijangkakan.

Untuk spesifikasi yang canggih serta rekabentuk yang boleh dikatakan premium, harga yang diumumkan boleh dikatakan agak rendah.

Harga bagi Xiaomi Mi Notebook Air 12.5” adalah RMB 3499 (RM 2140) manakala bagi versi 13.3” pula adalah RMB 4999 (RM 3054).

Harga mungkin sedikit berbeza apabila laptop ini mula dijual di Malaysia namun boleh dikatakan masih rendah untuk sebuah laptop dengan spesfikasi yang power sebegini.

Memandangkan laptop ini adalah keluaran China serta dikeluarkan dengan harga rendah, kami yakin pasti ramai yang agak skeptical dengan ketahanan produk keluaran ini.

Nampaknya Xiaomi seakan sudah bersedia dengan persoalan ini dengan menyediakan ketahanan Xiaomi Mi Notebook Air yang dilihat mampu bertahan dengan baik.

Kesimpulan

Adakah Xiaomi Mi Notebook Air sebuah pembelian yang berbaloi? Sejujurnya jika diukur melalui harga, spesfikasi dan rekabentuk pembelian laptop ini merupakan pilihan yang terbaik.

Tahniah buat Xiaomi kerana berjaya mengeluarkan sebuah laptop dengan unique selling point yang sangatlah memikat hati pengguna.

Dari segi spesifikasi, rekabentuk serta aspek yang terpenting harga semuanya dititikberatkan oleh Xiaomi.

Kami yakin Mi Notebook Air dapat dijual dengan pantas dan banyak. Malah, dengan kualiti yang ada pada laptop ini mungkin tidak tertanding dengan laptop lain yang mempunyai range harga yang sama.

Walau bagaimanapun, kami masih menantikan review daripada website atau Youtuber terkemuka untuk mengatakan laptop ini berbaloi dibeli.

Hal ini disebabkan kami masih ragu-ragu dengan keupayaan Xiaomi memandangkan ini adalah laptop pertama keluaran Xiaomi.




kita masih lagi BERSERONOK di atas muka bumi ini, SEDANGKAN DAJJAL sudah sangat dekat DENGAN KITA, BUKTINYA tasik GALILEE AIRNYA sudah pun surut, inilah saat MUNCULNYA DAJJAL

Tasik Galilee Surut Airnya

Sebaik tiba di pulau asing itu, Tamim dan sahabatnya terjumpa sebuah gua. Sebaik memasuki gua tersebut, mereka bertemu sejenis makhluk gergasi yang sedang dirantai kaki dan tangannya.

Tamim dan para sahabatnya lantas bersoal jawab dengan makhluk gergasi tersebut yang masih terbaring. Makhluk gergasi itu bertanya Tamim adakah Tasik Tiberia masih dipenuhi air?

Jawab Tamim dan sahabatnya, "Ya, masih dipenuhi air."

Lantas makhluk itu menjawab, "Tidak lama lagi airnya akan kering."

Pada akhir soal jawab itu, makhluk gergasi itu memperkenalkan dirinya kepada Tamim, "Akulah Dajjal!"

Dajjal memberitahu dia akan keluar dari gua persembunyian setelah tiba masanya kelak apabila tasik itu kering kontang.

Ya, Tasik Tiberia yang dinyatakan dalam kisah ini sebenarnya merujuk kepada Tasik Galilee berdekatan Bukit Golan, yang terletak dalam wilayah Israel.

Keluasan tasik itu terbentang sehingga 166 kilometer manakala kedalamannya pula mencecah sehingga 42 meter. Pada paras 209 meter di bawah paras laut, ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah dan merupakan kawasan terendah di muka bumi ini.

Kerana keistimewaan itulah, sejak zaman berzaman, tasik ini sering menjadi rebutan. Akhirnya, usaha kaum Yahudi sejak sekian lama untuk merebut tasik ini dari genggaman orang Islam, berjaya.

Sebenarnya, kisah keringnya air tasik ini sudah dinyatakan sejak sekian dahulu. Dan kini, fenomena itu sudah mula berlaku. Malah, kisah pengeringan Tasik Galilee juga ada disebut dalam hadis yang mengaitkan tentang Yakjuj dan Makjuj.

Saat akan tiba keringnya Tasik Galilee, petanda bermulalah era Dajjal laknatullah. Ketika itu juga bermakna disusuli dengan kedatangan Nabi Isa dan Imam Mahadi sebagai penyelamat akhir zaman.

Kita tidak perlu bertelagah dalam soal ini. Saatnya pasti akan tiba. Cuma, perhatikan saja paras air Tasik Galilee dari masa ke semasa.

Sejak tahun 2000, paras airnya turun dengan pantas. Malah terdapat beberapa kawasan yang satu ketika dahulu dipenuhi air, kini telah mula kering kontang dan ditumbuhi rumput dan semak samun.

Sewaktu airnya kering sehingga ke dasarnya, sudah pasti perkhabaran besar seperti yang disebut Allah dan Rasulullah tentang ketibaan Dajjal pasti akan berlaku.

Sabda Rasulullah SAW, "Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar di muka bumi ini sejak penciptaan Adam yang melebihi fitnah Dajjal. Dan bahawasanya, tidak ada satu Nabi pun yang diutus oleh Allah tidak mengingatkan umatnya tentang fitnah Dajjal, sedangkan aku Nabi yang paling akhir. Ingatlah, tidak dapat diragukan lagi Dajjal itu pasti akan datang di kalangan kamu." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Jadi, adakah kita hanya sekadar merenung paras air di tasik ini yang kian pantas tahap pengeringannya?

Atau, kita hendaklah beribadat sebanyak-banyaknya sebelum tibanya Dajjal dan kemusnahan hari Kiamat!




Ini Cara Jawapan Paling Sentap Bila Orang Tanya 'Bila Nak Kahwin?


Bila Nak Kahwin


Lebih-lebih lagi dengan musim perayaan ini, bagi yang bujang, pasti selalu akan mengadap soalan: “Bila Nak Kahwin?”, “Bila nak berumahtangga?”

Kadang-kadang penat juga hendak melayan soalan yang tak ada penutupnya ini.

Tetapi anda jangan pening kepala, ini kerana menerusi perkongsian video di bawah, ia merupakan jawapan paling ‘logik’ yang boleh digunakan bagi menjawab soalan yang diajukan oleh saudara mara anda.

Atau mungkin itulah kali terakhir soalan tu korang akan dengar. 

UNTUK DENGAR JAWAPANNYA SILA KE LINK YANG DIBERIKAN


https://www.youtube.com/feature=player_embedded


Ketika Tangkap Ikan, Nelayan Temui Benda GERGASI Ni Di Tengah Laut. Jangan TERKEJUT !!!

Ketika Tangkap Ikan, Nelayan Temui Benda GERGASI Ni Di Tengah Laut. Jangan TERKEJUT !!! | Sebuah bot nelayan jadi gempar apabila menemui objek misteri terapung di tengah laut. Berdasarkan bau busuknya itu, ternyata ia adalah bangkai. Tapi bangkai apa?
1
Untuk mengetahui jawapanya, boleh baca berita di bawah ni. Macam ni pun ada.. Subhanallah. KREDIT SINAR HARIAN.
2


Kena Strok. 2 Tahun Mak Xleh Cakap. Tapi Hari Ni Mak Baca Al Fatihah.. Kami Pun....

Kena Strok. 2 Tahun Mak Xleh Cakap. Tapi Hari Ni Mak Baca Al Fatihah.. Kami Pun…. | Seperti yang diceritakan oleh FB Puan Aiziera Sukman (LINK). Sepanjang saya mengenali mak, mak merupakan seorang ibu yang penyayang terhadap anak menantu dan cucu-cucunya. Dan yang paling utama sekali mak lah yang cukup setia menjaga makan minum pakai ayah sejak ayah sakit (nyanyuk). Bukan senang sebenarnya hendak menjaga orang nyanyuk. Ayah pernah beberapa kali hilang. Mujur selepas itu rumah sudah dipagar dan kurang sikit beban mak. Jika tidak mak selalu tidak cukup tidur menjaga ayah ditambah pula mak memang ada darah tinggi. Kesian mak.
1
Selama 8 tahun saya menjadi menantu mak, saya tidak pernah dimarahi, disindir atau diarah buat kerja rumah. Jadi bila suami mengajak saya pulang ke kampung dengan pantasnya saya akan cakap ok! Selalunya rutin mak, dia akan bangun dan mandi sebelum Subuh dan terus menyediakan sarapan untuk kami. Kadang-kadang bila saya dah bangun, kopi kampung dan kuih-muih yang mak buat sudah tersedia di atas meja. Maklumlah anak menantu yang jauh duduk di KL dan jarang pulak balik memang dilayan macam anak raja.
Namun keseronokan itu tidak lama, pada tahun 2014 ayah pergi meninggalkan kami buat selamanya akibat sakit tua. Semasa kami tiba pada pagi pengebumian ayah, saya terus cari mak sebab risaukan keadaan mak yang lemah. Dan saya ingatkan mak menangis tapi rupanya tidak. Mak sibuk menguruskan pengebumian ayah. Kedengaran hanyalah suara mak. Saya lihat mak pada masa itu kuat sangat. Namun kuatnya tidak lama. Selang beberapa bulan ketika kami ingin keluar meraikan ulang tahun anak sulung, kami mendapat panggilan dari abang mengatakan mak masuk hospital. Tanpa berlengah kami pun bergegas pulang ke kampung. Rupanya mak diserang strok. Mungkin kerana mak selalu teringat dan rindu sangat pada arwah ayah. Waktu itu hanya Allah saja yang tahu perasaan kami kerana ayah baru saja beberapa bulan meninggal dunia. Perasaan bercampur baur. Sedih, risau, takut semua ada.
Kami adik beradik bergilir-gilir menjaga mak. Mujur saya dan suami bekerja sekali menguruskan perniagaan sendiri (kami berdua merupakan top leader unit trust consultant Public Mutual, so masa agak fleksibel), jadi dapatlah kami bergilir-gilir menjaga mak. Cuma pada tahun ini kami mengambil keputusan menghantar mak ke pusat penjagaan orang tua (setelah mendapat nasihat dari pakar) kerana mak seakan mengalami depression dan selalu mengadu sakit. Kami akan hantar mak pagi dan ambil petang sama waktu macam hantar anak-anak pergi sekolah.
Video Mak Baca Al Fatihah.
Alhamdulillah setelah beberapa hari mak mengalami perubahan yang sangat ketara. Topik perbualan mak tidak lagi berkisar tentang sakit. Mak mula bercerita tentang aktiviti dengan kawan-kawan barunya. Kadang-kadang saya melayan cerita mak sehingga 2-3 jam sebab dulu semasa sihat, mak memang suka bercerita. Pernah suatu ketika, setelah selesai solat Asar ketika menadah tangan berdoa tidak semena-mena air mata saya mengalir deras. Saya mengangis teresak-esak. Saya sangat terharu dan gembira dan tidak henti-henti mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt yang telah memulihkan keadaan mak.
Selama 2 tahun Mak menderita akibat strok dan hampir 90% hilang keupayaan bertutur, pada malam ini kami bersyukur sangat kerana mak dapat membaca dan menyebut dengan jelas surah Al-Fatihah. Mohon rakan2 terus mendoakan kesihatan yang baik untuk Mak.. Luv u Mak❤❤😢 ..
2
Alhamdulillah 2 tahun buat unit trust consultant Public Mutual, kami suami isteri berjaya jadi top consultant dan dapat tukar kereta dari Myvi ke BMW 3 series. Alhamdulillah rezeki makin murah mungkin asbab jaga mak. Bagi sesiapa yang mahukan kerja yang fleksibel, terutama wanita yang nak bantu suami atau ibu tunggal (boleh tumpu kepada keluarga) tetapi pada masa yang sama boleh peroleh income yang masyuk boleh la add saya di  FB Puan Aiziera Sukman (LINK). Kita boleh sembang-sembang. InsyaAllah ada jalannya.


Tahniah...WAK DOYOK.. kini telah BERTUNANG... untunglah siapa dapat abg doyok..Siapakah wanita bertuah tersebut...jom Lihat foto pertunangannya...





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiD4eTCZEDwvvRg88Fq-96jgKY8JG5Z7XEx063zhkjvAhQ3W-8QjKbbF4_-cZ5Fuj3ukZyUgsA5oLl4p9yMkzTVKZ-V3cbGr-wifaSSW8E4Eo9e8v3KR9A6GBByt9GHXWcOKPDLht3ifyFa/s1600/wak+doyok+bertunang.png

  Jika sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan bahawa pasangan sama padan, Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai hubungan istimewa kini mereka dikhabarkan pula mereka telah mengikat tali pertunangan pada 23 Julai lalu. Majlis pertunangan yang dilangsungkan secara tertutup itu telah diadakan di rumah bekas personaliti TV3 itu di Desa Hartamas, Kuala Lumpur.
“Majlis pertunangan mereka telah diadakan secara tertutup sahaja. Hanya membabitkan keluarga terdekat dan tidak ramai tetamu luar dijemput hadir. Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana,”
Menurut laporan Mingguan Malaysia, majlis pertunangan yang telah diadakan secara sederhana dan tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat bagi kedua belah pihak lelaki dan perempuan sahaja. Malah pada majlis itu juga tidak dimaklumkan terdapat mana-mana selebriti tempatan yang turut hadir meraikan pasangan merpati dua sejoli itu bertunang.
Walau apapun, jika benar berita yang disampaikan ini sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan, Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim diatas majlis pertunangan mereka. Diharap selepas ini mereka tampil memberikan pengesahan supaya tidak timbul spekulasi yang tidak sedap kedengaran. Dan semoga segala perancangan perkahwinan dipermudahkan


TERBONGKAR..!! Fasha Sandha DEDAH Bukti Penceraian & Kesusahan Selepas Hidup Sebatang Kara.. Sedihnya..... adakah ini dinamakan HUKUM KARMA..?



Baru-baru ini pelakon Fasha Sandha dikaitkan dengan masalah rumah tangganya yang mendapat liputan meluas dari media-media di Malaysia.

Ye lah, tiba-tiba sahaja tiada angin tiada ribut ada kisah pergaduhan mereka pula walhal sebelum ini baik-baik sahaja sampai ada gambar bersama Nora Danish, bekas isteri jejai.

Ini tulis Fasha Sandha di IG:

Just the three of us. Infinity. #hartaduniaakhiratku #justthethreeofus




Dibahagian komen, para follower dan peminat Fasha Sandha banyak memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu.

Ada yang komen suruh bersabar dan ada yang suruh kuatkan diri.

Apapun ibu Jejai sebelum ini telah menafikan penceraian Jejai dan Fasha malah mengatakan ianya adalah fitnah semata-mata.



HARGA TERKINI MINYAK BULAN OGOS 2016 UNTUK RON 95,RON 97 DAN DIESEL... Aduhh.. naik lagi ker..?

HARGA TERKINI MINYAK BULAN OGOS 2016 UNTUK RON 95,RON 97 DAN DIESEL.


#Berikut adalah maklumat harga minyak Petrol RON 95, Petrol RON 97 dan Diesel terkini di Malaysia.Bermula Disember 2014, harga runcit bahan api (minyak petrol dan disel) ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal dan penetapan harga akan dilakukan setiap bulan berdasarkan Purata Harga Pasaran bulan sebelumnya.

#Senarai Harga Terkini Petrol dan Diesel
Untuk memudahkan anda memantau pergerakan naik turun harga runcit (harga di pam) bahan api, berikut kami sediakan senarai harga bulanan bagi seliter minyak petrol dan diesel di semua lokasi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jadual sejarah harga minyak ini akan kami kemaskini setiap bulan.




#Kaedah Pengapungan Terkawal
Melalui kaedah pengapungan terkawal (managed float) ini, purata perubahan kos produk dan kadar pertukaran mata wang bulan semasa akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Ini bermakna harga runcit minyak akan bergantung kepada harga minyak mentah di pasaran dunia. Jika harga minyak mentah dunia meningkat, harga runcit minyak juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.